BREAKING NEWS

SUKAN

Politik

Nasional

Dalam Negeri

Sunday, 28 August 2016

Mayat mangsa tragedi bot karam Bagan Jermal dijumpai

GEORGE TOWN:  Mayat mangsa tragedi bot karam di perairan Pulau Pinang berdekatan Bagan Jermal, di sini pada Jumaat malam telah ditemui di Perairan Gurney pagi Ahad.

Timbalan Pengarah Operasi Daerah Maritim 2 Pulau Pinang, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Komander Maritim Azman Samsudin berkata mayat Rosmin Selamat, 62 tahun, dijumpai orang awam pada jam 8 pagi di Perairan Gurney, kira-kira 35 jam selepas dilaporkan hilang.

Jenazah mangsa yang berasal dari Pantai Remis, Perak itu telah dihantar ke Jabatan Patologi Hospital Pulau Pinang dan kes diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Susulan penemuan itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang turut melibatkan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat, polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan orang awam ditamatkan.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam Jumaat, bot fiber yang dinaiki Rosmin dan enam lagi pekerja kontrak di Pulau Jerejak karam di perairan Pantai Bagan Jermal akibat dipukul ombak.

Kerja Kosong Penang Penolong Pustakawan S24 |

Demo haram: Apa kaitan Maria Ozawa, LGBT?


Demo haram kononnya nak tangkap Malaysia Official 1 (MO1) bertukar menjadi lawak dan tanda tanya bagi golongan muda belia yang seakan-akan pelik dengan kehadiran poster Mariz Ozawa.

Apa kaitannya dengan demo yang sepatutnya mencari orang dan dari situ mulalah cakap-cakap belakang menerangkan Maria Ozawa adalah pelakon lucah ternama Jepun yang sangat popular di rantau Asia Tenggara terutama negara jiran kita, Indonesia.

Namun persoalannya kenapa nama Maria Ozawa secara tiba-tiba timbul di Dataran Merdeka, adakah demo haram #Tangkap MO1 sudah hilang arah tujuan asal.

Demo haram yang berlangsung hampir tiga jam mula menjadi sensasi dalam kalangan netizen.

Mungkin ada kalangan peserta perhimpunan itu menganggap sebagai jenaka yakni MO kononnya merujuk kepada Maria Ozawa.

Di samping itu, tujuan asal demo haram dilihat semakin terpesong apabila warna hitam putih yang menjadi warna rasmi perhimpunan haram #Tangkap MO1 turut dihadiri bendera pelangi melambangkan perjuangan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang dikibar megah.

Ia sekali gus menggambarkan kumpulan yang mengamalkan amalan dikutuk oleh Allah SWT ketika era Nabi Luth dan dilaknat Nabi Muhammad SAW turut menyokong perjuangan penganjur #Tangkap MO1 menentang kerajaan Malaysia yang diketahui anti-LGBT.

Perkara itu turut dilaporkan portal berita pro-pembangkang dengan memaparkan cerita beberapa peserta yang bangga dapat mengibarkan bendera kemegahan golongan LGBT tersebut sewaktu berarak di pusat bandar raya memberi sokongan kepada kempen #Tangkap MO1.

Peserta yang dengan megah memegang bendera LGBT itu yang secara tidak langsung memberi gambaran demonstrasi haram itu perlu memasukkan sekali agenda perjuangan terkutuk LGBT jika berhasrat menganjurkan perhimpunan sama sekali lagi pada masa depan.

Kumpulan LGBT pernah muncul memeriahkan demonstrasi jalanan Bersih 4.0 tahun lalu selain peserta gerakan murtad dan Muslim Liberal Pluralisme sehingga dikecam umat Islam kerana dianggap mahu menjadikan Malaysia mengiktiraf hak asasi songsang Barat.

Dalam pada itu di sebalik kehadiran lebih 500 anggota polis berkawal di sekitar Dataran Merdeka demi menjaga keamanan sepanjang himpunan #TangkapMO1 berlangsung di Kuala Lumpur, masih juga berlaku kekecohan tetapi lucunya melibatkan peserta terlibat sendiri.

Portal antikerajaan melaporkan pergaduhan ala aksi filem Tamil terkenal Kabali lakonan aktor Rajinikanth itu meletus sesama mereka apabila kumpulan mahasiswa yang propembangkang dan sayap Angkatan Muda Keadilan PKR tidak berpuas hati antara satu sama lain.

Insiden itu menjadi lebih kecoh apabila keadaan di antara Jalan Tun Perak dan Jalan Raja Laut sesak dengan orang ramai serta kenderaan yang membawa beberapa pimpinan pelajar sehingga menjadi ‘bahan jenaka’ netizen kerana penyokong pembangkang pun tidak bersatu.

Secara keseluruhan apa yang paling menyedihkan sekali pemimpin yang sepatutnya dengan riak memimpin barisan peserta demo haram ini melarikan diri dan bercuti di Pulau Langkawi, Kedah.

Ia dinyatakan sendiri menerusi laman sosial Facebook, Kelab Che Det.

Status posting tersebut dikemas kini pentadbir akaun tersebut beberapa jam yang lalu dan beliau dilaporkan bermalam terlebih dahulu di Pulau Pinang setelah menghadiri satu majlis di Ketereh, Terengganu sebelum bertolak ke pulau lagenda Mahsuri itu pada pagi Sabtu.

Dengan itu ternyata sekali apa yang dilaporkan oleh portal propembangkang terkenal MalaysiaKini, jelas satu pembohongan paling ketara dan hanya helah untuk menarik lebih ramai peserta hadir menyertai demonstrasi haram tersebut.-bnbbc

Saturday, 27 August 2016

DAP Bukan Pilihan Terbaik Tadbir Pulau Pinang- Abdul Rahman


DAP PARTI PALING RASIS & PARTI MAHATHIR PASTI GAGAL - SIAPA YANG KATA?


Sebelum ini MiM telah menulis bahawa pembangkang memang membuang masa dan tidak patut bertanding kerana mereka tidak mungkin sanggup berkorban dan berkongsi kerusi terutamanya parti cauvinis DAP.

MiM memberi contoh bukti apabila DAP tidak sanggup memberikan kerusi DUN kepada PKR hingga menyebabkan pilihanraya mengejut di Pulau Pinang tidak dapat dilaksanakan dan memalukan Lim Guan Eng.- teruskan Membaca Klik Sini--> Dr MiM

Pulau Pinang Tempat Keempat Terbaik Di Dunia Best in Travel 2016


Rakyat Malaysia, khususnya orang Pulau Pinang sekali lagi boleh berbangga dengan pengiktirafan ini, yang mana Pulau Pinang Tempat Keempat Terbaik Di Dunia Best in Travel 2016 mengikut Lonely Planet ‘Top 10 Cities List”. Pilihan sebagai tempat keempat ini memberikan gambaran bahawa Pulau Pinang adalah satu destinasi pelancongan antara yang terbaik di dunia yang dipilih oleh pihak Lonely Planet.


Tahun ini juga, Pulau Pinang akan menjadi Tuan Rumah untuk Persidangan Pelancongan Dunia 2016 atau World Tourism Conference 2016 (WTC 2016) bermula dari tarikh 17 hingga 19 Oktober 2016 selepas Bandaraya Melaka pada tahun 2013, Kota Kinabalu pada tahun 2010 dan Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Umum mengetahui bahawa, Pulau Pinang telah lama disenaraikan sebagai Tapak Warisan Budaya Dunia UNESCO sejak tahun 2008. Oleh itu, pemilihan bandar George Town di Pulau Pinang adalah pilihan yang tepat sebagai tempat untuk WTC 2016.




George Town ialah ibu kota Pulau Pinang yang terdetak di seberang tanah besar dan punyai keunikkan tersendiri. Manakala sebelah pulau pula, ia mempunyai pelbagai kebudayaan dan tarikan pelancongan utama termasuk yang paling terkenal ialah ‘street food’. Tidak juga lupa, ada banyak bangunan lama yang menjadi ikon pembangunan bandar Pulau Pinang khususnya dan juga tarikan terkini dengan lukisan mural dan street art di Pulau Pinang yang bertaraf dunia.

Tahniah buat orang Pulau Pinang dan semestinya Tahniah Malaysia kerana Penang tercalon dalam tempat keempat

Pastikan power bank ada label SIRIM sebelum beli - FOMCA


FOMCA turut mencadangkan agar power bank disenaraikan sebagai produk yang yang perlu diuji dan diberikan label keselamatan SIRIM bagi menjamin keselamatan pengguna. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Pengguna dinasihatkan sentiasa memastikan sesuatu barangan yang hendak dibeli mempunyai label dan tanda pengesahan keselamatan SIRIM, terutama bagi produk elektrik dan elektronik.

Timbalan Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) Mohd Yusof Abdul Rahman berkata produk yang memiliki label tersebut memberi jaminan kepada pengguna bahawa ia selamat untuk digunakan.

"Jika barangan itu dibeli di kedai dan berlaku sesuatu kemalangan seperti terbakar, pengguna boleh membuat tuntutan pampasan daripada kedai tersebut," katanya kepada Bernama di sini pada Jumaat.

Beliau diminta mengulas kejadian membabitkan seorang jurukamera Bernama News Channel (BNC) yang melecur di paha kiri apabila power bank miliknya terbakar secara tiba-tiba, pada Khamis.

Mohd Yusof berkata pengguna juga dinasihat untuk memastikan sesuatu produk yang hendak dibeli adalah berkualiti dan hanya membeli di premis atau kedai yang diyakini.

Beliau turut mencadangkan agar power bank disenaraikan sebagai produk yang yang perlu diuji dan diberikan label keselamatan SIRIM bagi menjamin keselamatan pengguna.

Sementara itu, jurukamera tersebut Ahmad Shahuri Mat Jaan, 43, yang sedang menerima rawatan di sebuah hospital swasta di sini berkata ketika kejadian beliau sedang bertugas membuat liputan berita di satu majlis di Chow Kit, kira-kira pukul 12.30 tengah hari.

Katanya semasa sedang menunggu majlis tersebut bermula, seorang wanita secara tiba-tiba menjerit ke arahnya dan memberitahu beg galasnya yang mengandungi power bank itu sedang terbakar.

"Menyedari terdapat api di bawah beg yang sedang saya riba, saya terus mencampakkannya ke lantai untuk memadamkan api," katanya kepada Bernama ketika ditemui di hospital tersebut hari ini.
Beliau kemudian terus ke tandas berhampiran bagi mencuci kesan kebakaran di seluarnya sebelum mendapati kulit pahanya melecur teruk sehingga melekat pada seluar.

Katanya beliau mendapatkan rawatan di sebuah klinik sejurus selepas kejadian sebelum dipindahkan ke hospital swasta tersebut bagi menjalani rawatan membuang sel kulit mati akibat lecuran di paha kirinya dan kini ditempatkan di wad biasa.-AstroAwani
 
Copyright © 2014 PenangKini.