BREAKING NEWS

Friday, 31 July 2015

[Updated With Video] 70 Peniaga Rope Walk Lebuh Armenian Diarah Berpindah Oleh MBPP


Lebih 70 peniaga di pasar karat rope walk Lebuh Armenian, di sini, buntu apabila diarahkan berpindah dari tapak perniagaan mereka tanpa diberi pembelaan sewajarnya.

Pengerusi Bertindak Peniaga Lebuh Armenian, Yunoos Salleh berkata, mereka sudah berniaga di kawasan berkenaan sejak 20 tahun lalu dengan aman namun, hilang mata pencarian setelah diarahkan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) yang mahukan mereka mengosongkan tapak berkenaan sejak awal Julai lalu.

Menurutnya, mereka seolah-olah dipermainkan oleh MBPP apabila dipindahkan ke lokasi lain namun, ada dalam kalangan peniaga dikenakan tindakan penguatkuasa ketika berniaga di tempat baharu.

“Selama ini kami berniaga di kawasan lapang bersebelahan Pusat Kegiatan Belia MBPP di Lebuh Armenian dengan aman namun, dihalau tanpa sebarang perbincangan dan pembelaan.

“Pada mulanya kami tidak dibenarkan berniaga selama seminggu bermula 7 sehingga 14 Julai lalu namun, selepas itu apabila peniaga mahu memulakan kembali perniagaan, mereka dihalau penguatkuasa,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan bantahan aman, semalam.

Yunoos berkata, peniaga yang kebanyakan terdiri daripada golongan kurang berkemampuan ini akur dan berpindah ke Lebuh Clamant seperti diarahkan penguatkuasa.

Bagaimanapun mereka kesal apabila perniagaan mereka kembali diganggu penguatkuasa yang bertindak merampas barang-barang peniaga tanpa sebarang budi bicara.

“Kami hanya mahukan pembelaan sewajarnya dan mahu diberikan tapak perniagaan semula.

“Kami berhimpun bukan disebabkan isu politik tetapi isu masa depan peniaga di sini yang hilang sumber pendapatan disebabkan arahan pihak penguatkuasa," katanya.

Sementara itu, tinjauan Sinar Harian di tapak pasar karat rope walk Lebuh Armenian, di sini, mendapati kawasan berkenaan ditutup dengan besi pengadang.

Difahamkan, kawasan itu bakal dimajukan sebagai taman landskap baharu yang akan menjadi antara kawasan tarikan bagi pelancong di Lebuh Armenian. ~SH

Dakwaan Jahat : Najib Minta Rakyat Berpegang Dengan Prinsip Kebenaran, Bukan Persepsi


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meminta supaya rakyat terutama umat Islam memegang prinsip mencari kebenaran dan tidak ada sesiapa yang bersalah sehingga terbukti bersalah.

Perdana Menteri berkata, jangan disebabkan serangan kepada individu tertentu di media sosial mendakwa dia bersalah, individu itu pula yang perlu membuktikan dia tidak melakukannya.

Katanya, dalam realiti kehidupan hari ini, persepsi dilihat lebih penting daripada kebenaran.

"Kadang-kadang kita ini terjebak mempercayai satu-satu berita tanpa kita cari kebenarannya, memeriksa betul-betul kebenaran fakta sebenar," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyampaian surat tawaran haji kepada 1,200 bakal haji terdiri daripada imam dan pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) tajaan Yayasan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini, sebentar tadi. ~RakyatNews

Pendedahan Waran Tangkap Najib Razak Oleh Sarawak Report : Akhirnya Timbalan Peguam Cara Negara Tampil Buat Pengakuan


Kekalutan yang berlaku akibat dari penyebaran beberapa keping foto yang didakwa oleh Sarawak Report sebagai waran tangkap terhadap Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak akhirnya terjawab.

Melalui laporan yang disediakan Sarawak Report yang melampirkan 3 keping foto bagi menguatkan hujah mereka, laman sesawang itu mendakwa waran tangkap terhadap Perdana Menteri itu adalah punca sebenar kenapa mantan Ketua Hakim Negara, Tan Sri Ghani Patail ditamatkan kontraknya.

Namun begitu, kesahihan foto- foto itu disangkal Timbalan Peguam Cara Negara melalui tweet berikut;


Jika disingkap semula, ini bukanlah kali pertama laman sesawang yang berpangkalan di luar negara itu mengeluarkan artikel berunsur fitnah terhadap Perdana Menteri dan negara Malaysia.

Selepas usainya Pilihanraya Umum Ke-13 yang lalu, halaman itu juga turut sama mendakwa kemenangan Barisan Nasional adalah disebabkan penyeludupan masuk pengundi hantu dari Bangladesh. Namun begitu, sehingga kini dakwaan itu masih belum dapat dibuktikan.


Pada pandangan PenangKini, kredibiliti setiap laporan yang dibuat oleh laman sesawang Sarawak Report seharusnya dipertikaikan sehinggalah ianya dapat dibuktikan sahih dan betul kerana beberapa siri tuduhan sebelum ini adalah gagal untuk dibuktikan kebenarannya.

Thursday, 30 July 2015

Rakaman Tersebar ; Akhirnya Menteri Besar Negeri Sembilan Keluar Kenyataan


KENYATAAN MEDIA YAB DATO' SERI UTAMA HAJI MOHAMAD BIN HAJI HASAN, MENTERI BESAR NEGERI SEMBILAN BERHUBUNG PENYEBARAN RAKAMAN AUDIO PEMBOHONGAN DAN FITNAH BERKAITAN YAB PERDANA MENTERI, DATO' SERI NAJIB BIN TUN HAJI ABD RAZAK

1. Saya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tidak berasas dan tohmahan oleh pihak tertentu kononnya rakaman audio mengenai YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib bin Tun Haji Abdul Razak yang memuatkan kenyataan oleh seorang individu yang sedang viral di media sosial sekarang adalah dari suara saya.

2. Saya ingin menegaskan bahawa saya tidak ada kena mengena langsung dengan rakaman audio itu, apatah lagi dengan pengakuan individu itu.

3. Buktinya kerana ada penipuan fakta dimuatkan dalam rakaman berkenaan, terutama latar belakang bapa kepada individu terbabit ialah seorang guru, sedangkan Allahyarham ayahanda saya bukan seorang guru.

4. Pihak yang membuat dakwaan ini sememangnya berniat jahat terhadap saya, cuba mengelirukan rakyat dan mahu melaga-lagakan saya dengan pemimpin-pemimpin lain, baik di dalam parti UMNO mahupun dalam kerajaan.

5. Saya menggesa semua pihak supaya tidak mudah percaya dengan pembohongan dan fitnah yang dilemparkan oleh pihak tidak bertanggungjawab terhadap saya.

Sekian, terima kasih
YAB Dato' Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Menteri Besar Negeri Sembilan

Wednesday, 29 July 2015

Muhyiddin Tersungkur : Kesahihan Printscreen Perancangan Sulit Perlu Disiasat


Jika diimbas kembali, kelantangan yang disuarakan mantan Timbalan Perdana Menteri berhubung isu berkaitan 1MDB dan penggantungan akhbar The Edge dilakukan selepas sebuah printscreen perbualan rahsia whatsapp yang didakwa melibatkan beberapa barisan kepimpinan pemuda UMNO Malaysia tersebar.

Namun begitu, natijahnya sudahpun dirasakan Tan Sri Muhyiddin Yassin apabila digugurkan dari jawatan kedua dalam kerajaan semalam.

Selepas apa yang terjadi, perhatian sewajarnya kembali dihalakan kepada kepimpinan Pemuda UMNO Malaysia kerana sehingga kini belum tampil dengan sebarang pengakuan mahupun penafian dan mereka hanya diam membisu tanpa dikenakan sebarang siasatan mahupun tindakan.

Sekiranya benar wujud gerakan sabotaj terhadap Perdana Menteri oleh beberapa individu di dalam kepimpinan pemuda UMNO Malaysia, ia sewajarnya tidak dipandang enteng dan harus dipandang serius kerana ia mampu menjadi barah kepada parti.

BACA; 

Bagi mewujudkan suasana harmoni dalam parti, golongan ini juga harus dikenakan tindakan kerana jika benarlah apa yang dirancang, ia bukanlah kali pertama berlaku. Tindakan pertama mereka yang didakwa adalah dari beberapa individu yang sama pernah didedahkan portal MyKMU.net melalui artikel mereka bertarikh 23 April 2015;
Rompin– Kempen Barisan Nasional di Pilihan Raya Kecil Rompin, Pahang berhadapan dengan “setback” apabila Pasukan Lima Sekawan Pemuda UMNO Malaysia lebih menumpukan usaha menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berbanding menyusun jentera memenangi Pilihan Raya Kecil. 
Lima Sekawan ini diketuai oleh Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairul Azwan Harun, EXCO Pemuda UMNO Malaysia, Arman Azha Abu Hanifah, Syamsul Baharin Putra Ahmad Shibi, Sheikh Ahmad Nafiq Sheikh A Rahman dan Penolong Setiausaha Pemuda Barisan Nasional, Datuk Mohamed Shafri Abd Aziz. 
Dalam satu pertemuan dengan Pemuda UMNO Johor di Rompin semalam, Khairul Azwan atau lebih dikenali sebagai Azwan Bro, telah menghasut Ketua-Ketua Pemuda UMNO Bahagian di Johor agar menentang kepimpinan Presiden UMNO dan Perdana Menteri. 
Azwan yang sepatutnya membincangkan strategi kempen Pemuda di Rompin mengejutkan Pemuda UMNO Johor kerana hanya berminat membincangkan isu sokongan Pemuda kepada Perdana Menteri. 
Menurut sumber, Azwan mengingatkan Pemuda Johor bahawa sokongan Pemuda UMNO Malaysia adalah kepada jawatan Presiden UMNO bukannya kepada Mohd Najib Tun Razak.
Beliau turut menyatakan tidak percaya dengan penjelasan Perdana Menteri semasa pertemuan Pemuda UMNO Malaysia minggu lalu dan percaya Mohd Najib hanya “buying time” menggunakan alasan menunggu Ketua Audit Negara. 
Azwan juga beranggapan Mohd Najib harus ditumbangkan dan orang yang layak mengetuai penentangan terhadap Perdana Menteri ialah Ketua Pemuda UMNO sendiri, Khairy Jamaluddin Abu Bakar. 
Pandangan Azwan mendapat sokongan Ketua Pemuda UMNO Sri Gading, Simpang Renggam dan Pulai. 
Boomerang 
Azwan memulakan kempen menjatuhkan Mohd Najib kerana percaya beliau akan mendapat sokongan ramai Ketua Pemuda UMNO Bahagian memandangkan Johor negeri kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin yang merupakan Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri. 
Beliau percaya majoriti Pemuda UMNO Johor akan menyokong gerakan ini kerana jika Mohd Najib berundur umum berpendapat Tan Sri Muhyiddin menjadi Perdana Menteri. 
Namun persepsi beliau tidak benar apabila majoriti Ketua Pemuda UMNO bahagian di Johor telah mempertikaikan hasutan beliau ini. 
Antara yang paling lantang mempertikai pandangan Azwan ialah Ketua Pemuda UMNo Bahagian Segamat, Johor Baharu, Muar, Bakri, Mersing dan Gelang Patah. Ketua Pemuda Pengerang tidak hadir dalam perjumpaan terbabit. 
Beberapa Ketua Pemuda UMNO Bahagian yang hadir mempertikai tindakan Azwan yang bukan sahaja tidak menghormati suasana pilihan raya kecil tetapi juga bersikap bermuka-muka dengan Perdana Menteri. 
Secara umumnya yang menyokong Mohd Najib menyatakan sekiranya Azwan tidak berpuas hati atau ada kemusykilan ia hendaklah bertanya kepada Perdana Menteri, bukannya turun ke bawah menyebarkan gosip politik yang tidak baik. 
Tugas Pemuda UMNO sepatutnya menyampaikan amanat dan jawapan Presiden kepada akar umbi bukannya mewujudkan keraguan kepada akar umbi. Mereka juga mempertikaikan kenapa Azwan tidak membangkitkan persoalan yang beliau timbulkan semasa perjumpaan tersebut kepada Perdana Menteri pada minggu lalu. 
“Saya melihat isunya bukan penjelasan Perdana Menteri tetapi lebih kepada perebutan untuk mendapat jawatan lebih tinggi dengan menjatuhkan Perdana Menteri,” kata seorang Ketua Pemuda UMNO Bahagian yang hadir dalam majlis terbabit. 
Dipercayai kumpulan akan ke Permatang Pauh esok untuk melakukan agenda yang sama berselindung di sebalik perjumpaan untuk Pilihan raya kecil Permatang Pauh. -Sumber

Sejajar itu, PenangKini berharap kepimpinan tertinggi Pemuda UMNO Malaysia dapat melakukan siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya ke atas individu yang terlibat sekiranya benar wujud gerakan sabotaj terhadap Perdana Menteri.

Tuesday, 28 July 2015

Rombakan Kabinet : Akhirnya Muhyiddin Tersingkir?


Kuala Lumpur – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan mengadakan rombakan Kabinet dalam minggu ini yang pertama sejak dibentuk pada 2013.

Melalui rombakan tersebut 5 daripada 35 menteri termasuk Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan digugurkan.

Memetik sumber portal The Malaysia Insider, selain Muhyiddin, 2 lagi menteri yang akan digugurkan ialah Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek.

Naib Presiden UMNO paling popular dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bakal dilantik menjadi timbalan perdana menteri yang baharu manakala Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan akan dijadikan menteri penuh.

Menurut sumber tersebut Zahid dikatakan akan terus menerajui portfolio menteri dalam negeri.

Dua lagi menteri dijangka digugurkan daripada Kabinet Najib adalah Datuk Seri G Palanivel, yang baharu digugurkan sebagai presiden dan ahli MIC, serta Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Seri Idris Jala.

Rombakan Kabinet itu juga akan mengambil kira kemelut kepemimpinan MIC melibatkan Palanivel yang kini memegang potfolio Menteri Sumber Hijau dan Alam Sekitar.

Kerusi menteri untuk kuota MIC itu berkemungkinan dikosongkan buat sementara waktu sehingga pemilihan semula MIC, September ini.

Idris yang mengetuai Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) kini berada dalam penggal keduanya sebagai senator.

“Rombakan Kabinet akan dilakukan minggu ini dan perdana menteri mengubahsuai senarai menteri untuk Yang di-Pertuan Agong pertimbangkan,” kata sumber portal tersebut.

“Senarai Kabinet akan dipersembahkan kepada Agong pada Rabu,” kata sumber itu dan Najib dikatakan akan turut mengadakan perundingan dengan anggota kanan UMNO bermula awal minggu ini.

Sementara itu portal pro-UMNO, myKMU melaporkan rombakan tersebut bakal diadakan pada hari ini beberapa hari lebih awal dari perancangan sebelum ini.

Menurut sumber portal tersebut, Najib telah pun mengadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah pada petang semalam bagi mempersembahkan senarai rombakan Kabinet itu.

Difahamkan, seorang lagi pemimpin dari Sabah akan dilantik menganggotai Kabinet, bagaima­napun potfolio beliau masih belum dapat dipastikan.

Portal tersebut meramalkan rombakan pada kali ini akan turut memberi fokus kepada peranan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Kedudukan Khairy menjadi tumpuan kerana selain gagal memberi nafas menarik sokongan belia kepada parti pemerintah, Pemuda UMNO juga dilihat tidak membantu menyatukan parti. Malah kegagalan Pemuda menunjukkan sokongan padu kepada Perdana Menteri merupaka satu alasan kuat untuk perubahan ini.

Namun peluang untuk Khairy digugurkan dari kabinet agak tipis berdasarkan kedudukan beliau dan pengaruh mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Khairy dijangka berpindah daripada Kementerian Belia dan Sukan kepada Kementerian Sumber Manusia atau Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Sementara itu, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan, yang dilihat bintang baru dalam kabinet Najib dijangka akan menerajui Kementerian Penerangan.

Ia dikatakan selari dengan jawatan baharu beliau sebagai Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional sekaligus memberi peluang kepada Rahman untuk menggembeleng semua jentera penerangan kerajaan dan parti bagi menjelaskan isu-isu semasa.

Manakala Menteri Penerangan ketika ini Datuk Ahmad Shaberry Cheek dijangka akan kembali ke Kementerian Belia dan Sukan bagi menarik semula sokongan belia kepada Barisan Nasional dan mengawasi persiapan Malaysia sebagai tuan rumah Sukan Sea 2017.

Menurut portal tersebut Datuk Ahmad Maslan dijangka dilantik sebagai Menteri penuh di Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Antara nama lain yang dijangka naik pangkat dari Timbalan Menteri kepada Menteri ialah Datuk Razali Ibrahim, Datuk Jailani Johari dan . Beberapa Ahli Parlimen muda dijangka dilantik sebagai Timbalan Menteri ialah Ahli Parlimen Sekinjang, Anuar Manap, Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Irmohizam Ibrahim dan Ketua Puteri UMNO, Mas Ermieyati Samsudin, dan Ahli Parlimen Kepala batas Datuk Seri Reezal Merican.

Manakala akhbar China Press sebelum ini melaporkan, rombakan itu dilihat amat penting kerana dijangka merupakan barisan Kabinet terakhir sebelum ketibaan pilihan raya umum.

Rombakan tersebut dijangka diadakan sebelum pengumuman Bajet 2016 pada 23 Oktober untuk memudahkan menteri-menteri baharu melaksanakan tugas-tugas berkaitan.

Akhbar itu sebelum ini melaporkan, antara tujuh hingga lapan Menteri dijangka akan digantikan selain Shafie Apdal, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim dan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Memetik sumber akhbar tersebut, Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dari Sabah akan diberi peranan penting untuk menenangkan keadaan di negeri itu selepas Shafie digugurkan daripada Kabinet.

Najib sendiri dijangka mengambil alih jawatan Menteri Dalam Negeri sementara jawatan Menteri Kewangan akan digantikan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Bagaimanapun sumber yang rapat dengan Perdana Menteri semasa dihubungi SuaraTV bagi mengulas khabar angin rombakan Kabinet menjelaskan; “Spekulasi tetap spekulasi, akhirnya Perdana Menteri yang akan membuat penentuan,”

Pada 12 Julai lalu, Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BBNBC), Shahrir Samad semasa mengulas spekulasi bakal dilantik menduduki semula Kabinet, menolak jawatan itu atas alasan masa beliau sudah berlalu.

Pada 12 Mei pula Pejabat Perdana Menteri telah mengeluarkan kenyataan menafikan satu senarai rombakan Kabinet seperti tersebar melalui beberapa laman blog dan media sosial. ~Suara TV

Monday, 27 July 2015

Selepas Tabung Haji, Kini The Edge : Sekali Lagi Muhyiddin Tampil Menyelamatkan Pemuda


Ketika tersebarnya printscreen perbualan whatsapp melibatkan beberapa individu berjawatan dalam pemuda UMNO yang dikaitkan dengan usaha sabotaj gelombang kedua terhadap Perdana Menteri, secara tiba- tiba Timbalan Perdana Menteri tampil mengeluarkan kenyataan yang agak panas ketika merasmikan mesyuarat UMNO Bahagian Cheras semalam.

Ikuti laporan The Malaysian Insider;
Muhyiddin Yassin mengakui terpaksa membaca akhbar The Edge untuk mendapatkan maklumat mengenai syarikat bermasalah 1Malaysia Development Berhad (1MDB). 
Timbalan perdana menteri turut mempersoalkan sumber mana lagi yang boleh rakyat percaya mengenai laporan 1MDB jika laporan The Edge tidak boleh dipercayai. 
"Saya sendiri pun sukar nak faham mengenai 1MDB, sampai saya terpaksa baca dari The Edge .
"Orang cakap dekat saya laporan The Edge tidak betul, jadi bagitau saya apa yang betul," katanya semasa merasmikan Majlis Perwakilan Umno Bahagian Cheras di Kuala Lumpur malam ini. – 26 Julai, 2015. 
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/saya-baca-the-edge-untuk-faham-1mdb-kata-muhyiddin#sthash.nMfmdhu2.dpuf

Tidak cukup dengan isu penggantungan ke atas akhbar The Edge, Muhyiddin sekali lagi mempertikaikan beberapa isu berhubung 1MDB.

Persoalannya, selaku Timbalan Perdana Menteri, sekiranya ada sebarang kemusykilan, bukankah lebih baik ianya diperbincangkan secara dalaman di antara beliau dan Perdana Menteri? Kenapa harus dijaja serata bahagian?

Lebih memeningkan, jika disingkap semula, Datuk Abdul Rahman Dahlan pernah mendedahkan tentang kewujudan fact sheet berhubung 1MDB suatu ketika dahulu dan dinyatakan bahawa telah diedarkan kepada Ahli Mesyuarat Kabinet. Apakah Muhyiddin tidak menerima salinan fact sheet ini atau adakah beliau tidak langsung mahu membaca dan menyentuhnya?





Jika segala penerangan sudah diberikan, apa perlunya bagi Muhyiddin untuk mempertikaikanya lagi? Adakah beliau mempunyai sesuatu agenda lain disebalik apa yang diperkatakannya?.

Sebenarnya, ini bukanlah kali pertama Timbalan Perdana Menteri mengalihkan pandangan rakyat daripada barisan pemuda yang kerap mempertikaikan tindakan kerajaan. Sebelum ini, Muhyiddin pernah juga mencelah apabila Pemuda UMNO meminta penjelasan berhubung isu tanah Tabung Haji.

Ikuti laporan Astro Awani;
MILAN: Tan Sri Muhyiddin Yassin menyokong kenyataan Pemuda UMNO yang mahukan Kementerian Kewangan dan Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) memberi penjelasan berhubung pembelian sebidang tanah oleh Tabung Haji daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Tun Razak Exchange (TRX) di Kuala Lumpur. 
Timbalan Perdana Menteri berkata walaupun transaksi jual beli itu sah dan berdasarkan kesediaan pembeli-kesediaan penjual, para penyimpan Tabung Haji melihatnya seolah-olah mereka terpaksa menanggung beban 1MDB. 
Muhyiddin, yang juga Timbalan Presiden UMNO, berkata demikian kepada media Malaysia di sini pada Jumaat. 
Beliau dalam rangka lawatan kerja rasmi tiga hari ke sini sejak semalam. 
Dalam kenyataannya, Pemuda UMNO menzahirkan kebimbangan berhubung pembelian tanah itu daripada 1MDB yang bernilai RM188.5 juta. 
Pemuda UMNO meminta supaya penjelasan dibuat bagaimana transaksi pembelian tanah itu dilakukan. -SUMBER
Dengan pelbagai siri yang seakan- akan mempertahankan pemuda, adakah ini bermakna suara yang dibawakan barisan pemuda ini juga secara dasarnya adalah suara Muhyiddin sendiri?

Malahan, jika benar wujud gelombang kedua dalam usaha sabotaj terhadap Perdana Menteri, adakah Muhyiddin masih mahu mempertahankan mereka? 

Sunday, 26 July 2015

Wujudkah Gerakan Sabotaj Perdana Menteri? Lebih Banyak Printscreen Akan Didedahkan?


Susulan beberapa printscreen yang tersebar sejak semalam yang mendakwa wujudnya gerakan untuk mensabotaj Perdana Menteri oleh beberapa individu berjawatan dalam pergerakan pemuda UMNO Malaysia, PenangKini dimaklumkan mungkin terdapat beberapa lagi yang masih belum disiarkan.
Semalam kami melaporkan sekumpulan kepimpinan Pemuda UMNO Pusat dan mereka yang rapat dengan Ketua Pemuda UMNO Malaysia dipercayai sedang bergerak mempengaruhi pemuda agar tidak menyokong Perdana Menteri Mohd Najib Tun Razak. 
Kami tidak menyiarkan printscreen terbabit sebelum ini kerana hanya mahu memberi ingatan kepada mereka agar berhenti berbuat demikian bukannya memalukan mereka. Namun sebahagian “printscreen terbabit telah tersiar di ruang Facebook kebanyakan aktivis maya pro-UMNO. 
Berikut adalah printscreen WhatsApp yang telah tersebar: 
 
 
Isunya bukan Pemuda tidak boleh tegur atau bincang isu kepimpinan parti dan negara dalam Whatsapp Group. 
Ada beza berbincang dan melakukan percambahan idea dengan merancang sesuatu. Yang membaca whatsapp terbabit tahu mereka merancang sesuatu. 
Yang menjadi persoalan ialah mereka berpakat memberi sokongan palsu depan Perdana Menteri tetapi berazam bertindak sebaliknya. 
Bukankah ini hanya mengesahkan lagi laporan kami sebelum ini dalam PRK Rompin beberapa bulan lalu yang mereka begitu bersungguh nafikan? -MyKMU

Antara isi perbualan yang disebarkan, Exco Pemuda UMNO Malaysia, saudara Ibdilillah Ishak ada menyatakan;

Dah bro... But im not using that many asset to attack them... Dont want to expose them to TF and Farid goons... But yang attack ni geng #KekalNajib aka TF and MyKMU... My Nation ni tembak lari, Premature Ejaculate!

And also... Any publicity is still publicity... Biar orang carik apa ibdil dan wanbro cakap sampai kena balon oleh pro Najib team... Then orang boleh menilai... Rocky... Pro Tun M team are with us...

Berdasarkan kenyataan di atas, adakah bermaksud gerakan ini juga adalah kerjasama dua kumpulan untuk menjatuhkan Perdana Menteri, iaitu dari golongan pemuda UMNO dan pengamal media Pro Tun Mahathir?

Walau bagaimanapun, kita nantikan jawapan balas daripada beberapa nama yang tercatat di printscreen yang tersebar itu, jika ada.

Berdasarkan makluman yang diterima PenangKini, berkemungkinan lebih banyak printscreen perbualan kumpulan itu akan didedah dalam masa terdekat.

Friday, 24 July 2015

Pengakuan Justo : Sudah Terlewat Untuk Pemilik The Edge Membuat Pengesahan?


Lanjutan daripada pengakuan yang dilakukan oleh Xavier Justo berhubung tawaran bernilai AS2juta yang diterimanya dari sekumpulan individu melalui perbincangan yang dilakukan di Singapura, akhirnya taikun media, yang juga pemilik The Edge tampil membuat pengesahan.


Ikuti laporan oleh Utusan Malaysia ini;
KUALA LUMPUR 24 Julai - Pemilik kumpulan media The Edge, Datuk Tong Kooi Ong mengakui menawarkan wang sebanyak AS$2 juta kepada bekas pengarah PetroSaudi International (PetroSaudi), Xavier Andre Justo sebagai helah untuk memperdayakannya.

Justo dalam satu temu bual eksklusif bersama wartawan The Straits Times dari Singapura mendedahkan beliau dijanjikan wang tunai itu sebagai pertukaran kepada maklumat berkaitan urus niaga syarikatnya. 
Kooi Ong kemudiannya dalam satu kenyataan akhbar hari ini mengakui individu dimaksudkan Justo adalah dirinya dan menyatakan beliau menjanjikan bayaran itu sebagai helah untuk mendapatkan dokumen berkaitan 1MDB. 
“Justo jelas adalah seorang lelaki pemarah, dan difahamkan begitu memandangkan kami tidak membayar kepadanya sebagaimana dikehendaki. 
“Benar, kami memperdayakannya tetapi itu adalah satu-satunya cara untuk mendapatkan bukti bagi mendedahkan bagaimana sekumpulan kecil rakyat Malaysia dan warga asing, menipu rakyat Malaysia sebanyak AS$1.83 bilion. 
“Kenyataan beliau mengesahkan apa yang kami katakan sebelum ini iaitu, kami tidak pernah membayar sesiapa,” kata Kooi Ong dalam kenyataan itu. - UTUSAN ONLINE

Walau apa pun alasan yang diberikan, masih terdapat beberapa persoalan yang timbul;

  1. Jika benar pemilik akhbar The Edge itu ikhlas dan mahu mendedahkan penipuan ke atas wang rakyat (jika ada), kenapa mereka memperakui penglibatan mereka hanya selepas Justo mendedahkan tentang kewujudan perbincangan di antara mereka?
  2. Jika benar mahu bertindak seakan adiwira kepada rakyat, kepada sebelum ini ia dilakukan secara berselindung?

Segalanya kelihatan seperti ada sesuatu yang mahu disorokkan dan mungkin bagi memastikan mereka tidak terperangkap dengan isu yang dimainkan. Tapi sebaik sahaja pendedahan dilakukan oleh Justo, barulah mereka tampil dengan lagak seakan- akan wira. Bukankah tindakan itu menimbulkan pelbagai persoalan?

(Eksklusif) 1MDB : Pengakuan Oleh Xavier Justo Kepada Straits Times Singapura


Xavier Andre Justo, warganegara Switzerland mendakwa bahawa beliau dijanjikan AS $ 2mil (RM7.6mil) sebagai pertukaran data yang dicuri daripada bekas majikannya PetroSaudi International.

Menurut temubual The Straits Times, beliau tidak pernah dibayar sebagaimana yang telah dijanjikan oleh seorang ahli perniagaan terkemuka di Malaysia. Justo mendakwa perjanjian penjualan dokumen itu dicapai di Singapura pada Februari lepas, diikuti dengan perbincangan tempoh yang panjang tentang kaedah bagaimana beliau akan dibayar.

Justo, yang kini dipenjara di Thailand atas cubaan memeras ugut bekas majikannya.

Sekumpulan individu yang ditemuinya di Singapura dalam perundingan penjualan data tersebut telah dinamakan dalam 22 muka surat pengakuan Justo kepada polis Thailand. Dia menunjukkan salinan pengakuan kepada The Straits Times.

"Saya cuba untuk membuka akaun di Singapura supaya wang tersebut dibayar secara terus dari akaun (pembeli)," kata Justo. "DBS Bank menolak, saya tidak tahu mengapa. Selepas itu saya membuka akaun di Abu Dhabi atas nama peribadi saya sendiri namun telah ditolak oleh (pembeli) kerana ia mempunyai nama saya di atasnya."

"Kemudian saya cuba menggunakan akaun syarikat saya di Hong Kong dan beliau berkata perkara yang sama, selepas itu melalui syarikat Luxembourg dan sekali lagi (pembeli) enggan maka selepas itu lah Clare Brown memain peranan," katanya.

Beliau merujuk kepada Claire Rewcastle-Brown, editor Sarawak Report kelahiran Malaysia yang berpangkalan di Britain yang mana sepanjang tahun lalu telah membuat dakwaan yang mengejutkan tentang penyelewengan berbilion ringgit firma pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Justo mendakwa pembeli juga menawarkan untuk membayar dengan tunai.

"Jadi saya sepatutnya pergi ke Singapura setiap minggu atau setiap minggu berikutnya untuk menerima sampul surat berisi beberapa ribu atau berpuluh-puluh ribu, dan proses ini diulangi selama beberapa bulan sehingga jumlah akhir dibayar. Dan sekali lagi ditolak," katanya.

Justo ulangi kenyataan Polis Thai minggu lepas, bahawa pengakuan itu disokong oleh dokumen termasuk rekod perbualan WhatsApp dengan pembeli.

"Semua apa yang ditulis dalam pengakuan saya, sebahagian besar terbukti dengan perbualan e-mel, WhatsApp saya dengan mereka."

Beliau mendakwa, Rewcastle-Brown telah bersetuju untuk menerima AS $ 2mil dari pembeli dan menghantar kepadanya sebanyak AS $ 250,000 (RM952,000) sebulan untuk perkhidmatan perundingan.

"Saya tidak tahu sama ada beliau menerima wang atau tidak, kerana saya telah ditahan," katanya. "Saya tidak tahu."

Justo, yang diwawancara di sebuah pejabat kecil di dalam Penjara Reman Bangkok juga mendakwa bahawa kumpulan yang telah ditemui di Singapura termasuk Rewcastle-Brown telah mengubahsuai data yang telah diberikan kepada mereka.

"Saya telah memberikan dokumen-dokumen asal tanpa apa-apa perubahan," dakwa beliau. "Saya boleh mengatakan bahawa saya telah memberikan dokumen kepada dua kumpulan orang," katanya. Satu adalah Rewcastle-Brown bersama kakitangan IT beliau dan satu lagi ialah ahli perniagaan Malaysia bersama rakannya. The Straits Times tidak menamakan ahli perniagaan itu dan juga rakannya sementara menunggu maklumbalas daripada mereka kepada dakwaan terbaru itu.

Beliau mendakwa bahawa orang-orang dia telah temui itu bercakap tentang menggunakan dokumen "untuk mencuba menjatuhkan kerajaan Malaysia", sambil menambah bahawa mereka juga merujuk kepada rancangan untuk"mengubah suai dokumen".

Beliau berkata, beliau telah menuntut PetroSaudi untuk menambah sejumlah wang pada tahun 2013 tetapi tuntutannya ditolak. Selepas itu, melalui kenalan di Geneva yang ada hubungan dengan Malaysia, beliau telah diperkenalkan kepada Rewcastle-Brown, yang kemudian bertemu di Bangkok di Plaza Athenee Hotel dan di Singapura di Fullerton Hotel. Di Singapura, Rewcastle-Brown telah ditemani seorang individu yang dinamakan dalam pengakuannya.

Menurut The Straits Times, pengakuan Justo ditulis padat dalam huruf besar lebih daripada 22 muka surat.

Beliau berkata, ia tidak dibuat dengan paksaan dan beliau terkejut mendapat layanan yang baik di penjara Bangkok.

Sumber rujukan berita asal : The Straits Times/Asia News Network

Dakwaan Penyelewengan Terhadap Najib : WSJ Mula Berdolak Dalih dan Gugup


Penerbit Wall Street Journal, Dow Jones & Company, hari ini menafikan mereka menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menyeleweng wang 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).

Peguam Dow Jones dan ketua pegawai pematuhan Jason P Conti menulis dalam suratnya kepada peguam Najib menyatakan artikel pada 2 Julai 2015 hanya melaporkan penyiasat Malaysia mengesan hampir US$700 juta (RM2.6 B) dipercayai dimasukkan ke dalam akaun peribadi Mohd Najib.

“Artikel tersebut dengan jelas menyatakan kami tidak pasti sumber dana yang masuk ke dalam akaun yang dipercayai milik peribadi Mohd Najib.” kata surat terbabit yang diperolehi oleh Malay Mail.

Dua minggu lalu, peguam Mohd Najib menulis surat kepada Dow Jones, “Kami diarahkan oleh pelanggan kami untuk mendapatkan pengesahan sama ada ia adalah pendirian anda, seperti dalam artikel itu, bahawa pelanggan kami menyalahgunakan hampir AS $ 700 juta dari 1MDB?

“Kami diarahkan untuk mendapatkan pendirian anda kerana artikel itu secara kolektif menyarankan bahawa anda tidak pasti tentang ‘sumber asal wang itu dan apa yang berlaku kepada wang itu’, manakala intipati umum artikel mewujudkan gambaran yang jelas bahawa pelanggan kami telah menyalahgunakan AS$700 juta milik 1MDB.”

Dow Jones berdolak dalih mengenai artikel pada 6 Julai, dengan menyatakan ia merupakan pandangan yang “reasonable” berdasarkan fakta yang ada dan berita mereka pada 2 Julai 2015.

“As a result, it is quite clear The News Article is a fair and accurate summary of current events, and The Opinion includes reasonable commentary based on those facts.

Conti secara berbelit-belit menyatakan “Any suggestion otherwise is misplaced and baseless.”

Ini bermakna Dow Jones dan WSJ cuba mencuci tangan dengan menyatakan mereka tidak pernah menuduh Najib menyalahguna dana 1MDB.

“Kami percaya permintaan anda tidak perlu kerana artikel berita dan pendapat bercakap bagi diri mereka sendiri,”

“In your letter you ‘seek confirmation as to whether it is [our] position as taken in [The News Article and The Opinion] that [your] Client misappropriated nearly USD700 million belonging to 1Malaysia Development Berhad’,” 
“We believe your request is unnecessary as The News Article and The Opinion speak for themselves,”

Ini bermakna WSJ dan Dow Jones cuba mengelak tuduhan langsung bahawa Mohd Najib menyalahguna wang 1MDB. Malah mereka berhati-hati menyatakan “dipercayai” akaun Mohd Najib bukannya, menuduh ia akaun peribadi Mohd Najib.

Sementara itu, salah seorang peguam Mohd Najib mempertahankan keputusan menghantar surat meminta penjelasan kerana artikel yang diterbitkan “agak kabur” dan tidak membuat tuduhan secara langsung. – MYKMU.NET

Thursday, 23 July 2015

1MDB : Selepas Keputusan Siasatan PAC Keluar, Integriti Tony Pua Akan Benar- Benar Diuji


Integriti Tony Pua sebagai ahli Jawatankuasa Wang Kira-Kira Negara (PAC) akan diuji selepas keputusan laporan berhubung 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) dikeluarkan, jelas pengerusinya, Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Ia berikutan Tony dilihat sering menyerang kerajaan dengan menggunakan isu tersebut meskipun siasatan sedang dijalankan.

“Sebagai pengerusi tak molek saya komen pasal integriti jawatankuasa PAC, tetapi PAC akan keluarkan laporan kelak dan terpulang kepada rakyat untuk nak percaya atau tidak PAC.

“Masa itu integriti ahlinya akan teruji dengan laporan tu,” katanya menerusi Whatsapp kepada BNBBC.my, Khamis.

Beliau berkata demikian bagi mengulas sama ada wajar ataupun tidak ahli parlimen Petaling Jaya Utara itu dikeluarkan daripada PAC sepertimana yang didesak beberapa pimpinan BN.

Semalam, pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC), Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata Tony harus dikeluarkan daripada jawatankuasa tersebut supaya siasatan lebih telus boleh dilakukan kerana nerkaitan integriti sebagai ahli PAC.

Begitu juga dengan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata beliau tidak ada hak untuk menyingkirkan Tony daripada PAC kerana ia tertakluk di bawah kuasa Jawatankuasa Pemilih Parlimen.

“Dia (Tony) dicadang oleh parti dia dan dilantik oleh Jawatankuasa Pemilih Parlimen yang dipengerusi oleh Speaker, sebarang tindakan perlu dibincang dan ditentukan oleh jawatankuasa ini yang melantik Tony.

“Bagi mengeluarkan seseorang ahli Jawatankuasa daripada sesuatu Jawatankuasa yang dianggotainya hendaklah tertakluk kepada Jawatankuasa Pemilih yang melantik seseorang ahli Majlis menjadi ahli sesebuah Jawatankuasa itu, PAC tak ada hak nak ambik tindakan terhadapnya,” jelas Nur Jazlan.

Dalam pada itu, Nur Jazlan turut menolak kebimbangan banyak pihak tentang kebocoran maklumat dalaman yang mungkin berlaku sekiranya Tony disingkirkan daripada PAC.

“Ada berpuluh orang dalam mesyuarat, memang boleh bocor pun,” tambahnya ringkas ~ Agendanews

Mana kuota 30 peratus rumah kos rendah?

Tuesday, 21 July 2015

Siasatan 1MDB : Pengarah Syarikat Individu Pertama Ditahan Reman




Seorang pengarah syarikat pembangunan hartanah swasta menjadi individu pertama ditahan reman oleh Pasukan Petugas Khas yang dibentuk untuk menyiasat kes berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Beliau ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Isnin dan hari ini direman empat hari bermula Selasa bagi membantu siasatan.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Lau Eric di Mahkamah Majistret Putrajaya sebentar tadi.

Peguamnya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata, anak guamnya ditahan reman selama empat hari berkaitan isu berkepentingan nasional.

"Mereka memohon untuk direman tujuh hari tetapi majistret membenarkan empat hari sahaja," katanya.

Awal Julai lalu, Peguam Negara, Abdul Tan Sri Abdul Gani Patail; Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz; Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed mengumumkan pembentukan Pasukan Petugas Khas itu untuk menyiasat isu berhubung 1MDB.

Sebalum ini, 1MDB mengesahkan pegawai daripada Pasukan Petugas Khas yang sedang menjalankan siasatan terhadap syarikat pembangunan strategik kerajaan itu, datang ke pejabatnya 8 Julai lalu.

"Kami menyerahkan kepada mereka beberapa dokumen dan bahan berkaitan bagi membantu siasatan yang sedang dijalankan sekarang," kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

1MDB berkata ia memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Pasukan Petugas Khas itu dan semua pihak berkuasa undang-undang.

"Kami mengulangi pendirian kami sebelum ini bahawa sekiranya terdapat salah laku dan penyelewengan, tindakan perlu diambil berlandaskan undang-undang negara," kata syarikat itu. ~Agendanews

Sunday, 19 July 2015

Pengakuan Lester Melanyi : Rahman Dahlan Persoal Kesungguhan Lim Kit Siang Lencongkan Isu


Perang mulut antara Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan dan pemimpin DAP Lim Kit Siang berterusan, dengan menteri Umno tersebut mempersoalkan alasan pemimpin pembangkang veteran itu memburuk-burukkan bekas wartawan Sarawak, Lester Melanyi.

Melanyi muncul dalam satu klip video membuat pengakuan berhubung dakwaan pemalsuan dokumen 1Malaysia Development Berhad (1MDB) oleh laman web pemberi maklumat Sarawak Report.

Menulis di laman Facebooknya, Rahman berkata Lim sepatutnya mengalu-alukan pengakuan Melanyi dan menggalakkan polis menyiasat perkara tersebut.

"Malangnya, Kit Siang memilih untuk tidak memperdulikan mesej itu dan sebaliknya memburuk-burukkan dan mengecam pembawa mesej itu," katanya.
Rahman mendakwa pada Rabu, pemimpin pembangkang bekerjasama dengan Sarawak Report memalsukan dokumen yang membawa kepada beberapa pendedahan dibuatnya berhubung 1MDB.

Katanya, terdapat "bukti kukuh", termasuk sebuah video pengakuan, disertakan bersama satu laporan polis dibuat Ramesh Rao Krishnan Naidu, presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP), sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang mesra Barisan Nasional (BN).

Laporan polis itu menamakan Melanyi sebagai bekas pengarang yang bekerja dengan Sarawak Report, tetapi ia dinafikan pengasas dan pengarang laman web itu Clare Rewcastle-Brown.

Bagaimanapun, Melanyi menegaskan semua maklumatnya adalah tulen dan beliau berpegang teguh kepada dakwaannya.

Rahman juga menegaskan rakyat harus memberi tumpuan kepada mesej yang dibawa Melanyi, bukannya kepada kredibilitinya. – 19 Julai, 2015.

Lim Kit Siang is a desperate conjurer. Conjurers are experts at misdirection.That is why in his haste to respond to...
Posted by Dato' Abdul Rahman Dahlan on Sunday, July 19, 2015

Pengakuan Lester Melanyi : Tony Pua Terpaksa Gunakan Orang Tengah Untuk Pertahankan Diri?


Dari Portal MyKMU;
Supremo Parti Tindakan Demokratik (DAP), Lim Kit Siang, terpaksa muncul untuk menyelamatkan bintang mereka Tony Pua dari terus menjadi sasaran politik. 
Sejak beberapa hari lalu Tony Pua dan Rafizi Ramli telah gagal menjawab dakwaan mereka bersandarkan laporan Sarawak Report yang telah disunting dan diubah bagi menjatuhkan Perdana Menteri Mohd Najib Tun Razak. 
Pendedahan bekas “perunding editorial” Sarawak Report, Lester Melanyi, bahawa beberapa emel dan bukti mengenai PetroSaudi dan 1 Malaysia Development Berhad telah diubah (tampered) menyebabkan banyak pihak mempertikaikan kredebiliti Tony Pua dan Rafizi Ramli.
Keadaan menjadi kritikal apabila Polis Thai mengesahkan dokumen-dokumen yang diterbitkan dalam sebuah blog (dipercayai merujuk kepada Sarawak Report) tidak sama dengan dokumen yang telah dijual oleh Justo kepada kumpulan tertentu di Malaysia dan Britain. 
Semalam Kit Siang muncul mempersoalkan mengapa menteri-menteri kabinet tidak berminat mengenai ahli Umno yang didakwa telah bertemu dengan bekas pengarah PetroSaudi International, Xavier Andre Justo tetapi lebih berminat “menyerang” Tony Pua dan Rafizi Ramli.
“Seperti yang dikatakan oleh polis Thailand, Justo telah bertemu dengan kira-kira 10 orang, salah seorang daripada mereka adalah seorang ahli Umno, dalam usaha (Justo ini) untuk menjual data yang dicuri dari PetroSaudi International Ltd (PSI), mengapa Shabery tidak turut mencabar Umno atau BN atas perkara yang sama?, ” kata Lim dalam satu kenyataan semalam.
Kit Siang kelihatan tidak dapat mempertahankan kredebiliti kedua-dua ayam jagoaan Pakatan Rakyat maka terpaksa menukar isu daripada dokumen yang diubah kepada isu politik murahan. 
Hari ini Kit Siang muncul lagi mempersoalkan kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan mahukan Annuar Musa meletak jawatan Pengerusi Mara atas isu pembelian hartanah di Australia. 
Sebenarnya kenyataan Ahmad Zahid mengenai Justo tempoh hari ialah maklumat pada awal siasatan yang sebenarnya tidak jauh berbeza dengan keadaan hari ini. Apabila Justo ditangkap, polis Thai dan Ahmad Zahid sudah tahu bahawa dokumen dalam Sarawak Report telah diubah dari dokumen asal. Sudah tentu anggapan awal ialah Justo diminta mengubah dokumen terbabit. 
Bagaimanapun berdasarkan maklumat terkini ternyata Justo hanya menjual dokumen asal tetapi telah diubah oleh Sarawak Report. 
Kita juga berasa aneh mengapa Kit Siang mahukan Annuar Musa meletak jawatan dalam isu pembelian hartanah Mara di Australia sedangkan ia berlaku sebelum beliau menjadi Pengerusi lagi. Bukankan ini menunjukkan Kita Siang terdesak untuk menyelamatkan anak didiknya? 
Kit Siang kelihatan bersungguh mengubah senario politik yang kini berkisar kepada skandal Tony Pua dan Rafizi Ramli yang dikatakan menggunakan dokumen-dokumen yang diubah dan dipinda bagi menjatuhkan Najib Razak dan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB). 
Fakta bahawa dokumen-dokumen dalam Sarawak Report telah dipalsukan dan digunakan oleh Tony Pua dan Rafizi amat memalukan. Bolehkah Kit Siang mempertahankan mereka? Tidak! sebab itu beliau terpaksa cuba alih isu. 

[VIDEO] Gurauan Cincin Rafizi : Tun Mahathir Akan Mohon Maaf?

 

Saman fitnah yang dikemukakan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor terhadap Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli membuka segala kebenaran berhubung dakwaan pembelian cincin jutaan ringgit oleh isteri Perdana Menteri itu.

Melalui artikel yang diterbitkan The Malaysian Insider, dakwaan itu disifatkan hanya sebagai berseloroh;
Pandan MP Rafizi Ramli, who is facing a defamation suit by Datuk Seri Najib Razak and his wife Datin Seri Rosmah Mansor for comments related to fuel prices made at a forum, defended the remarks saying they were made in jest. 
In his defence to the suit, Rafizi said the prime minister and Rosmah could not regard his statement as being defamatory but a good natured ridicule. 
"Those particular words uttered must be understood in the right context. It did not amount to defamation," he said in documents sighted by The Malaysian Insider. 
In the remarks, Rafizi had said rising fuel prices would allow Rosmah to buy more diamond rings.  
Rafizi, who is also PKR secretary-general, is also relying on the defence of fair comment and qualified privilege to have the suit dismissed. 
The matter has been fixed for case management before High Court judge Datuk Noraini Abdul Rahman on June 26. 
Lawyers who are familiar with handling defamation suits did not discount the possibility of counsel appearing for Najib and Rosmah to strike out Rafizi's defence that what he had said were nothing more than witty remarks. 
The suit against Rafizi was filed at the Kuala Lumpur High Court registry on March 16 by Messrs Hafarizam Wan & Aisha Mubarak, the solicitors for Najib and Rosmah. 
Also named as defendant in the suit is Chan Chee Kong, the Mediarakyat portal owner. 
In their statement of claim, the couple said Rafizi had uttered defamatory remarks relating to rising fuel prices at a forum in Bandar Tun Razak on November 22, 2014. 
Najib and Rosmah said Rafizi's speech in a video titled "Kenapa kita pertahan subsidi minyak" (Why we defend petrol subsidies) was recorded by Mediarakyat, and Chan or his assistants uploaded it on YouTube for the world at large to have access. 
The video is also on Rafizi's Facebook page. 
Najib and Rosmah said Rafizi's speech in the video was clearly intended to defame them. 
They said Chan also failed to subscribe to the principles of responsible journalism for his failure to verify the allegation before the video was made available for public consumption. 
“The defendants knew that any publication will bring irreparable damage to us and lower our reputation in the minds of the public," the statement of claim said. 
Najib and Rosmah are demanding damages deemed fit by the court and a public apology to be published in newspapers and magazines. 
They have also demanded that Chan remove the video from YouTube, Mediarakyat and Facebook. 
Najib has also filed a similar suit against Petaling Jaya Utara MP Tony Pua over comments the lawmaker had allegedly made on the strategic investment fund 1Malaysia Development Bhd (1MDB). 
Pua has filed his defence, citing, among others, that as lawmaker he had a duty as the people's representative to raise issues of public interest. 
The DAP national publicity chief said the public had the right to receive information on issues which affected them and all facts were verified before they came into public domain. 
Pua also questioned Najib's standing to file the suit since he was Pekan MP, prime minister and finance minister.
"His conduct should be subjected to criticism when he is holding public positions," Pua added. 
Najib has also filed a suit against Harakah managing director Dr Rosli Yaakob and Harakahdaily portal chief editor Taufek Yahya relating to an article written by Rosli on February 19 with the heading “Dana 1MDB biayai syarikat filem Riza Aziz?(Bhg 2)”.  
In his statement of claim, Najib alleged that the publication of the article had damaged his reputation and caused him to be condemned by social media and the mass media.  
Najib also alleged that Taufek had failed to practise responsible journalism by not verifying the authenticity of the article before publishing it. 
Criticism has been mounting against Najib over the Finance Ministry's wholly owned investment vehicle, 1MDB, established in 2009, which has chalked up debts of up to RM42 billion. 
Najib has been under pressure from opposition politicians, current and former Umno leaders, including former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad and anti-graft bodies, who have demanded a thorough investigation into the fund. Dr Mahathir had also demanded that Najib step down over the 1MDB scandal. 
Najib, however, reiterated that he would not step down and would, in fact, fight harder, telling a huge crowd in Sarawak yesterday not to underestimate him. – June 5, 2015. 
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/diamond-ring-remark-a-joke-says-rafizi-in-defence-of-suit-by-najib-rosmah#sthash.kzvDW8oq.dpuf
Dakwaan pemilikan cincin itu tidak sahaja dimainkan oleh media pembangkang, malah ia juga dijadikan senjata oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir pada satu forum bersamanya di Ipoh bagi memperlekeh dan mewujudkan persepsi buruk terhadap Dato' Seri Najib Razak dan isteri.


Namun begitu, selepas pengakuan yang dibuat Rafizi Ramli itu, beberapa perkara perlu diberikan perhatian;
  1. Adakah Tun Mahathir bersedia memperakui kekhilafannya dalam mempercayai dakwaan yang di bawa Pakatan Rakyat dan bersedia memohon maaf terhadap Dato' Sri Najib Razak dan isteri di atas kenyataan yang telah dikeluarkan?
  2. Apakah yang mendorong Tun Mahathir untuk bercakap tanpa bersandarkan fakta yang sahih sehingga memburukkan Perdana Menteri dan isteri?
  3. Adakah cakap- cakap Tun Mahathir masih boleh dipercayai kerana kenyataannya terlalu beremosi sehinggakan percaya kepada fitnah Pakatan Rakyat?

Saturday, 18 July 2015

Kes Denggi Meningkat 3 Kali Ganda Di Pulau Pinang


Kes demam denggi di Pulau Pinang mencatat peningkatan lebih tiga kali ganda sejak tempoh awal tahun hingga semalam, berbanding tempoh sama tahun lalu.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya, berkata sebanyak 2,990 kes dilaporkan sepanjang tempoh itu berbanding 982 kes bagi tempoh yang sama tahun sebelumnya.

Beliau berkata, usaha mengatasi masalah demam denggi adalah tanggungjawab bersama dan semua pihak harus bekerjasama menghentikan pembiakan Aedes.

"Pulau Pinang mempunyai situasi yang sama dengan Selangor, dengan banyak kawasan projek pembinaan yang menjadi tempat pembiakan nyamuk.

"Justeru, saya menyeru semua pihak khususnya pihak berkuasa tempatan untuk meningkatkan penguatkuasaan memantau dan mengambil tindakan terhadap mana-mana tapak projek pembinaan yang menjadi tempat pembiakan nyamuk," katanya kepada pemberita selepas memberi sumbangan kepada petugas Hospital Sungai Bakap sempena perayaan Aidilfitri, di sini, hari ini.

Katanya, Pulau Pinang masih kekal negeri keempat yang mencatatkan jumlah kes denggi tertinggi selepas Selangor, Johor dan Perak.

Beliau berkata, setakat semalam, jumlah kes demam denggi seluruh negara meningkat kepada 64,473 kes berbanding 47,871 kes tahun lalu. - BERNAMA

Pengakuan Lester Melanyi : Pengamal Media Desak Tony Pua Lepaskan Jawatan Dari PAC


Susulan pendedahan dan pengakuan yang dilakukan oleh Lester Melanyi, serta kegagalan Tony Pua untuk melakukan sebarang penafian terhadap dakwaan yang dilemparkan ke atasnya, pengamal media dilihat mula mengenakan tekanan dan mendesak beliau meletakkan jawatan dari Jawatankuasa Kira- Kira Wang Negara (PAC).

Untuk rekod, selepas tersebarnya video pengakuan oleh Lester Melanyi, hanya Rafizi Ramli yang membuat penafian.

Dear Man in the net. Kindly step down from PAC.Its the most honorable thing to do rite now. In fact it will be the...
Posted by The Lagenda on Friday, July 17, 2015



@TonyPua Must Resign from PAC Immediately The recent confession by Ex Sarawak Report Editor Lester Melanyi that DAP...
Posted by Info 1MDB Anda on Friday, July 17, 2015



@TonyPua Must Resign from PAC Immediately The recent confession by Ex Sarawak Report Editor Lester Melanyi that DAP...
Posted by Friends Of Perdana Menteri on Friday, July 17, 2015


Selain itu, beberapa blog juga dilihat mendesak perkara yang sama, antaranya KL Chronicle dan Pakdin.my.

Friday, 17 July 2015

Siasatan Terhadap Justo : Media Singapura Dedah Penglibatan Pemimpin UMNO/BN



Media Singapura mendedahkan bahawa siasatan oleh Polis Thailand mengenalpasti 10 orang termasuk pemimpin UMNO berurusan secara langsung dengan Xanvier Andre Justo, pemeras ugut PetroSaudi.

Menurut Polis Thai, Justo bekas eksekutif PetroSaudi, memberi kerjasama yang baik termasuk mendedahkan senarai 10 orang yang membeli dokumen daripada beliau untuk digunakan bagi menyerang Perdana Menteri, Mohd Najib Tun Razak.


Thai police said Swiss national Xavier Andre Justo, who is in custody and expected to be charged with blackmailing his former employer, PetroSaudi, has given a full confession and identified about 10 people who bought documents from him to use to attack Malaysian Prime Minister Najib Razak. 
"He has confessed everything. He has given us very good cooperation... every document, even from inside his phone,'' police spokesman Prawuth Thavornsiri told The Straits Times. 
Justo sold the data he had taken from PetroSaudi to the group, which included media figures and a person from the Prime Minister's own party, according to Lieutenant-General Prawuth. Among them was a Malaysia-born woman who had moved to Britain.

"She has a news blog," he added. 
Asked if the blog was the Sarawak Report website, he said: "Maybe. I didn't name it, you named it.'' 
He said the website "usually gives bad news about Malaysia". 
"The website tampered with the data to discredit the PM,'' he added. 
Lt-Gen Prawuth said he could not mention names. But he confirmed that Justo met with "many people, about 10, from the media and from political circles, even from the same party as the PM (Datuk Seri Najib)''. Justo met the Malaysia-born woman three times in Thailand, and also in Singapore, for "negotiation", said Lt-Gen Prawuth. 
In the last stage of the negotiations, once the group had verified that Justo's files contained the information they wanted, they discussed how to pay him. 
The evidence from Justo included a full transcript of all the Whatsapp chats he had with the group during their negotiations and discussions on how he would be paid. Some meetings are said to have been held in Singapore. 
"The way they paid was the same way money-laundering gangs pay, Lt-Gen Prawuth said.
"They talked to each other many times by Whatsapp, we have the evidence; they talked about paying like this and like that, to pretend to buy and sell.'' 
These details "should be useful" to Malaysian police, he added. 
The spokesman also offered to share information with the Singapore police. "This case should be reported in Singapore because the money laundering to attack the PM started in Singapore," he said. "If the Singapore police ask me for evidence (through) the foreign affairs protocol, I can send it." 
Thai police arrested Justo at his plush home on the resort island of Koh Samui on June 22.

The tattooed 49-year-old had worked for PetroSaudi from 2010 to 2011, Lt-Gen Prawuth said.

"The CEO of that company was Xavier's close friend. I don't know what conflict they had; he (Justo) walked out and requested money from the company," he said. 
"The company paid him about four million Swiss francs at the time he walked out. 
"After two years Xavier called the CEO again and asked for some money again. Before he left, he had copied every e-mail of the company from the server. It was in 2013 that he called the company and said I know all your secrets, and I want US$2.5 million." 
When PetroSaudi turned down his demand, Justo then approached the other group, said Lt-Gen Prawuth, who took care not to mention Malaysia by name. 
Justo would be charged with blackmail, Lt-Gen Prawuth told The Straits Times. "The blackmail happened in Thailand, so we only have scope for that," he added. 
On July 3, the Wall Street Journal and Sarawak Report claimed that US$700 million (S$957 million) linked to 1Malaysia Development Berhad was deposited into Mr Najib's private bank accounts over the past two years. 
The beleaguered Prime Minister, who is facing calls for his resignation led by influential former premier Mahathir Mohamad, has denied ever using state funds for "personal gain". 
Mr Najib has accused Tun Dr Mahathir, who was Malaysia's prime minister for 22 years until 2003, of conspiring with international media to topple his government via "political sabotage". 
1MDB's recent struggle to meet financing obligations, as it seeks to pare down RM42 billion (S$15 billion) in debt it racked up in its first five years of operation, has been a lightning rod for criticism against Mr Najib's leadership. 
The state investment agency is now the subject of multiple probes by the Malaysian authorities.
Malaysian police have asked their Thai counterparts for access to Justo but have yet to interview the Swiss national. 

Nafikan Dakwaan Lester Melanyi, Jika Benar Tidak Terlibat - Shabery Cheek


Pemimpin pembangkang yang disebutkan dalam video pengakuan bekas Editor Sarawak Report berhubung pemalsuan fakta berkaitan 1MDB, Perdana Menteri dan isu berkaitan 1MDB diminta untuk membuat penafian segera.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, sehingga kini pemimpin pembangkang terbabit tidak membuat sebarang penafian.

"Sehingga sekarang mereka (pemimpin pembangkang) yang terbabit tidak membuat penafian bagi memberi penjelasan berhubung dakwaan itu (dalam video pengakuan).

"Siasatan berhubung perkara ini akan dibuat. Isu ini satu perkara yang serius kerana ia sekali gus mencabar kredibiliti kerajaan dan Perdana Menteri," katanya ketika ditemui pemberita di Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Perdana Menteri dan Anggota Jemaah 2015 di sini, hari ini.

Rabu lalu, satu laporan polis sudah dibuat oleh seorang pengadu yang mendakwa pengendali laman sesawang Sarawak Report, Claire Rewcastle melakukan pemalsuan fakta berkaitan 1MDB, Perdana Menteri dan isu berkaitan 1MDB.

Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN) Datuk Abdul Rahman Dahlan dilaporkan berkata, laporan dibuat pengadu di sebuah balai polis di Petaling Jaya, Selangor.

Menurutnya, pengadu juga mendakwa mempunyai bukti kukuh wujudnya niat jahat oleh pihak berkepentingan untuk melunaskan sebuah misi bergelar 'mission to criminalize' Datuk Seri Najib Tun Razak dan 1MDB. /Hmetro

Pengakuan Justo : Ada VVIP Dari Pakatan Pembangkang Akan Dipanggil Untuk Siasatan?


Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata beberapa rakyat Malaysia akan dipanggil memberi keterangan berhubung pendedahan terbaru Polis Thailand dalam siasatan terhadap bekas eksekutif PetroSaudi International Ltd (PSI), Xavier Andre Justo.

Menyifatkan pendedahan Polis Thailand itu sebagai serius dan mengejutkan, beliau berkata pendedahan itu telah dijadikan sebagai laporan polis dan siasatan telah dijalankan.

"Kami akan panggil (untuk beri keterangan) setiap orang yang telah dikenal pasti oleh polis Thailand dalam masa terdekat.

"Saya harap mereka akan beri kerjasama penuh kalau tidak kita terpaksa mengambil tindakan menangkap dan mereman mereka," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis rumah terbuka Aidilfitri di Bukit Aman di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Semalam, Polis Thailand mengesahkan warga Switzerland itu telah mengadakan pertemuan dengan individu penting dalam pakatan pembangkang Malaysia di sebuah hotel di Singapura sebelum menjual maklumat sulit milik syarikat itu. 

Jurucakap Polis Diraja Thailand, Pol.Lt.Gen Prawut Thavornsiri dipetik berkata polis Thailand mengetahui identiti individu yang ditemui oleh Justo berdasarkan pengakuannya serta bukti yang dikumpul dan butiran daripada sumber seperti telefon bimbit dan komputer peribadi milik lelaki itu.

Khalid berkata PDRM akan terus mengadakan kerjasama dengan Polis Thailand dalam menyiasat perkara berkenaan.

Sementara itu, Ahmad Zahid ketika diminta mengulas perkembangan berkenaan berkata beliau menyerahkan sepenuhnya siasatan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Polis Thailand menahan Justo pada 22 Jun atas tuduhan cuba memeras ugut PSI, sebuah syarikat antarabangsa yang berpangkalan di Arab Saudi yang menjadi tumpuan dalam kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Susulan kepada penjualan dokumen itu, beberapa e-mel dan dokumen disiarkan oleh Sarawak Report, sebuah blog bermotifkan politik sehingga mencetuskan pelbagai tuduhan terhadap 1MDB. - Bernama
 
Copyright © 2014 PenangKini.