BREAKING NEWS

Monday, 31 August 2015

[Video] Peguam Tuntut Mukhriz Mahathir Letak Jawatan Menteri Besar


Peguam, Ahmad Shuaib Ismail semalam melalui facebook miliknya mendesak agar Menteri Besar Kedah, Mukhriz Mahathir meletakkan semua jawatan yang dipegangnya baik dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah mahupun UMNO.




Permohonan kepada Menteri Besar Kedah Ds mukhriz mahathir agar letak jawatan sebagai Menteri Besar Kedah dan masuk DAP
Posted by Ahmad Shuaib Ismail on Saturday, August 29, 2015

Sunday, 30 August 2015

Teks Penuh Ucapan Perdana Menteri Pada Majlis Amanat Hari Kebangsaan 2015


BismillahirRahmanirRahim,

Alhamdulillahi Rabbil A’lamin wa biHi nasta’in,

Allahhumma Solli A’la Saidina Muhammad wa A’la Saidina Muhammad,

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia,

Rakyat Malaysia Yang Dikasihi Sekalian,

1. Sebelum memulakan ucapan, saya difahamkan bahawa, yang dijemput hadir dalam dewan ini, terdiri daripada para menteri dan anggota pentadbiran kerajaan, kakitangan serta penjawat awam, ahli-ahli korporat, wakil-wakil NGO, para pensyarah dan golongan pendidik, budayawan, mahasiswa serta individu-individu perseorangan mewakili tokoh-tokoh juga golongan masyarakat.

2. Makanya, Saya berasa yakin, bahawa setiap seorang daripada kita berada di sini kerana, ingin sama-sama memperingati satu peristiwa amat penting dalam perjalanan negara, yakni, kemerdekaan Malaysia tercinta, tanggal 31 Ogos 1957.

3. Justeru, sebelum dilanjutkan sebarang kata-kata, saya pinta kepada semua, terutamanya dalam dewan ini, sama ada yang sedang duduk, mahupun saudara-saudara yang masih berdiri.

4. Tanpa membuang masa lagi, marilah, kita sama-sama menumpukan seluruh perhatian, berdiam dan bertafakur, sambil memejamkan mata masing-masing sebentar, tunduk, dengan rasa keinsafan.

5. Renungkanlah sejenak sedalam-dalamnya, dan tanyalah di sanubari masing-masing, apakah setiap daripada kita ini, benar-benar mengerti serta mampu menghayati maksud kemerdekaan.

Saudara dan saudari sekalian, kini, bukalah kembali mata kita masing-masing.

6. Satu hal lagi yang tidak boleh dilupakan, apabila kita dapat berkumpul dengan aman sebegini, tidak ada orang yang boleh menafikan bahawa, adalah berkat jasa dan bakti para perajurit serta anggota keselamatan tanah air, yang selama ini, tidak pernah kenal erti penat lelah, berkorban apa saja, bagi menjamin rakyat dapat hidup dalam keadaan aman serta sentosa.

7. Kerana itulah, kita menolak sebarang bentuk demonstrasi jalanan yang boleh mengganggu-gugat ketenteraman awam dan hanya menyusahkan rakyat, kerana ia tidak langsung mencerminkan kematangan, bahkan bukanlah sebagai saluran yang betul untuk menyuarakan pandangan dalam sebuah negara berdemokrasi.

8. Seperti diketahui, apa yang berlaku sehari dua ini adalah sungguh tidak wajar. Oleh sebab ia mempamerkan kecetekan minda dan miskin semangat kebangsaan.

9. Waima, Mufti Kelantan sendiri telah menyatakan bahawa demonstrasi jalanan dan perhimpunan Bersih 4.0 tersebut adalah hukumnya Haram di sisi agama Islam.

10. Oleh itu, segala susah payah anggota keselamatan akan sentiasa kita beri penghargaan dan penghormatan yang tinggi kerana bakti merekalah, keharmonian serta kerukunan dapat terus dikecapi pada setiap masa.

11. Lantaran, marilah kita beramai-ramai merakamkan ucapan penghargaan dan tahniah serta memberikan tepukan gemuruh kepada kesungguhan Anggota Tentera Malaysia dan ucapan syabas pula di atas keberanian dan ketegasan pasukan Polis Diraja Malaysia, demi mendaulatkan negara!

Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian,

12. Sebetulnya, kemerdekaan hanya datang sekali. Ia bukanlah barang mainan mahupun timbul berulang-ulang. Kerana itu, ia harus dijaga, dipupuk dan dipelihara sebaik-baiknya.

13. Hakikatnya, kemerdekaan adalah sebuah anugerah yang besar lagi tidak ternilai. Ia mengajar sesebuah watan itu berdiri di atas kaki sendiri, mendewasa, dan mematangkan diri.

14. Dalam hal negara ini, Alhamdulillah, satu titik persefahaman telah pun kita capai sepertimana saya sebutkan pada hari Malaysia yang lalu bahawa, kini, tidak timbul lagi polemik, dan menetapkan bermula tahun lepas, semua rakyat Malaysia akan menyambut hanya satu tarikh kemerdekaan sebagai simbolis solidariti, sehati sejiwa, bagi seluruh Malaysia.

Saudara dan saudari,

15. Di satu sudut, Sabah dan Sarawak, dari penghujung Ulu Lachau membawa ke Lahad Datu, nun jauh di pinggir sana,

16. Pada sisi yang lain, bermula dari Arau Perlis hingga ke Tanjung Piai di penamat Tanah Semenanjung, bahkan untuk pengetahuan semua, Tanjung Piai itulah pengakhirnya Tanah Besar Asia.

17. Selanjutnya, bumi Malaysia yang bertuah dan langit pertiwi yang kita junjung ini, sekarang didiami oleh hampir 30 juta penduduk, dengan ratusan etnik dan suku, antaranya, orang Melayu, Cina, India, Iban, Orang Ulu, Melanau, Kadazan, Murut, Dusun, Orang Asli, orang Siam keturunan Malaysia, Punjabi dan orang-orang Serani dan lain-lain lagi.

18. Lantas, pada malam ulangtahun kemerdekaan ini, saya berdiri di sini, bukan sekadar sebagai seorang Perdana Menteri, tidak juga hanya menjadi pemimpin parti,…

19. Tetapi, saya berdiri di sini, sebagaimana saudara dan saudari semua, dan berucap sebagai warga Malaysia yang bersemangat serta bangga dan ingin menyatakan dengan tegas bahawa,…

20. …negara serta tanahair ini, adalah milik setiap seorang daripada kita dan kita tidak akan membenarkan sesiapapun menjadi dalang serta pengkhianat untuk memusnahkannya.

Hidup Malaysia, Hidup Malaysia!

Rakyat Malaysia Yang Dikasihi,

21. Bersabit itu juga, jangan ada sesiapa yang cuba mengadu domba, meski apapun akan berlaku,… biar berdentum guruh di langit, walau bumi berkeping dua, persarikatan mulia antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung, bak pesan orang lama-lama, bercerai kasih bertalak tidak, ibarat besi terpatri mati.

22. Oleh yang demikianlah, malam ini, buat kali kedua, sejak menjadi Perdana Menteri, saya memilih untuk berdiri secara langsung di hadapan saudara dan saudari sekalian, tidak seperti perutusan biasa, supaya saya dapat berucap dari hati ke hati kepada semua yang mendengar.

23. Sebelum itu, adalah molek kita mengimbau sedikit tentang dari mana kita datang,… di mana kita kini, dan ke manakah arah tuju negara selepas ini.

24. Pokoknya, kita wajar, terus menghitung syukur ke hadrat Ilahi kerana, selama lebih 50 tahun, telah sama-sama mengharungi dan melalui suka duka, pembinaan sebuah negara bangsa.

25. Oleh itu, jangan sesekali dilupa, semasa meraih kemerdekaan, dunia umumnya, sangsi dan ragu-ragu akan kemampuan sebuah negara kecil ini, dengan penduduk yang berbilang bangsa bahawa, mampukah kita untuk mencipta dan menempa kisah kejayaan.

26. Sebaliknya, setelah dinaungi lebih 170 tahun oleh pentadbiran British, istilah yang digunakan ramai ketika itu adalah, pihak British sendiri ‘mengangkat tabik’ atas kesanggupan orang-orang Melayu, khususnya perjuangan UMNO, dan parti Perikatan, yang cekal dan tabah untuk mengambil tanggungjawab serta berani untuk bernegara sendiri.

27. Oleh yang demikian, kalau ada sesiapa pun mempersoal, mengapa kemerdekaan begitu dekat dengan hati orang Melayu, begitu dekat dengan UMNO dan Barisan Nasional, jawapannya, tidak lain dan tidak bukan, kerana, kemerdekaan inilah lambang kemuncaknya perjuangan, tanda tingginya kesungguhan, dan bukti sifat penuh berani oleh orang-orang Melayu, UMNO dan rakan-rakan parti komponen, demi membina sebuah negara bangsa.

28. Malah, telah tercatat pada hari kemerdekaan disebutkan bahawa, sebuah bintang baharu telah bersinar di Timur, kata orang, sama ada naik atau turunnya bintang itu, yakni Malaysia tercinta, kitalah, kitalah, yang menentukan nasibnya.

Saudara dan Saudari,

29. Syukur, terbukti dan ternyata, selama puluhan tahun ditunjangi pentadbiran kerajaan yang cekap dan sistematik, untung nasib sebuah bintang di Timur ini telah digilap dengan sungguh bersinar serta kini mampu diperbanggakan.

30. Kita telah bertatih daripada sebuah negara pertanian, menjadi sebuah negara perindustrian dan kini dengan deras memacu ke arah menjadi negara maju berpendapatan tinggi.

Syabas kepada kebijaksanaan para pimpinan terdahulu sehingga kini, para kakitangan awam dan tentunya, tahniah kepada seluruh rakyat Malaysia!

Saudara dan saudari,

31. Kenapa saya sorot dan imbaukan kembali sedikit sebanyak kisah kemerdekaan negara. Sebabnya, mahu tidak mahu, tawarikh perlu sentiasa dibugar dan diperingatkan, bukan sahaja kepada generasi umum, yang barangkali mudah lupa asal-usul dan pastinya, seperti kata para cerdik pandai, kita tidak mahu kemudiannya dihukum pula oleh sejarah itu sendiri.

32. Bahkan dalam pidato ketika dimasyhurkan kemerdekaan, disebut bahawa, kita telah menjadi sebuah negara berdemokrasi, yang merdeka lagi berdaulat, berdasarkan kepada kebebasan dan keadilan serta mengekalkan keamanan di antara segala bangsa.

33. Manakala, mencecah lebih 50 tahun kemerdekaan sesudah itu, ditakdirkan pula saya mengambil alih tampuk pentadbiran.

34. Bermula 3 April 2009, Kerajaan telah melakarkan Dasar Transformasi Nasional, sebagai falsafah teras kepada pentadbiran negara.

35. Sekiranya hampir 60 tahun lalu, Tunku telah menzahirkan beberapa kriteria asas tersebut kepada sebuah watan yang baru menempa kemerdekaan, kini, kita sedang melangkah lebih jauh berasaskan kriteria-kriteria itu, sepertimana saya telah simpulkan ketika membentang Rancangan Malaysia Kesebelas bahawa, falsafah pembangunan negara, mestilah lebih tuntas dan konkrit.

36. Antaranya, untuk mencapai pertumbuhan yang bersifat inklusif, sustainable, growth with equity, kompetitif, progresif, rakyat yang bersahsiah dan morally strong, dalam satu kehidupan masyarakat yang saling berpadu, mengamalkan pula kesederhanaan yakni wasatiyyah, berpaksikan kepada prinsip 1Malaysia.

37. Makanya, di persimpangan ini, benarlah kata-kata Almarhum Tunku bahawa, cabaran lebih besar adalah pengisian kemerdekaan.

38. Ertinya, dalam meniti permatang kejayaan negara, kita tidak akan sunyi daripada dihadapkan oleh pelbagai situasi dan kemelut, sama ada berbentuk siasah mahupun ekonomi serta kini ternyata, kita dihadapkan dengan cabaran domestik, ekonomi, di kala negara sedang bergerak pantas dan menuju gerbang menjadi entiti sebuah negara maju, High Income Advanced Economy.

Rakyat Malaysia yang dikasihi,

39. Pada malam ini, seperti yang saya nyatakan, adalah elok saya perjelaskan dalam bahasa yang lebih mudah, agar difahami oleh rakyat teramai, seperti pakcik-pakcik dan abang-abang yang bersembang di kedai-kedai kopi, sambil minum teh tarik, para surirumah, anak-anak kita Generasi Y, para mahasiswa di kolej dan universiti, kawan-kawan kita yang aktif di alam siber serta yang pentingnya masyarakat keseluruhan, akan apa yang sebenarnya sedang berlaku.

40. Pertama, kita mendengar kisah-kisah, yang berlegar-legar di sekeliling masyarakat, misalannya, tentang kemerosotan nilai ringgit berbanding nilai dolar Amerika, kejatuhan harga minyak dunia, naik turun harga komoditi yang tidak menentu, seperti minyak sawit, yang sebenarnya semua ini adalah berada di luar kawalan kita.

41. Bahkan, sejak beberapa bulan lalu, rakyat telah disogokkan dengan bermacam-macam maklumat dan cerita-cerita yang tidak menyenangkan.

42. Hatta, ramai di antara kita yang sampai telah percaya, kononnya Malaysia akan menjadi bangkrap seperti negara Greece. Katanya lagi, ekonomi negara pula semakin meruncing dan gawat serta pelbagai lagi andaian atau spekulasi yang disebarkan oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab, atas agenda-agenda tertentu masing-masing.

43. Lantas, jika selama beberapa bulan ini, saya hanya banyak berpeluang dan bertemu dengan kelompok-kelompok yang lebih khusus, berkaitan penyelesaian isu-isu ekonomi di peringkat-peringkat tertentu sahaja.

44. Makanya, pada majlis malam ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk seboleh mungkin, dalam ruangan yang terhad, bagi memperbetulkan keadaan, beberapa salah faham dan menerangkan serta memperjelaskan isu-isu berbangkit, supaya rakyat dapat mendengar terus dari saya, sebagai pemimpin, agar menjadi lebih rasional, lebih faham serta lebih tenang.

Rakyat Malaysia yang dikasihi,

45. Secara ringkasnya, kita boleh bahagikan maklumat dan sumbernya yang kita sering perolehi, kepada dua, pertama sekali, berasaskan kepada fakta-fakta yang benar dan bersifat realiti atau sahih lagi boleh dipercayai.

46. Keduanya pula, adalah maklumat dan sumbernya yang didapati atas dasar dengar-dengar khabar sahaja, persepsi dan tekaan serta bersifat propaganda semata-mata.

47. Misalnya, sewaktu kegawatan ekonomi 1998, Kerajaan yang mentadbir ketika itu, telah berjaya menerangkan kepada rakyat, dengan memperbetulkan persepsi bahawa, keadaan ekonomi pada waktu tersebut, adalah di luar kawalan Kerajaan, malah berupaya meletakkan segala kesalahan, kepada penyangak matawang iaitu George Soros.

48. Seringkali pula semua maklumat berbentuk sebegini, begitu cepat dihidang dan disebarkan melalui media sosial, hingga menjadi viral tidak menentu dan disensasikan sesuka hati.

49. Makanya, saudara saudari sekalian, saya ingin menerangkan dengan jelas bahawa, apa yang rakyat perlu faham adalah, sekurang-kurangnya, lima petunjuk utama ekonomi negara sebagai petanda sebenar bahawa, Malaysia pada realiti dan hakikatnya, masih berada di atas jajaran kukuh serta landasan yang betul.

50. Petunjuk pertama; Di sebalik segala ketidaktentuan pertumbuhan ekonomi serantau dan global, saya ingin maklumkan kepada rakyat sekalian, usahlah menjadi terlalu bimbang, hakikatnya ekonomi semasa Malaysia masih berkembang, contohnya tahun lepas, kita berada pada kadar 6 peratus dan tahun ini pula insyaAllah, akan mencapai 5 peratus.

51. Tidak seperti tahun 1998, ketika berlakunya krisis kegawatan ekonomi Asia, di mana ekonomi kita telah menguncup sebanyak negatif 7 peratus.

52. Petunjuk kedua; Sebetulnya, fundamental atau asas ekonomi negara pada hari ini, lebih kukuh lagi kerana kita telah mempelajari dari kesan krisis tersebut.

53. Antara contohnya seperti defisit fiskal Kerajaan yang telah dapat dikurangkan dari negatif 6.7 peratus pada tahun 2009, kepada 3.2 peratus yang dijangka akan dicapai pada tahun ini.

54. Seterusnya, sistem perbankan dan kewangan yang kekal mempunyai modal kukuh dan kecairan yang mencukupi. Kadar pinjaman tidak berbayar dan inflasi yang rendah serta terkawal.

Saudara dan saudari,

55. Petunjuk ketiga; kejayaan dasar-dasar negara khususnya melalui Dasar Transformasi Nasional, telah membawa kepada penurunan kadar kemiskinan, daripada 49.3 peratus pada tahun 1970, kepada hanya 0.6 peratus pada tahun 2014.

56. Bagi Keluaran Dalam Negara Kasar pula telah meningkat sebanyak 47.7 peratus dari 2009 hingga 2014. Manakala, sebanyak 1.8 juta peluang pekerjaan telah diwujudkan sejak pelancaran Program Transformasi Ekonomi pada 2010.

57. Petunjuk keempat; Sekalipun Malaysia terus dihadapkan dengan sekian banyak cabaran domestik dan di arena global, kita masih kekal diiktiraf di mata dunia, kerana masih mampu mengawal pengurusan ekonomi negara dengan begitu baik.

58. Ini terbukti, melalui penarafan dan laporan daripada agensi-agensi kewangan antarabangsa seperti Fitch Ratings, Moody’s, Standard & Poor’s, IMF, yang telah memberi gambaran sebenar, tentang keadaan serta pengurusan ekonomi semasa.

59. Di sinilah, saya mahukan rakyat sekalian faham bahawa, segala kajian dan dapatan terhadap pencapaian Malaysia, bukanlah direka-reka, jauh sekali dipetik dari awan nan biru.

60. Senarai penaraf-penaraf peringkat antarabangsa yang saya sebutkan tadi, merupakan pengabsah-pengabsah berwibawa tinggi yang tidak boleh dipertikai dan diperentengkan kerana hasil kajian dan pandangan merekalah yang diterima pakai di seluruh dunia.

61. Antara lain lagi, Malaysia telah berjaya menduduki tangga ke-12 daripada 60 negara dalam World Competitiveness Yearbook 2014.

62. Namun, saya sedar bahawa, telah timbul keresahan akibat kejatuhan nilai matawang. Harus disedari bahawa ini merupakan fenomena global dan hampir kesemua negara tidak terkecuali daripada menerima kesan kejatuhan mendadak harga minyak dan komoditi, pengucupan ekonomi dunia, termasuk negara China, sebagai rakan dagang terbesar Malaysia.

63. Bagi maksud ini, saya perakui ada faktor-faktor dalaman yang masih berada dalam kawalan kita untuk dilakukan penambahbaikan.

64. Maka, beberapa hari lalu, saya telah menubuhkan Jawatankuasa Khas Ekonomi, dianggotai 10 pakar ekonomi dan tokoh korporat, yang akan bertindak segera menimbang segala perancangan dan tindakan bersifat serta-merta sehingga kemelut ekonomi menjadi reda.

65. Apa yang penting,… saya beri jaminan bahawa, Kerajaan tidak akan hilang fokus, malah akan terus membela untung nasib dan mendahulukan kepentingan, juga kesejahteraan rakyat.

66. Kerajaan komited untuk melaksanakan agenda-agenda pembangunan yang dekat di hati rakyat, seperti projek perumahan mampu milik, penambahbaikan projek kesihatan, meningkatkan kualiti pendidikan dan latihan serta kemahiran, seterusnya menangani kos sara hidup rakyat.

67. Akhirnya, petunjuk kelima; jangan sesekali kita lupa bahawa, sekian banyak lagi usaha dan ikhtiar telah dilaksanakan oleh Kerajaan seperti penubuhan UTC, RTC, BR1M, Kedai Rakyat 1Malaysia dan sebagainya selama ini, telah berjaya membantu meringankan beban sara hidup dan meningkatkan kesejahteraan rakyat.

Saudara dan saudari,

68. Jelas terbukti bahawa, Malaysia bukan negara yang gagal, seperti yang didakwa, bukannya nak bangkrap, malah kita pada hakikat sebenarnya masih berada dalam keadaan yang stabil, dengan ‘fundamental’ yang kukuh dan akan terus mampu bertahan serta berdaya saing.

69. Jadinya, rakyat sekalian, hakimilah Kerajaan melalui peti undi pada pilihanraya kelak. Sehingga itu, berilah peluang kepada Kerajaan ini untuk terus memikul amanah dan berbuat sehabis baik.

Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian,

70. Bumi mana yang tak ditimpa hujan, laut mana yang tidak bergelora. Justeru, berbekalkan pengertian surah Al-Insyirah bahawa, bagi setiap kesusahan, akan datangnya kesenangan dan bahagia yang bakal menanti.

71. Manusia merancang, Tuhan jua merancang, tentunya rancangan Allah adalah yang terbaik,…

72. Merujuk hal ini, pada 28 Julai yang lalu, dengan hati yang bertawakal, saya telah membuat keputusan untuk merombak semula kabinet Persekutuan, buat julung-julung kalinya, setelah mendapat mandat daripada Pilihanraya Umum ke-13.

73. Semestinya, saya dan rakan-rakan yang setia dalam anggota pentadbiran dan Barisan Nasional berjanji dan menjamin akan terus berikhtiar gigih dan komited dalam memakmurkan Malaysia serta mensejahterakan rakyat, bahkan tidak sesekali menoleh ke belakang.

74. Suka saya ulangi disini…Sekali layar sudah dikembangkan, apabila sauh sudah dilabuhkan, pantang nakhoda dan anak-anak kapalnya berbalik haluan.

Saudara dan Saudari,

75. Lalu…saya menyeru, ambillah semangat dan ceduklah roh kemerdekaan 1957, seolah-olah bendera Union Jack baru turunkan dan besok paginya kita mula bernegara baru.

Ladies and gentlemen,

76. Indeed, we will never allow anyone from within or from outside, to simply walk in and steal, ruin or destroy all that we have built so far.

77. Akan tetapi, sayang seribu kali sayang, pada ambang kemerdekaan yang penuh bermakna ini, ada segelintir pihak yang sanggup dan tergamak mencetuskan bibit-bibit persengketaan dan api bermusuhan.

78. Dari itu, beringatlah semua, jika kita tidak bersatu, hilang solidariti dan hilang kesepaduan, segala masalah tidak akan dapat diselesaikan, bahkan segala yang kita bina secara susah payah selama ini akan hancur dan musnah begitu sahaja.

79. Pastinya, walau apapun cabaran yang melintang, meski apa dugaan yang melanda, saya, secara peribadi yang lahir dari leluhur kepimpinan negara dan tentunya bersama rakan-rakan, Dato’ Sri Zahid Hamidi dan yang lain-lain dalam anggota pentadbiran, tidak mungkin akan membiarkan Malaysia sebagai bintang yang telah lahir di Timur hampir 6 dekad lalu, jatuh,.. bahkan, kita akan terus menggilap dan membangun tanahair tercinta ini hingga muncul makmur di gelanggang dunia sampai bila-bila. InsyaAllah.

80. Semoga Pencipta Yang Maha Berkuasa, kekal memayung-mayung dan merahmati Negara bertuah ini. Dijauhkan dari segenap mara bahaya zahir dan batin.

Saudara dan saudari sekalian,

81. Bersamalah kita berdiri, bersamalah kita bangun dan bersamalah kita bangkit, dengan hati yang ikhlas dan tekad yang diperbaharui, memandang masa depan dengan jiwa yang gagah dan merdeka dalam satu solidariti, senada seirama, sehati sejiwa, kita gemakan,…

Merdeka!

Merdeka!

Merdeka!

Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Sekian, terima kasih.



[Video] Namewee Hadir Dengan Satira Terbaru Yang Memperlekeh Ketua Polis Negara dan Perdana Menteri? @KBAB51 @PDRMsia


Namewee sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila menerbitkan sebuah klip video di halaman mikro Youtube miliknya dengan tajuk [Namewee Tokok] 049 Merdeka Shuffling 國慶快樂4.0 28-08-15 yang dilihat sebagai sebuah satira dan memperlekehkan Perdana Menteri dan tugas Polis Diraja Malaysia.

Ambang Merdeka Dipindah Ke Bukit Jalil Gara- Gara Gangguan Bersih 4.0


Sambutan Ambang Merdeka yang dijadualkan berlangsung malam ini di Dataran Merdeka dipindahkan ke Stadium Bukit Jalil.

Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah mengesahkan perkara tersebut kepada pihak media selepas mengadakan perbincangan dengan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainol Samah di sini, pada Ahad.

"Saya adakan perbincangan dengan OCPD, kita tahu sambutan Ambang Merdeka yang selalu ada, akan pindah ke Bukit Jalil.

"(Polis) tidak bagi sebab. Saya rasa ia (Ambang Merdeka) wajar dipindahkan sebab kita adakan sambutan (Bersih 4.0) hari ini.

"Kami (penganjur) amat menghargai apabila sambutan Ambang Merdeka dipindahkan," jelas Maria.

Bagaimapun, sambutan Hari Kebangsaan 2015 pada Isnin akan diteruskan seperti dijadualkan. 

Ditanya berkenaan sebarang jaminan atau kebenaran daripada pihak polis untuk membenarkan perhimpunan Bersih 4 diteruskan, Maria berkata tiada sebarang jaminan diberi.

Bagaimanapun, pihaknya akan meneruskan perhimpunan hingga lewat malam ini. /Rakyatnews

Amin Yatim Pertikai Kehadiran Mahathir Ke Bersih 4.0


Sampai Hati Tun Mahathir Jual Agama dan Bangsa kepada DAP –

Assalamualaikum Tun Mahathir,

1. Saya terbaca satu pandangan seorang penulis di Facebooknya (Ab Jalil Backer) yang menyatakan, “Kehadiran Tun Mahathir Mohamad di Himpunan Bersih 4 semalam menunjukkan bekas Perdana Menteri tersebut akhirnya bersedia “menjual” UMNO, Melayu dan Islam kepada DAP kerana kroni-kroni perniagaannya yang berbangsa Cina.”

2. Sungguh saya bersetuju dengan pandangan penulis terbabit. Ahli-ahli perniagaan Cina yang mahu menjatuhkan Mohd Najib dengan menyokong DAP tahu bahawa kehadiran puluhan ribu orang tidak mungkin menggoyahkan kerajaan kerana ia sudah menjadi agenda kaum Cina DAP semata-mata. Beberapa hari lagi kumpulan Bersih akan dikecam sebagai kumpulan cauvinis Cina yang cuba mengganggu sambutan hari kebangsaan dan hari Malaysia.

3. Jalan terbaik membersihkan Bersih 4 dari menjadi agenda Cina semata-mata ialah dengan menurunkan pemimpin-pemimpin Melayu besar yang didokongi oleh mereka. Mereka tidak boleh meminta Timbalan Presiden UMNO turun kerana ia akan menyebabkan beliau dipecat dari jawatan. Ini sekaligus membahayakan kepentingan mereka dalam UMNO dan kerajaan.

4. Justeru orang yang mempunyai pengaruh kuat di kalangan orang Melayu dan boleh meneutralisasikan imej cauvinis Cina DAP dalam Bersih 4 ialah Tun Mahathir Mohamad. Bayangkan bekas Ultra Melayu turun ke perhimpunan Bersih 4. Ia sudah tentu menunjukkan Bersih ialah agenda orang Melayu juga.

5. Kecewa saya bukan kepalang apabila Tun mengambil keputusan hadir dalam himpunan terbabit.

Yang Berbahagia Tun,

6. Adalah tidak masuk akal untuk Tun kata “saya hadir tetapi tidak menyokong Bersih. Saya hanya menyokong usaha menjatuhkan Mohd Najib Razak.”

7. Agaknya Tun lupa bahawa Bersih bukan agenda menjatuhkan Mohd Najib Razak. Bersih ialah agenda untuk menghakis hak-hak bumiputera dan Islam di negara ini. Kumpulan-kumpulan yang ada dalam Bersih ialah penyokong kesamarataan kedudukan semua agama di negara ini dan penghapusan hak istimewa bumiputera.

8. Saya percaya Tun tidak minat bola kerana Tun tidak suka kalah. Tapi saya suka melihat kenyataan Tun dalam konteks permusuhan penyokong bolasepak. Penyokong fanatik Manchester United akan menyokong mana sahaja pasukan yang menentang Liverpool kerana benci mereka kepada pasukan merseyside tersebut. Demikian juga penyokong fanatik Liverpool akan menyokong apa sahaja pasukan yang menentang Manchester United.

9. Kata mereka, “The enemy of my enemy is my friend”. Musuh kepada musuh saya ialah kawan saya.

10. Tapi Tun, hadir dalam Bersih 4 tidak sama seperti penyokong Manchester United menyokong Chelsea hanya kerana tidak mahu Liverpool menang. Ia jauh lebih besar impplikasinya. Ia soal agama, bangsa dan negara.

11. Sampai hati Tun mengkhinati agama Islam, Melayu dan UMNO hanya kerana dendam politik dan kepentingan anak beranak Tun dan kroni Cina yang semuanya sudah bertaraf laksawan (billionaire).

Amin Yatim
Petaling Jaya
(e-mel pembaca: www.mykmu.net)

Bersih 4.0 : Poster "Melayu Kasi Mati... Malaysia Cina Punya" Ditampal Merata Tempat


Sekitar perhimpunan Bersih 4.0 yang berlangsung sejak semalam, dapat dikesan beberapa poster berunsur provokasi dikesan ditampal di beberapa lokasi.

"Melayu Kasi Mati... Malaysia Cina Punya" kelihatan tertera pada beberapa poster yang ditampal.





Hadir Bersih 4.0 : Mahathir Mahu Mukhriz Letak Jawatan?


Kehadiran mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad ke perhimpunan Bersih 4.0 pada petang tadi telah menimbulkan pelbagai reaksi dikalangan rakyat yang memerhatikan perkembangan politik negara.

Berbagai pandangan yang pro dan kontra terbit jika ditanya kepada sesiapa sahaja, tidak kira samada kepada yang pro pembangkang mahupun pro kerajaan.

Bagi penyokong pro pembangkang sendiri, ini adalah sebahagian pandangan mereka:


Tidak kurang juga, ada diantara mereka gembira dengan kehadiran Mahathir dan merasakan seolah- olah diberikan suntikan semangat baru untuk terus mendesak kerajaan.

Sekalipun ada yang mengatakan bahawa kehadirannya bukanlah sebagai tanda sokongan terhadap perhimpunan itu, ia dilihat tidak seperti yang diucapkan.

Dengan kehadirannya yang diiringi pemimpin PKR seperti yang dilaporkan oleh Antarapos, adalah sukar untuk dinafikan sokongan beliau terhadap perhimpunan haram itu.

Antarapos melaporkan;

KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed membuat kejutan apabila muncul di Dataran Merdeka sebentar tadi untuk memperlihatkan sokongan beliau terhadap tunjuk perasaan anti kerajaan Bersih 4.0. 
Dalam lawatan selama lebih kurang 20 minit itu, beliau dilihat bersalaman dengan peserta himpunan yang bersiap untuk menunaikan solat Maghrib. 
Tun Mahathir bagaimanapun tidak berucap, sebaliknya hanya kedengaran beliau memberitahu hadirin 'teruskan, teruskan'. 
Turut kelihatan hadir bersama ialah isteri beliau, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali. 
Lawatan tidak berjadual itu adalah kali pertama Mahathir mempamerkan sokongan untuk tunjuk perasaan anti-kerajaan. 
Sepanjang 22 tahun beliau menjadi Perdana Menteri, Mahathir kerap merestui tindakan polis menggunakan kekerasan untuk menyuraikan tunjuk perasaan terhadap pemerintahan beliau. 
Malah ada pemimpin pembangkang di hadapkan di mahkamah kerana menyertai demonstrasi sebegitu. 
Namun, pagi tadi beliau yang bersara sebagai Perdana Menteri tahun 2003, berkata tunjuk perasaan Bersih adalah diperlukan. 
Mahathir memberi alasan perhimpunan itu patut disokong kerana saluran lain untuk menuntut Datuk Seri Najib Tun Razak meletak jawatan tertutup. 
Mahathir kini amat lantang Najib Razak khususnya bersabit isu 1Malaysian Development Berhad (1MDB). 
Beliau menolak segala penjelasan kerajaan dan menuntut Najib meletak jawatan. 
Dalam lawatan ringkasnya ke Dataran Merdeka, Mahathir diiringi oleh Naib Presiden PKR Tian Chua. 
Tian di tahan beberapa kali sebelum ini kerana terbabit dalam tunjuk perasaan anti-Mahathir.

Dengan menghadirkan siri ke perhimpunan ini, adakah Mahathir bersetuju dengan keseluruhan tuntutan yang dikemukakan mereka dan memperakui segala dakwaan mereka adalah benar?


Berdasarkan 5 tuntutan yang disenaraikan oleh gerakan itu, Penangkini ingin menekankan tentang tuntutan untuk MEMBERSIHKAN PILIHANRAYA.

Kalaulah benar Mahathir bersetuju dengan tuntutan oleh gerakan itu, adakah ianya bermakna Mahathir juga bersetuju bahawa proses pilihanraya negara ini tidak bersih?

Jika Mahathir bersetuju dengan kenyataan itu, adalah wajar untuk Mahathir mendesak anaknya, Mukhriz untuk meletak jawatan selaku Menteri Besar Kedah kerana anaknya dipilih bukan dari sistem pilihanraya yang bersih.

Saturday, 29 August 2015

[VIDEO] "Najib Razak" Ditendang Demonstran Bersih 4.0


Salah seorang demonstran siang tadi dikesan melakukan provokasi melampau terhadap Perdana Menteri apabila menjadikan sebuah patung yang dilekatkan dengan lukisan karikatur Perdana Menteri sebagai alat untuk menzahirkan kebencian.

Ketika demonstran tersebut menzahirkan kebencian terhadap Perdana Menteri kedengaran beliau ada menyebut perkataan "Kasi Mati" sambil disambut laungan yang bergembira dengan tindakan itu.

Video : Nando's Malaysia Sokong Bersih 4.0? Berikan Minuman Percuma Kepada Demonstran?


Datuk Aziz Kaprawi Buat Pendedahan Tentang Bersih 4.0 dan Terus Menyerang DAP


Melalui status yang dimuatnaik Timbalan Menteri Pengangkutan yang juga Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Aziz Kaprawi ke halaman facebook miliknya semalam, beliau mendedahkan tentang penglibatan Yahudi di dalam menggerakkan demonstrasi jalanan, Bersih 4.0.

Tidak cukup dengan itu, sekalipun beliau dikecam hebat sehinggakan satu laporan polis telah dilakukan terhadapnya oleh DAP, beliau sekali lagi tampil mengaitkan parti DAP dengan perhimpunan haram itu.


Yahudi dibelakang tabir gerakan BERSIH. DAP menggerakan BERSIH.
Posted by Aziz Kaprawi on Friday, August 28, 2015

Gambar Terkini Dari Perhimpunan Bersih 4.0








#Bersih4 : Penafian Chong Sin Woon Harus Dibuktikan Dengan Tindakan


Selepas beberapa jam portal pro pembangkang, Malaysiakini menerbitkan satu artikel bertajuk MCA gives okay for members join Bersih 4, akhirnya Chong Sin Woon tampil dan mendakwa portal itu memutarbelit kenyataannya.


Berikut adalah artikel berhubung penafiannya seperti yang diterbitkan Bernama;
SEREMBAN: MCA Youth chief Senator Chong Sin Woon denied that he had issued a statement calling on MCA members to join the illegal Bersih 4 rally in Kuala Lumpur tomorrow. 
“As far as I can remember, when asked by a reporter about Bersih 4 in Kuala Lumpur this morning, I said that, as stated in the Federal Constitution, we respect the right of each individual to hold an assembly and those who attend the assembly are doing so in their personal capacity. 
“Nothing in my statement says that I am encouraging and calling on our (MCA) members to join the Bersih 4 rally. 
“So, I would like to ask Malaysiakini, in particular, not to twist my statement and giving it a provocative headline like ‘MCA Youth OK for the members to join Bersih’. That is not true,” he told reporters after chairing the 9th MCA Youth Central Committee meeting here. 
He said he was deluged with various criticisms after the portal published the news. 
“I would like to stress again that I have never issued a statement encouraging MCA members to join the Bersih 4 rally in Kuala Lumpur tomorrow,” he said. 
– BERNAMA
Berdasarkan semakan yang dilakukan Penangkini, didapati portal pro pembangkang itu telah menurunkan atau memadam artikel berunsur kontroversi itu.

Namun begitu, hasil semakan yang lebih mendalam, Penangkini mendapati masih terdapat beberapa portal melaporkan tentang perkara yang hampir sama.

Berikut adalah artikel yang membawakan maksud yang hampir sama dan diterbitkan RakyatPost bertajuk MCA Youth won’t take action against members who join Bersih 4 rally;
KUALA LUMPUR, Aug 28, 2015: 
The MCA Youth wing will not be taking action against its members who choose to participate in the Bersih 4.0 rally this weekend. 
“We will not take action on my Youth members who go there to participate because they are going in their own capacity as the rakyat,” the wing’s national chairman Senator Chong Sin Woon was quoted as saying in a report by MCA Online. 
Meanwhile, saying that students were free to express themselves, Chong said he did not think universities should take action as the students are going in their own capacity, as individuals who are among the rakyat. 
“The University and University College Act (UUCA) today does not restrain the freedom of our undergraduates to participate in politics or hold political position in political parties.”

Apart from that, Chong also urged those taking part to abide by the law while taking care of their own safety. 
He asked that the public ensure that the rally does not turn violent, but to “make it a peaceful demonstration” and reiterated to the police to “let the demonstration go on smoothly and they will dissolve after that.” 
Chong said this at a press conference when asked to comment about authorities warning they may take action against the public and students who take part in the rally which was scheduled for tomorrow and Sunday, reported MCA Online. 
The press conference was held after a dialogue session between Chong and representatives from Universiti Kebangsaan Malaysia’s (UKM) 36th Pesta Tanglung, on the upcoming annual UKM Pesta Tanglung which was slated to take place Nov 21.
Benarkah Malaysiakini memutarbelitkan kenyataan beliau? Jika benar, kenapa RakyatPost juga melaporkan perkara yang hampir sama berhubung isu itu?

Tidak cukup dengan itu, portal The Malaysian Insider juga ada menebitkan sebuah lagi artikel bertajuk Pelajar universiti boleh sertai Bersih 4, kata timbalan menteri.
Pelajar institusi pengajian tinggi kini dibenarkan menyertai perhimpunan 34 jam Bersih 4 yang akan akan bermula esok walaupun pada awalnya mereka dilarang berbuat demikian, kata timbalan menteri pendidikan Chong Sin Woon. 
Katanya, larangan ke atas pelajar universiti dan kolej daripada menyertai pergerakan masyarakat sivil itu tidak terpakai berikutan pindaan terhadap Akta Universiti & Kolej Universiti 1971 (AUKU) 4 tahun lepas. 
"Mereka bebas untuk mengekspresi diri mereka," beliau dipetik berkata portal berita The Star Online hari ini.

Pada 24 November, 2011, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pindaan kepada Seksyen 15 AUKU bagi menggugurkan sekatan terhadap penyertaan pelajar dalam politik.

Pindaan itu – dibuat selepas Mahkamah Rayuan membuat keputusan penting mengatakan akta itu tidak munasabah dan melanggar kebebasan bersuara yang dijamin Perlembagaan Persekutuan - memberi pelajar universiti lebih kebebasan politik. 
Seksyen 15 (1) akta itu menyatakan seorang pelajar universiti boleh menjadi ahli mana-mana persatuan, pertubuhan, badan, kumpulan atau mana-mana parti politik di dalam dan di luar Malaysia. 
Dua hari lalu, Pengerusi Jawatankuasa Naib Canselor dan Rektor Universiti Prof Datuk Dr Kamarudin Hussin memberi amaran kepada pelajar universiti agar tidak terbabit dalam perhimpunan Bersih 4. 
Beliau berkata, pelajar yang didapati menyertai perhimpunan tersebut akan dikenakan tindakan disiplin sama ada digantung atau dibuang. 
Pada hari yang sama, Naib Canselor Universiti Teknologi Mara Prof Tan Sri Sahol Hamid Abu Bakar memberi amaran kepada pelajarnya supaya tidak menyertai perhimpunan tersebut.
Sementara itu, Chong yang juga Ketua Pemuda MCA itu berkata, ahli sayap parti itu dibenarkan menyertai perhimpunan Bersih 4 dan tidak akan dikenakan tindakan. 
"Tetapi, apa yang saya cuma hendak katakan ialah, tolong jangan langgar undang-undang, berdisiplin dan jaga diri masing-masing," katanya sambil menggesa polis melindungi peserta. – 28 Ogos, 2015. 
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pelajar-universiti-boleh-sertai-bersih-4-kata-timbalan-menteri#sthash.QP7KhXyY.dpuf

Jika kenyataan melibatkan MCA adalah satu putarbelit portal Malaysiakini, bagaimana pula dengan kenyataan yang membenarkan mahasiswa berdemo seperti di atas? Adakah Chong Sin Woon turut mahu menafikannya?

Dengan dakwaan seperti yang diterbitkan The Malaysian Insider itu, Penangkini merasakan laporan itu adalah sesuatu yang serius memandangkan intipati dan agenda perhimpunan Bersih 4.0 itu adalah seperti berikut;


Berdasarkan tuntutan yang disenaraikan itu, adakah Chong Sin Woon bersetuju dengan segala tuntutan sehingga menghalalkan pelajar universiti untuk menyertai demonstrasi jalanan ini?

Jika Chong Sin Woon bersetuju dengan tuntutan oleh Bersih 4.0 ini, Penangkini berpandangan beliau harus meletakkan jawatan kerana ia dilihat seakan- akan beliau tidak menyakini ketelusan yang telah dibuat kerajaan dalam menjalankan proses demokrasi dinegara ini.

Prasarana Lanjutkan Waktu Operasi Sempena Ambang Merdeka #SehatiSejiwa


Sempena sambutan ambang merdeka yang akan berlangsung pada 30 Ogos ini pada Ahad, syarikat Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) telah mengumumkan lanjutan waktu operasi bagi beberapa laluan yang melibatkan LRT dan Monorel di empat stesen, serta perkhidmatan bas ibukota.

Berikut adalah kenyataan yang dikeluarkan syarikat tersebut;

Friday, 28 August 2015

#Bersih4 : Razlan Rafi Tempelak Pendirian Chong Sin Woon


Susulan kenyataan Ketua Pemuda MCA, Chong Sin Woon berhubung penyertaan ahli parti itu ke perhimpunan Bersih 4.0 yang dijangkakan bakal berlangsung pada 29 dan 30 Ogos ini, Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Razlan Rafii tampil dengan kenyataan balas yang perlu diperhalusi Ketua Pemuda MCA itu.


Berikut adalah Kenyataan balas kepada Ketua Pemuda MCA Malaysia daripada beliau;

1. Kalau tak mampu faham tugas dan peranan sebagai Timbalan Menteri, sila letak jawatan.

2. Bersih 4 adalah agenda DAP dan Pembangkang, kalau nak se iya sekata dengan mereka, jangan jadi gunting dalam lipatan.

3. Tugas Polis menjaga rakyat kebanyakan. Bukan duit rakyat untuk membayar overtime Polis kerana mahu menjaga Bersih yang membazirkan duit rakyat.

4. Ketua Pemuda MCA Chong Sin Woon sepatutnya lebih sensitif dan bukan bertindak melulu tanpa menggunakan pemikiran yang matang.


MOHD RAZLAN RAFII
Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan

28 Ogos 2015

Kementerian Kesihatan Mungkin Akan Tamatkan Perkhidmatan Doktor Selfie

Doktor wanita yang merakam gambar selfie di sebuah hospital di Johor Baharu, berkemungkinan berhadapan tindakan ditamatkan perkhidmatan dengan Kementerian Kesihatan, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

Tindakan terhadap doktor yang berkhidmat kurang dari lima tahun itu, bagaimanapun akan bergantung kepada hasil siasatan Jawatankuasa Tatatertib Kementerian Kesihatan, yang antara lain juga, boleh digantung kerja atau dikenakan tindakan pentadbiran, katanya.

Mengulas tindakan doktor wanita yang merakam gambar selfie sambil menunjukkan isyarat 'peace' dengan pesakit dalam posisi bersalin, Dr Subramaniam berkata ia perbuatan serius kerana melanggar etika sebagai pengamal perubatan.

"Bayangkan hendak menjadi doktor bukan senang kerana perlu mengambil masa bertahun-tahun dan menelan belanja tinggi, tetapi kerana selfie dalam beberapa saat, masa depan bakal gelap," katanya kepada pemberita di kementeriannya di sini hari ini.

Perbuatan doktor itu mengundang kemarahan orang ramai terutamanya pengguna laman sosial yang turut mengecam aksi merakam gambar terbabit.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim yang turut mengecam tindakan yang mengaibkan maruah pesakit itu berkata anggota keluarga atau suami pesakit boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap doktor berkenaan.

Mengulas lanjut, Dr Subramaniam memberi amaran keras kepada pegawai perubatan agar tidak mengulangi perbuatan sama serta mengingatkan bahawa mereka mempunyai etika kerja yang wajib dipatuhi.

Dalam perkembangan lain, Dr Subramaniam berkata pihaknya akan membentangkan pindaan Akta Pergigian 1971 di Parlimen pada Oktober ini, bagi mewujudkan bidang kepakaran dalam profesion pergigian.

Beliau berkata tujuan diwujudkan bidang kepakaran pergigian bertujuan untuk memantapkan lagi perkhidmatan kesihatan di negara ini dan menangani penyalahgunaan gelaran pakar pergigian.

"Dengan pindaan akta ini, doktor gigi yang mempunyai kepakaran bidang tertentu seperti rawatan mulut dan gusi serta pembedahan tulang di muka perlu berdaftar di bawah pihak kementerian," katanya.

-- BERNAMA

DEIG : Azmin Terus Kelukan Lidah


Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali terus 'mengunci mulut' berhubung status operasi Darul Ehsan Investment Group (DEIG) yang menimbulkan keraguan pelbagai pihak.

Semasa ditemui pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) di sini, hari ini, Mohamed Azmin berkata maklumat mengenai entiti itu telah dijawabnya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor baru-baru ini.

"Saya telah jawab dalam dewan (DUN) mengenai perkara ini. Tengok 'handouts' saya," katanya ringkas. Pada persidangan DUN itu, Mohamed Azmin berkata, DEIG yang ditubuhkan bagi menguruskan pelaburan anak-anak syarikat di bawah Pemerbadanan Menteri Besar (MBI), memberi fokus kepada sektor pelaburan, aset dan perniagaan semata-mata.

Beliau berkata, entiti yang dimiliki sepenuhnya oleh MBI itu ditubuhkan untuk mengurangkan impak dan risiko perniagaan secara terus terhadap kerajaan negeri. 

"MBI pula akan memberi tumpuan kepada kerja-kerja kebajikan rakyat Selangor dan tanggungjawab sosial korporat," katanya.

Mohamed Azmin, bagaimanapun, berkata DEIG yang ditubuhkan pada Disember 2014, masih belum memulakan operasi, malah tidak terbabit dengan mana-mana transaksi sehinggalah pada awal 2016. 

Namun, sebuah portal berita kewangan, baru-baru ini melaporkan syarikat pelaburan itu telah mengumumkan untuk mencari rakan kongsi bagi pelaksanaan pembangunan tanah di kawasan Shah Alam, Gombak dan Bukit Beruntung. 

Ketika diminta mengulas laporan portal berita itu yang menyebut DEIG pernah melaksanakan proses Pernyataan Minat (RFI) dan Permohonan Cadangan (RFP) berhubung pelaksanaan pembangunan di tiga kawasan berkenaan, Mohamed Azmin menafikannya dan menjawab: "RFI atau RFP itu semua dilakukan oleh MBI." Pada 8 Julai lepas, The Edge Financial Daily melaporkan pembangunan tanah di ketiga-tiga kawasan itu akan dilaksanakan DEIG Land yang menyasarkan nilai pembangunan kasar sebanyak RM10 juta bagi fasa pertama menerusi konsep usaha sama. 

Laporan itu turut menyatakan bahawa DEIG membuka RFI selain akan memaklumkan RFP kepada pemohon yang disenarai pendek untuk pembangunan berkenaan. - BERNAMA

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/77777?m=1

Thursday, 27 August 2015

Arul Kanda Buktikan 1MDB Bukan Liabiliti


ARUL KANDA YAKIN DALAM TEMPOH 6 BULAN 1MDB MAMPU LANGSAIKAN HUTANG DAN BERDAYA SAING. HENTI FITNAH 1MDB.

Bagi tempoh 6 bulan, 1MDB yakin mampu selesaikan isu hutang dan tutup mulut para pengkritik.

1MDB menjadi mangsa fitnah yang menganggu operasinya. Bahkan isu 1MDB dijadikan senjata oleh semua pihak yang mahu menjatuhkan DS Najib dan UMNO.

Ternyata usaha menjadikan 1MDB sebagai kambing hitam untuk menjatuhkan Najib dan UMNO gagal. Tarikh 29.7.2015 kononnya Najib akan didakwa dan dipaksa bercuti juga gagal. Sekarang isu 1MDB semakin reda setelah mereka gagal memperalatkan 1MDB.

Para pengkritik seharusnya bersikap adil dan bersabar supaya memberi peluang kepada Arul Kanda 6 bulan membuktikan kebolehannya.

Pengkritik pengkritik ini pun sebenarnya hingga sekarang masih gagal mengemukakan bukti atas semua tuduhan mereka. Hujah mereka semuanya berbentuk andaian dan kebanyakannya menggunakan fakta Tony Pua DAP yang kuat berbohong.

Apatah lagi dengan tertangkapnya Andre Xavier Justo bekas staf Petrosaudi yang mengaku menjual maklumat syarikat dengan tujuan duit maka mendedahkan lagi rupanya ada konspirasi yang mahu menjahanamkan negara.

Keyakinan Arul sebenarnya berdasarkan kepada aset-aset 1MDB yang boleh dilupuskan. Antara lain, RM16 bilion hingga RM20 bilion milik syarikat subsidari 1MBD, Edra Global Energy Bhd; RM16 bilion dalam International Petroleum Investment Company (IPIC), dan RM11 bilion hingga RM12 bilion dalam projek hab ekonomi Bandar Malaysia di ibu negara.

Jelasnya lagi, pelan rasionalisasi hutang 1MDB tidak akan terjejas disebabkan oleh penurunan nilai ringgit kerana syarikat itu memiliki aset dalam dolar Amerika Syarikat (AS) yang akan membolehkan ia membayar hutang luarnya dalam nilai dolar AS.

"Kita mempunyai syarikat janakuasa terbesar di negara asing seperti di Bangladesh dan Mesir. Kami juga mempunyai aset janakuasa di Abu Dhabi dan Pakistan dengan semua aset itu dalam dolar Amerika. Jadi kita ada kelebihan iaitu aliran tunai dalam dolar Amerika yang mempunyai nilai sama jika dilupuskan," katanya.

"Aset 1MDB pada asasnya adalah kukuh dan kekukuhan itu menyakinkan pelabur. Contohnya Edra Energy, aliran tunainya lebih RM5 bilion setahun melalui penjanaan kuasa dan penjualan tenaga. Itu adalah aliran tunai jangka panjang yang mempunyai nilai," tambahnya.

Justeru cabaran utama 1MDB ketika ini adalah untuk menstabilkan kewangan syarikat dengan menyelesaikan hutangnya dan pada masa sama berharap dapat menjana pendapatan dan operasi serta keuntungan pada masa akan datang.
Sebelum ini, Datuk Seri Najib Razak berkata beban hutang syarikat 1MDB mampu dikurangkan dalam tempoh 6 bulan secara berperingkat.

Menurut Perdana Menteri, isu hutang 1MDB telah disensasikan di media dan media sosial sehinggakan ia menjadi isu panas biarpun tiada kerugian yang dicatat syarikat pelaburan negara itu.

Diharap rakyat tidak mudah terpengaruh dengan dakyah mereka yang memfitnah 1MDB. Tanyakan kepada pengkritik soalan


8/27/2015

Wednesday, 26 August 2015

iSelamat.my Bantu Rakyat Kenalpasti "Hotspot" Jenayah


Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) hari ini melancarkan laman web iSelamat.my yang menyediakan maklumat ‘hot spot’ jenayah di kawasan pihak berkuasa tempatan.

Menteri Kesajahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan buat permulaannya projek perintis itu menyediakan maklumat tersebut bagi 14 kawasan pihak berkuasa tempatan dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor, Johor dan Pulau Pinang.

Ia kemudian akan diperluaskan ke 18 kawasan pihak berkuasa tempatan di 10 negeri lain termasuk Sabah dan Sarawak pada tahun hadapan, katanya ketika melancarkan laman web itu hari ini.

Beliau orang ramai boleh mendapatkan maklumat jenayah berlandaskan fakta yang tepat dan benar, mesra pengguna dan memberikan gambaran jelas mengenai kejadian jenayah di kawasan kejiranan masing-masing melalui laman web berkenaan.

Teks ucapan beliau dibacakan timbalannya Datuk Halimah Mohamed Sadique. /Rakyatpost

Tuesday, 25 August 2015

Umno Sri Gading Berdiri Teguh Pertahan Perdana Menteri. @AKaprawi


USUL PERSIDANGAN UMNO BAHAGIAN SRI GADING MENYOKONG KEPIMPINAN YANG AMAT BERHORMAT DATO’ SRI NAJIB BIN TUN RAZAK , PRESIDEN UMNO DAN PERDANA MENTERI MALAYSIA.

BAHAWA PERSIDANGAN UMNO BAHAGIAN SRI GADING YANG BERSIDANG PADA HARI INI BERSETUJU MENYOKONG PENUH KEPIMPINAN YANG AMAT BERHORMAT DATO’ SERI MOHD NAJIB BIN TUN RAZAK SEBAGAI PRESIDEN UMNO DAN PERDANA MENTERI MALAYSIA.

Yang dihormati Pengerusi Persidangan dan sidang perwakilan sekalian ,

Mengetahui bahawa : UMNO sebagai sebuah parti politik pemerintah di antara yang tertua di dunia. Kenyataan ini sememangnya tidak dapat disangkal dan dinafikan oleh mana-mana pihak sekalipun. Selepas kejatuhan parti pemerintah tertua di India dan Jepun , UMNO masih unggul mendepani cabaran globalisasi yang menuntut parti keramat ini untuk terus relevan seiring dengan zamannya. UMNO yang telah dilahirkan 69 tahun yang lalu , telah berjaya mengisi perjuangan ini dengan dimensi yang pelbagai. UMNO bermula sebagai wadah perjuangan nasionalisme dan kemerdekaan sehinggalah hari ini mempersiapkan Negara bangsa kea rah Negara maju menjelang 2020. Namun yang kekal nyata adalah dasar UMNO dalam memperjuangkan agama , bangsa dan tanah air sejak awal penubuhannya.

Menghayati bahawa : Sepanjang 69 tahun UMNO telah belayar sebagai sebuah kapal yang meniti arus perjuangan demi agama bangsa dan tanah air , sudah barang pasti UMNO tidak pernah sunyi dengan onak ranjau yang berduri yang perlu ditempuhi. Cabaran dan dugaan yang melanda parti keramat selama ini , tidak lain dan tidak bukan untuk merobek dan menguburkan UMNO dari bumi yang bertuah ini. Namun yang pasti , cubaan itu bukan sahaja gagal bahkan telah menjadikan badan UMNO itu berdiri semakin kukuh dan menjulang megah. Kejayaan UMNO mengharungi ranjau dan cabaran ini bukan semata-mata ditunjangi oleh pemimpin-pemimpinnya yang hebat , atau kerana jumlah ahlinya yang ramai tetapi , kerana muafakat dan perpaduan yang telah tertanam di dalam jiwa orang-orang UMNO itu sendiri. Ini merupakan resepi utama kepada kelangsungan survival UMNO dalam perjuangannya.

Menyedari bahawa : Hakikat perjuangan UMNO itu yang masih jauh dan penuh ranjau intipati perjuangan teramat penting. Asas perjuangan ini perlu digarap dan diikat kukuh dengan perpaduan dan muafakat ahlinya selain berdiri teguh dengan kesetiaan kepada presiden parti. Benarlah seperti firman Allah di dalam Al-Quran , surah ali Imran ayat 103 yang berbunyi :

Hari ini , sekali lagi UMNO di duga dengan fitnah dan adu domba yang maha dahsyat. Fitnah dan adu domba ini jelas telah mengocak kepercayaan akar umbi dan rakyat terhadap kepimpinan. Ikatan perpaduan yang telah dibina saban tahun seakan longgar mengikut persepsi dan acuan masing-masing. Institusi Presiden parti merangkap Perdana Menteri Malaysia sebagai pemimpin Islam hari ini telah dihujani dengan berita fitnah yang dibawa oleh mereka yang berkepentingan dan mereka yang ingin melihat UMNO itu terkubur. Tanpa disedari , jarum-jarum halus Yahudi dan Nasrani telah berjaya mempengaruhi minda pemikiran orang Islam dan ahli UMNO khususnya. Kita seolah-olah terlupa akan jasa besar dan pengorbanan Presiden Parti kita Hari ini , berita fitnah telah menguasai di ruang-ruang media sosial. Allah SWT telah mengingatkan kita tentang bahayanya fitnah kepada umat manusia di dalam surah Al-Baqarah ayat 191 :

“ Dan fitnah itu adalah lebih teruk( lebih besar dosanya ) daripada membunuh “.

Allah juga telah mengingatkan kita untuk bijak menapis berita atau perkara yang disampaikan bagi mengelak terpengaruh dengan aktiviti menyebarkan berita berunsur fitnah tanpa kita sedari. Firman Allah dalam surah Al-Hujurat ayat 6 jelas bermaksud sedemikian.

Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.
Janganlah di lupa , sejarah banyak mengajar kita , kewafatan Khalifah Uthman Bin Affan kerana fitnah , kejatuhan Bani Umaiyyah dan Bani Abbasiyah kerana fitnah dan fitnah bias menghancurkan kedaulatan agama , bangsa dan negara.

Maka dengan ini :

UMNO Bahagian Sri Gading yang bersidang pada hari ini mengusulkan bahawa menyokong ketetapan Yang Amat Berhormat Presiden Parti yang juga Perdana Menteri Malaysia untuk merombak kabinet demi kelangsungan survival politik , agama , bangsa dan tanah air. Sehubungan dengan itu juga UMNO Bahagia Sri Gading memberikan kepercayaan dan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada Yang Amat Berhormat Presiden Parti untuk menyatakan kebenaran dan ketelusan dalam kemelut dalaman parti hari ini. Sewajarnya kita memberikan ruang dan peluang yang seluas-luasnya kepada YAB Presiden untuk mendepani pemulihan dalaman parti dan pembinaan sebuah Negara bangsa yang maju dan berjaya. Sudah pasti , sebagai wajah UMNO , yang mendukungi amanah sebagai pemimpin Islam di bumi bertuah ini dan juga negara Islam serantau , Yang Amat Berhormat Presiden merupakan sasaran utama dalam usaha sesetengah pihak yang mahu melihat beliau dan parti keramat ini terus layu dan terkubur. Ibarat pepatah melayu ada mengatakan “ mati kepala , matilah ekornya “. Oleh yang demikian , sebagai ahli perjuangan yang suci murni ini, setiap akar umbi wajar mempertahankan Yang Amat Berhormat Presiden Parti sebagai tunjang utama dan pemegang panji-panji dalam kelangsungan politik UMNO. Marilah sama-sama kita hayati sepotong ayat Al-Quran daripada Surah An-Nisa’ ayat 59 :

"Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul-Nya, dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al-Qur'an) dan Rasul (sunahnya) jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu adalah lebih utama (bagimu) dan lebih elok pula kesudahannya. “

Keduanya , UMNO Bahagian Sri Gading menyeru kepada sidang perwakilan dan seluruh ahli akar umbi agar terus memperkemas dan memperkukuhkan permuafakatan dan perpaduan sesama kita. Seharusnya ahli UMNO kembali kepada asas perjuangan iaitu memartabatkan agama , bangsa dan bumi bertuah ini. Asas dan dasar perjuangan ini merupakan agenda utama perjuangan. Perlembagaan parti dijadikan rujukan dalam sebarang tindakan. Perlembagaan bertulis yang senantiasa mengingatkan batang tubuh UMNO terhadap dasar perjuangan , penyatuan ummah dan nilai tambah dijadikan asas pemikiran , idea , pelaksanaan dan hati budi orang-orang UMNO sendiri.

Konklusinya , ketika berhadapan saat getir ini , sekali lagi nilai perpaduan dan permuafakatan menjadi teras dalam kepatuhan kepada perlembagaan dan diterjemahkan dalam setiap langkah dan tindak tanduknya. Segala rasa hati dan luahan rasa wajar dinyatakan dengan cara yang paling berhemah , bertatasusila dan mengikut garis panduan yang sepatutnya. Dan akhirnya , kesemua nilai yang dinyatakan tadi dapat disambut dengan budi bahasa dan tatasusila sesuai dengan wajah UMNO , bangsa Melayu yang tinggi adab sopannya.

[Video] Najib Gariskan 5 Formula Perlu Dijadikan Pegangan Ahli UMNO Untuk Memenangkan Parti


Ketika merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Kuala Nerus, Perdana Menteri telah menggariskan 5 formula bagi memastikan kemenangan parti.

[Eksklusif] Video Penyanyi Stacy Akhirnya Peluk Islam Dan Mengucap Dua Kalimah Syahadah


Setelah sekian lama meluahkan rasa cinta terhadap Islam penyanyi kelahiran program Akademi Fantasia 6 (AF 6) Stacy akhirnya bergelar seorang muslim.

Majlis lafaz syahadah dilakukan pada petang Isnin.

Stacy atau nama sebenarnya Stracie Angie Anam, 25, dilaporkan hadir ke pejabat Jabatan Agama Islam ditemani Akim dan ibu serta bapa kekasihnya itu bagi tujuan berkenaan di Johor Bahru.

Stacy yang berasal dari Sabah sebelum ini beragama Kristian.

Sehubungan itu pihak Astro akan mengadakan satu sidang media pada petang Selasa bersama Stacy bagi berkongsi berita baik berkenaan. /Mstar


STACY SELAMAT PELUK ISLAM
Video rakaman Stacy melafazkan dua kalimah syahadah.Sama-sama kita ucap 'Alhamdulillah..'Like -- Malaysian Patriots
Posted by Malaysian Patriots on Monday, August 24, 2015

Monday, 24 August 2015

Tema Merdeka : Lim Guan Eng Bersilat Lidah Untuk Menutup Kesalahan


Pengerusi Barisan Nasional Pulau Pinang, Teng Chang Yeow sebentar tadi membidas Ketua Menteri, Lim Guan Eng berhubung isu tema sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Negeri.

Dalam kenyataannya kepada media, Teng Chang Yeow mendesak Lim Guan Eng untuk memohon maaf kepada semua rakyat kerana tindakan kerajaan negeri itu berupaya memecah-belahkan rakyat diantara negeri dan pusat.

Selain itu, Lim Guan Eng didakwa mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan apabila membuatkan rakyat percaya bahawa tema asal sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Negeri Pulau Pinang adalah Bersih, Cekap dan Amanah, yang sememangnya menyimpang jauh dari tema asal yang diumumkan sebelumnya iaitu Bersih!.

Berikut adalah transkrip kenyataan penuh Teng Chang Yeow kepada media;





Press statement by Penang Barisan Nasional Chairman Teng Chang YeowGuan Eng should apologize for misleading...
Posted by Gerakan Penang 檳州民政 on Monday, August 24, 2015

Khaled Nordin, MB Johor Digesa Buktikan Kejantanan?


Seorang ketua Umno bahagian menggesa Datuk Seri Khaled Nordin melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar Johor berikutan pendirian bercanggah berhubung sokongan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Yunos mempersoalkan keikhlasan Khaled apabila menyatakan sokongan terhadap Perdana Menteri ketika Persidangan Umno Bahagian Pasir Gudang.

Namun kata Jamal, pada masa yang sama orang kanan Khaled serta anak beliau sendiri, Akmal Saufi melancarkan serangan terhadap Najib yang juga Presiden Umno.

"Tindakan orang-orang kanan Khaled menghentam Perdana Menteri ini mengakibatkan Johor kini mula menampakkan penentangan terhadap Datuk Seri Najib.

"Kepada Khaled saya ingin berpesan, jadilah anak jantan. Jika mahu menentang Perdana Menteri, lakukanya secara terang-terang, letak jawatan dan lawan macam pendekar.

"Jangan main baling batu sembunyi tangan. Najib perlukan barisan yang sehati, sejiwa untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap Barisan Nasional," katanya menerusi kenyataan pada Ahad. /Mstar

Ahli UMNO Bawa Suara Pembangkang Akibat Terkeliru Tanpa Sedar - Ismail Sabri Yaakob


Ahli parti UMNO yang keliru terhadap perjuangan parti pada hakikatnya membawa suara pembangkang dalam parti.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, akibat daripada itu, ahli UMNO yang tersasar telah lari daripada tujuan asal perjuangan, sehingga seronok melakukan pelbagai fitnah terhadap pucuk pimpinan negara, khususnya Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Sepatutnya ahli UMNO sudah mula bersiap sedia mengatur strategi perang ke atas pembangkang kerana pembangkang sedang berpecah pada waktu ini, tapi malangnya ‘serangan’ itu tidak berlaku pada waktu ini,” katanya semasa berucap dalam Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Kuala Pilah dekat sini hari ini.

Yang turut hadir Ketua UMNO Bahagian Kuala Pilah, Datuk Ismail Lasim.

Katanya yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, parti ketika ini berhadapan ujian getir kerana serangan kepada parti bukan datang dari luar tetapi datang dari dalam parti ini sendiri.

“Sewaktu pembangkang sedang lemah di luar sana, kita pula berduyun-duyun berusaha keras mahu menjatuh dan melemahkan parti UMNO,” katanya. - UTUSAN ONLINE

Live : Gambar Terkini Demonstrasi Penduduk Kampung Mutiara, Batu Feringghi


Demonstrasi oleh penduduk Kampung Mutiara yang membantah pengusiran mereka awal pagi ini dibentengi dengan barisan penduduk yang berkerusi roda, kanak- kanak sekolah dan golongan lain.









BERIKUT SENARAI DAKWAAN KAMPUNG-KAMPUNG MELAYU YANG AKAN DAN SUDAH LENYAP DI PULAU PINANG :

1. Kg Permatang Tok Subuh
2. Kg Buah Pala
3. Kg Pokok Assam,Jelutong
4. Kg Dodol
5. Kg Binjal
6. Kg Batu Uban
7. Kg Tanjung Tokong
8. Kg Bagan Dalam
9. Kg Permatang Tepi Laut
10.Batu Maung
11.Kg Pulau Jelutong
12.Kg Lima Kongsi,Sungai Bakap
13. Kg Teluk Kumbar
14.Kg Dalca
15.Kg Sungai Nibong Kechil
16.Kg Tengah Jelutong
17.Kg Terang Balik Pulau
18.Kg Genting,Balik Pulau
19.Kg Pondok Upeh, Balik Pulau
20.Kg Padang Benggali, Permatang Pauh
21.Teluk Air Tawar
22.Kg Gagah, Bagan
23.Kg Nelayan, Teluk Kumbar
24.Kg Selut Sg Pinang
25.Kg Siam, Pulau Tikus.
26.Kg Mutiara, Batu Feringghi


APA KATA ANDA ???
 
Copyright © 2014 PenangKini.