BREAKING NEWS

Wednesday, 30 September 2015

1MDB vs Perwaja Steel : Fakta Sebenar Yang Perlu Difahami


1MDB vs Perwaja Steel

1. OBJECTIVES

(a) 1MDB was set up to take over power generating assets owned by IPPs which have collectively made profits in excess of RM50 billion since 1993 due to lopsided Power Purchase Agreements as well as to ensure reliable long term electricity supply to meet the country’s industrial and commercial needs at a price which the Rakyat can afford to pay. 1MDB’s market is domestic, ready and growing where a lowering of tariffs due to elimination of existing PPAs will benefit domestic consumers and taxpayers.

(b) Perwaja Steel was a politically conceived, commercially questionable and poorly executed enterprise set up to compete with more efficient foreign manufacturers based on protection from competing imports in the form of both tariffs and quotas. Perwaja Steel’s competitors are international manufacturing outfits in an industry where advantages of economies of scale far outweighs the disadvantages of tariffs and quotas the imposition of which will lead to higher costs for domestic users of steel.

OBJECTIVE2


2. FUNDS INJECTED BY THE GOVERNMENT

(a) The government has injected a total of RM1 million into 1MDB since its inception in 2010.

(b) From 1982 until its privatization in 1996, a total of more than RM15 billion, including RM130 million in loans from EPF was injected into Perwaja Steel. This works out to an equivalent of RM33 billion at today’s rate.

LOAN

3. Criminal Culpability

(a) As of date, there has been no formal criminal charge of fraudulent wrongdoing brought against 1MDB or any of its directors, management or staff. Neither its external auditors or the Auditor-General has to date foun any discrepancies in its accounts.

(b) A report prepared by Perwaja Steel management in 1995 alleged that former Perwaja Steel CEO, Eric Chia
  • fraudulently engaged in inaccurate accounting records
  • awarded unauthorised contracts amounting to hundreds of millions of RM
  • misappropriated company funds
  • awarded dubious maintenance contracts amounting to RM292 million
  • (including a contract amount of RM200,000 per month to a company for gardening, cleaning and vehicle maintenance)
  • awarded RM957 million of contract to companies of a long time associate of Eric Chia.

Eric Chia was eventually charged for dishonestly authorizing (not pocketing) a payment of RM76 million (0.076 billion) in 2004. This only happened after Mahathir stepped down as PM and Badawi took over but miraculously acquitted in 2007 as Mahathir stepped up his efforts to remove then PM Abdullah Ahmad Badawi.

criminal 1mdb

criminalperwaja


4. LOSSES INCURRED

(a) To date, no financial loss has been attributed to 1MDB either realized or on paper

(b) The Government had to write off its entire investment in Perwaja Steel. In 2002, Mahathir himself admitted to a loss of more than RM10 billion.Actual losses to taxpayers is estimated to be more than RM15 billion excluding losses incurred after Perwaja Steel was privatised in 1996 and the more than RM1 billion owed to Petronas and TNB.

losses

5. GOING FORWARD

(a) 1MDB is still a going concern 100% owned by Ministry of Finance with debts amounting to RM38 billion and audited assets valued at RM46 billion based on firesale valuation. It is currently undergoing financial restructuring and rationalization plans to reduce it debts via disposal of non core assets. This rationalization exercise is expected to be completed by February 2016 and 1MDB is expected to emerge as a leaner and more efficient entity focussed on its core activities of power generation and development of TRX and Bandar Malaysia as KL’s second financial district and suburban lifestyle dwelling with excellent transportation connectivity respectively.

(b) Perwaja Steel has no forward to go to, it’s game over, kaput. If it has any future, it doesn’t belong to malaysians anymore. Perwaja Steel was privatised in 1996 and sold to Maju Group. At the time of privatization, on top of writing off all its investments, the Malaysian taxpayers through our government, led by YAB Tun Mahathir bin Mohamad had to underwrite a further RM2.76 billion in Perwaja Steel’s debts to third parties. This did not stop Perwaja Steel from incurring further losses and acquiring debts. In November 2013, Perwaja lapsed into Practice Note 17 status – a category for cash-strapped companies.

In July this year Perwaja Steel announced a deal to sell a 64% stake to China’s Tianjin Zhiyuan Investment Group Co Ltd thus ending 33 years of National Shame if finally the deal and is completed.

GOING FORWARD 1MDB
GOING FORWARD PS

Have we even started on the other scandals yet?

(1) Bank Bumiputra
(2) Maminco-Makuwasa Affair
(3) RM30 billion forex loss

So you see Che Det is actually not very cerdik (smart). BeGo (senile) would be a far more appropriate nickname his sisters should have given him.

Tindakan Mahathir Salahkan Kerajaan Berkaitan Proton Memakan Diri Sendiri


Tindakan mantan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Proton, Tun Mahathir Mohamad yang menyalahkan kerajaan di atas kegagalan syarikat automatif pertama negara itu yang dilihat masih bergelut untuk kembali ke landasan sebenar dilihat memakan diri sendiri.

Melalui artikel yang diterbitkan oleh blog automatif terkenal Paul Tan (klik sini), Tun Mahathir meletakkan kegagalan Proton untuk kembali berada dilandasan sebenar dan bersaing dengan pengeluar kereta lain adalah disebabkan oleh kurangnya bantuan daripada pihak kerajaan sekarang.

Berikut adalah video yang diterbitkan oleh Edge Tv berhubung isu itu;


Melalui suapan entri blog tersebut kepada halaman facebook, pelbagai komentar dilontarkan oleh pembaca. Rata- ratanya memperlekehkan dan mempertikaikan kenyataan yang dikeluarkan Tun Mahathir itu.

Berikut adalah sebahagian komentar yang dilontarkan rakyat;


Untuk ikuti lebih banyak komentar dan melontarkan pandangan anda, Penangkini sediakan embeded post kepada status facebook tersebut:


Proton chairman, Tun Dr Mahathir Mohamed, has revealed in an interview that one of the reasons Proton is struggling is due to the lack of government support. See the full interview here.
Posted by Paul Tan's Automotive News on Sunday, September 27, 2015

KDNK Malaysia Buat Pertama Kali Lepasi Purata Semua Negara Di Dunia


NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT. Data Bank Dunia menunjukkan perkapita Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia sebanyak AS$10,830 (RM48,301) pada 2014 buat pertama kalinya telah melepasi purata semua negara di dunia AS$10,804 (RM48,185).

Menurut kenyataan Majlis Penasihat Sains dan Inovasi Global (GSIAC), Malaysia telah melepasi tahap penting dalam hala tujunya untuk menjadi negara maju.

Sebagai perbandingan, pada 2010 perkapita KDNK negara ialah AS$8,752 (RM39,033), kira-kira lapan peratus lebih rendah daripada purata dunia ketika itu AS$9,513 (RM42,427), katanya.

Pencapaian itu dinyatakan dalam laporan GSIAC pada mesyuarat tahunan ke-5 yang berlangsung di Manhattan, di sini pada Isnin. (Selasa di Malaysia)

Mesyuarat itu dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perkapita KDNK Malaysia secara puratanya perlu ditingkatkan kepada AS$695 (RM3,099) setiap tahun dari 2015 hingga 2020 dengan unjuran untuk mencapai sasaran AS$15,000 (RM66,900) apabila negara menjadi negara berpendapatan tinggi kelak.

Penasihat Sains kepada Perdana Menteri Tan Sri Zakri Abdul Hamid, berkata peningkatan itu selaras dengan unjuran dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (2016-2020) (RMK-11).

"RMK-11 mengunjurkan penggunaan dan pelaburan swasta akan memacu pertumbuhan perkapita keluaran dalam negara kasar sebanyak 7.9 peratus setahun," kata Zakri yang juga anggota Lembaga Penasihat Saintifik Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu.

GSIAC ialah badan dianggotai pemimpin terkemuka peringkat kebangsaan dan antarabangsa dalam bidang ekonomi, perniagaan, sains dan teknologi, diberi mandat untuk membantu negara mencapai perkapita KDNK US$15,000 -- tahap bagi status negara maju -- menjelang 2020.

GSIAC diuruskan bersama oleh Kumpulan Industri Kerajaan Malaysia bagi Teknologi Tinggi (MIGHT) dan New York Academy of Sciences (NYAS). - Bernama

Tuesday, 29 September 2015

Malaysia Tambah Pasukan Pengaman Di PBB


MALAYSIA membuat komitmen terbaharu untuk menambah anggota pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi mempraktikkan sokongannya terhadap usaha badan dunia itu memperkukuhkan pasukan berkenaan. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata 280 anggota dan pegawai polis akan dihantar sebagai dua pasukan Unit Polis, 100 pegawai dan anggota sebagai Pegawai Polis Individu dan sebagai sebahagian Polis PBB. 

"Satu batalion infantri (sebagai) kumpulan tempur untuk penghantaran cepat; satu unit kejuruteraan bagi membantu misi pasukan pengaman dan pembinaan keupayaan menerusi latihan di Pusat Pengaman Malaysia. 

"Setakat ini, pusat itu sudah mengendalikan lebih 90 siri kursus untuk lebih 2,500 peserta tempatan dan antarabangsa dari 52 negara," katanya dalam ucapan pada Sidang Kemuncak mengenai Pemeliharaan Keamanan yang dipengerusikan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama sebentar tadi. 

Antara yang turut berucap ialah pemimpin dari China, India, Perancis, Itali, Sri Lanka, Sepanyol, Ghana, Thailand, Uganda, Turki, Rwanda, Uganda dan Senegal. 

Najib berkata sejak 1960, Malaysia sudah menyertai 35 misi pengaman PBB, dengan penghantaran lebih 29,000 anggota tentera dan polis. Kini, Malaysia menyertai enam misi di Sahara Barat, Congo, Lubnan, Liberia, Abyei dan Darfur. 

Katanya, Malaysia selaku Pengerusi ASEAN gembira kerana mengguna pakai konsep Kumpulan Siapsiaga Tentera ASEAN mengenai Bantuan Kemanusiaan dan Bencana. 

Beliau berkata, ini bukan saja untuk tujuan penyelarasan penghantaran cepat ke kawasan krisis malah juga untuk menyatukan penubuhan tentera di bawah panji ASEAN demi kesejahteraan penduduk.

Monday, 28 September 2015

Tahniah!!! Program "Love Bubble Run" Pula Akan Berlangsung Di Pulau Pinang.


Sebelum ini, Penangkini ada menerbitkan sebuah artikel berhubung penggantungan kain rentang parti bikini yang tidak mengambil kira sensitiviti kaum melayu di sekitar Juru.


Belum pun isu itu reda, kini sedang berlegar pula beberapa poster berhubung penganjuran sebuah lagi program tersebar melalui pesanan whatsapp yang dikatakan akan berlangsung di Pulau Pinang.


Persoalannya, adakah program ini mendapat kelulusan daripada pihak berwajib kerana akan dilangsungkan dilokasi awam dan bukan dalam kawasan tertutup?

Apakah jaminan bahawa penganjuran program ini akan memastikan sensitiviti penganut agama Islam terjaga?

Hasil semakan Penangkini dengan seorang pemandu pelancong berdaftar melalui aplikasi whatsapp, admin dimaklumkan dengan perkara berikut (namun belum dipastikan kesahihahannya)




Lepaih satu.. satu. Isu parti bikini pun tak setel lagi, ni mai pulak siqu punya acara daa..Tunggu la bala apa nak mai...
Posted by Penang Kini on Sunday, September 27, 2015

Friday, 25 September 2015

Kain Rentang Gagal Hormati Penganut Islam : Kerajaan Negeri Pulau Pinang Gagal Pantau Pemasangan Kain Rentang Parti Bikini?


Gambar di atas memaparkan sekeping gambar kain rentang berhubung penganjuran Parti Bikini yang akan diadakan di salah sebuah kelab malam yang terletak di negeri Pulau Pinang.

Berdasarkan status yang dimuatnaik oleh pemilik akaun facebook Muhamad Fairus Ishak, penulis tersebut mempertikaikan kesesuaian penggantungan kain rentang tersebut yang diletakkan di kawasan yang penduduknya rata- rata berbangsa melayu dan berbilang kaum di Juru.

Berikut adalah luahan pemilik facebook tersebut;



Apa sudah jadi nie???Bikini party..banner sexsi boleh buh kat tepi jalan macam tu ja ka??...agak-agak lah nak buat...
Posted by Muhamad Fairus Ishak on Thursday, September 24, 2015

Tony Pua Disenarai Hitam Dari Memasuki Sarawak


KUCHING 24 Sept. – Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua kini disenaraikan sebagai antara individu yang dilarang memasuki negeri ini.

Sumber pihak pentadbiran negeri memberitahu, tindakan menyenarai hitamkan nama Tony yang juga Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP memasuki Sarawak berpunca daripada beberapa sebab termasuk kaitannya dengan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Katanya, disebabkan namanya sudah disenarai hitamkan, maka beliau telah diarahkan meninggalkan Sarawak menerusi penerbangan dari Lapangan Terbang Miri pada pukul 4.20 petang semalam, sebaik sahaja dikesan memasuki negeri ini.

“Memang sebelum ini, Tony dibe­nar­kan memasuki Sarawak tetapi namanya telah disenarai hitamkan baru-baru ini ekoran beberapa sebab termasuk tuduhan yang dilemparkannya terhadap 1MDB," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Pada pukul 2.30 petang semalam, semasa sedang menikmati makan tengah hari bersama Ahli Parlimen Piasau, Alan Ling di sebuah restoran di Miri, lima pegawai imigresen telah mengambil Tony untuk dibawa ke Lapangan Terbang Miri dan diarahkan menaiki pesawat pulang ke Kuala Lumpur pada pukul 4.20 petang.

Dalam sidang akhbar di restoran berkenaan, Tony memberi­tahu, beliau datang ke negeri ini untuk menghadiri satu majlis anjuran DAP di Kampung Pasir Lutong, Miri.

Katanya, beliau kecewa dengan tindakan kerajaan negeri meng­halangnya memasuki Sarawak ke­rana mendakwa tidak melakukan sebarang kesalahan dan berharap namanya akan dikeluarkan daripada disenarai hitamkan dengan segera.

Mengulas lanjut, sumber berkata, adalah menjadi hak kerajaan negeri untuk tidak membenarkan golongan pelampau agama dan politik rasis memasuki Sarawak bagi memastikan elemen negatif itu tidak menjejaskan keharmonian di Bumi Kenyalang.

Selain Tony, antara individu yang disenarai hitamkan memasuki Sarawak ialah Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok; Setiausaha Agong Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli; Ahli Parlimen Batu, Tian Chua; bekas Setiausaha Agong PKR, Saifuddin Nasution; Pre­siden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali; Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin serta ahli akademik yang juga penceramah, Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah.

#RempuhanMina : Perdana Menteri Zahirkan Ucapan Takziah


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa insiden rempuhan di Mina, Arab Saudi hari ini.

"Innalillahiwainnailaihirajiun. Sedih terima berita tragedi di Mina. Takziah kepada keluarga mangsa. InsyaALLAHmereka dimasukkan di kalangan syuhada," catat Najib dalam laman Twitternya malam ini.

Perdana menteri turut meminta jemaah haji Malaysia agar mengikut arahan dan peraturan yang telah ditentukan oleh Tabung Haji agar urusan haji berjalan dengan sempurna dan selamat. 

Tabung Haji akan mengambil tindakan segera mengesahkan status jemaah haji Malaysia dan melaporkan kepada beliau, katanya.

"Setakat ini tiada laporan kematian membabitkan jemaah haji Malaysia," katanya.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam laman Twitternya turut melahirkan rasa dukacita terhadap tragedi itu.

"Saya merasa dukacita kejadian di Mina. Saudi telah lakukan terbaik. Semoga roh hujaj (jemaah haji) terlibat ditempatkan sebagai para solihin dan syuhada," katanya.

Dalam kejadian pukul 11.30 pagi itu (waktu tempatan), lebih 700 jemaah haji dilaporkan terkorban manakala beratus lagi cedera dalam kejadian rempuhan di kawasan perkhemahan jemaah dari negara-negara Arab.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dalam sidang media berhubung perkara itu mengesahkan tiada jemaah Malaysia terlibat dalam insiden rempuhan di Mina semasa jemaah haji melakukan ibadah melontar Jamrah hari ini. - Bernama

Thursday, 24 September 2015

(Updated Video) Rempuhan Mina : 453 Meninggal, 719 Cedera


Makkah: Sekurang-kurangnya 453 jemaah haji maut manakal 719 lagi cedera akibat terjatuh dan terpijak ketika jemaah melontar jamrah di Mina hari ini.

Jurucakap Kementerin Dalam Negeri Arab Saudi, Brigedier Jeneral Mansour al-Turki berkata, "Ada kejadian terpijak di Mina dan Jabatan Pertahanan Awam sedang menyiasat" kejadian yang berlaku di jalan raya antara penempatan jemaah.

"Jalan itu diberi nama Jalan 204. Kejadian rempuhan dan terpijak itu tidak berlaku ketika upacara melontar tetapi ketika jemaah bersesak menuju ke tempat melontar," katanya.

Punca kejadian ini belum dapat dikenal pasti.

Jemaah Malaysia diyakini tidak terlibat kerana giliran mereka melontar adalah sebelah petang selepas asar. Kejadian berlaku sebelum jam 12 tengahari.  Sama2 kita doakan jemaah kita

video

Kita sedang mengadakan head count jemaah Malaysia dikemah masing masing

[GAMBAR & VIDEO] Terkini Dari Mekah : 220 Jemaah Haji Meninggal Dunia Dalam Insiden Rempuhan Di Mina


Dianggarkan sekurang- kurangnya 220 jemaah haji meninggal dunia dan 450 cedera dalam insiden rempuhan yang berlaku di Mina.




(Gambar) Najib Razak Ditahan FBI Di New York?


Susulan berita yang tersebar beberapa hari lepas berhubung penyiasatan terhadap Perdana Menteri oleh FBI, hari ini Najib ditangkap di New York ketika menjalankan tugas rasmi di negara Uncle Sam itu?

Berikut adalah gambar terkini yang diterima Penangkini berkaitan lawatan Perdana Menteri ke New York.



Perdana Menteri dilihat masih bebas untuk menjalankan urusan rasmi di sana.

Dengan kebebasan yang ditunjukkan melalui dua keping gambar di atas, adakah dakwaan yang diterbitkan oleh Wall Street Journal dan beberapa penerbitan pro pembangkang adalah berasas? Pada hemat Penangkini, segala tuduhan hanyalah sekadar rekaan semata.

Wednesday, 23 September 2015

Lim Guan Eng Diherdik Netizen Kerana Masalah Banjir Yang Tidak Berkesudahan


Susulan tindakan Lim Guan Eng yang lantang memperlekehkan permasalahan bekalan air yang dihadapi Johor beberapa minggu lalu, hari ini beliau pula diperlekehkan oleh sebuah Page Facebook, Malaysian Patriots.

Ia berikutan keadaan banjir yang menimpa negeri Pulau Pinang ketika ini.



Bila air yang berlebihan kat Pulau Pinang ni apek nak derma kt negeri yang kurang air? Kan hari tu apek bising pasal Johor takde air? Mwahahahaha... Jom gelak sikit...#LimGuanEngPoyo
Posted by Malaysian Patriots on Tuesday, September 22, 2015

Saturday, 19 September 2015

#Himpunan169 #BajuMerah Bukan Perkauman, Tetapi Tindakbalas Terhadap Himpunan Bersih 4.0 - Pak Lah


KUALA LUMPUR: Himpunan Rakyat Bersatu atau Baju Merah bukan serangan perkauman sebaliknya respon kepada perhimpunan yang dianjurkan peserta baju kuning atau Bersih 4.0.

Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, berkata walaupun wujud dua kumpulan namun ia tidak sampai membawa kepada isu perkauman.

“Saya tidak fikir (maruah Melayu telah dicabar). Mungkin ada yang rasa begitu tetapi tidak ada mereka yang membawa kepada pergaduhan.

“Ia (Himpunan Rakyat Bersatu) hanya bermula (berpunca) daripada himpunan ‘baju kuning’ dan daripada situ rakyat bangkit,” katanya ketika ditemui pemberita di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) pada Khamis.

Abdullah atau Pak Lah berkata, mana-mana pihak berhak melakukan perhimpunan asalkan ia tidak berlaku pergaduhan.

“Merah ke kuning kalau nak tunjuk tidak apa tetapi jangan buat kacau.

“…Yang penting jangan buat apa-apa tindakan yang boleh menyebabkan pergaduhan,” katanya.

Ditanya sama ada wujudnya isu perkauman dalam Islam seperti yang didakwa Tan Sri Annuar Musa, Abdullah berkata, Islam tidak menuntut umatnya bersikap perkauman.

“Tidak ada,” kata Pak Lah ringkas.

Khairuddin Di Tahan Polis Atas Tuduhan Cuba Menggulingkan Kerajaan




PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan di kediamannya, lewat petang Jumaat.

Penahanan Khairuddin telah disahkan oleh peguamnya Matthias Chang.

“Khairuddin ditahan di bawah Akta 124C atas tuduhan cuba menggulingkan kerajaan,” kata Chang secara ringkas, lapor Astro Awani.

Menurut isterinya, Datin Seri Umie Aida, Khairuddin ditahan di kediaman mereka di Mont Kiara, di sini kira-kira pukul 7.30 petang tadi.

“15 orang anggota polis tiba di kawasan rumah, lima hingga enam orang anggota polis naik ke rumah dan yang lain-lain di bawah.

Menurut Umie, polis turut merampas beberapa barang peribadi milik termasuk komputer riba, telefon bimbit dan kad sim telefon bimbit dari kediaman mereka.

Sebelum itu, Khairuddin dalam satu kenyataan di laman Facebook peribadinya, memaklumkan pihak PDRM telah meminta beliau hadir ke Bukit Aman pada Isnin depan untuk diambil keterangan berhubung tindakannya menyerahkan bukti kepada pihak berkuasa Switzerland berhubung skandal membabitkan syarikat sarat hutang, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Kata Khairuddin, pihak polis akan mengambil keterangan beliau berkenaan bukti yang diserahkan kepada Peguam Negara Switzerland dan bakal dipanggil untuk proses siasatan di ibu pejabat PDRM Bukit Aman pada hari Isnin depan jam 11 pagi.

Khairuddin juga memberitahu beliau dan peguamnya telah dilarang meninggalkan negara ini.

Friday, 18 September 2015

#Himpunan169 : Penganjur Sedia Bayar Kos Pembersihan RM50,000


KUALA LUMPUR – Pihak penganjur ‘Himpunan Rakyat Bersatu’ sedia membayar kos pembersihan berjumlah RM50,000 bagi perhimpunan itu, yang diadakan di ibu negara, Rabu lalu.

Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka), Tan Sri Mohd Ali Rustam berkata pihaknya tidak mempunyai masalah untuk menanggung kos pembersihan itu.

“Sebelum penganjuran kami memang sedia maklum tentang perkara ini dan saya rasakan jumlah ini adalah munasabah,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Mhd Amin Abd Aziz berkata Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menjumlahkan bil kos pembersihan sebanyak RM50,000 kepada penganjur Himpunan Rakyat Bersatu.

“Jumlah ini termasuk kos pembersihan daripada Alam Flora sebanyak RM38,000 dan pembersihan oleh DBKL pula RM12,000,” katanya.

Mhd Amin berkata tiada kos kerosakan yang dikenakan dan bil ini dijangka akan diserahkan kepada penganjur dalam masa seminggu.

Pengerusi Gabungan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu Datuk Jamal Md Yunos juga menyatakan hasratnya untuk turut sama memikul tanggungjawab bagi membayar kos pembersihan tersebut.

“Kami bersikap profesional dan tidak akan lari daripada tanggungjawab dan kami tidak mempunyai masalah dan isu untuk membayarnya,” katanya.

Berlangsung di Padang Merbok, di sini, himpunan yang diterajui Pesaka itu dianjurkan sebagai tindak balas membantah perhimpunan Bersih 4 di kawasan sekitar Dataran Merdeka pada 29 dan 30 Ogos lepas.

Awal bulan ini, DBKL menghantar bil kos pembersihan kepada penganjur perhimpunan Bersih 4 sebanyak RM65,000 dan akan menghantar bil tuntutan penugasan dan kerosakan berjumlah RM61,840 pada hujung bulan ini. – BERNAMA

Awas!!! Pulau Pinang Diisytihar Kawasan Wabak Anjing Gila

Sumber Gambar FB Malaysian Patriots
GEORGE TOWN – Pulau Pinang telah diisytihar sebagai kawasan jangkitan penyakit anjing gila berikutan berlaku dua kes yang membabitkan seorang kanak-kanak berusia 11 tahun dan seorang dewasa berusia 44 tahun.

Sehubungan itu Ketua Menteri, Lim Guan Eng telah mengeluarkan Perintah Suntikan Pencegahan Penyakit Anjing Gila (Negeri Pulau Pinang) 2015 yang memberi kuasa kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar untuk mengambil tindakan sewajarnya.

“Ekoran daripada perintah yang saya keluarkan, semua langkah yang perlu akan diambil untuk menghapuskan anjing liar,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau turut memberi amaran bahawa sekiranya tiada sebarang penguatkuasaan dijalankan, beliau akan mengambil tindakan terhadap pegawai terbabit memandangkan keadaannya adalah mencemaskan dan perlu ditangani segera.

Kes anjing gila atau ‘rabies’ mula dikesan selepas seorang lelaki digigit anjing di Pokok Sena, Seberang Perai Utara pada 8 Sept lalu dengan kes kedua dilapor pada 15 Sept lepas di Taman Nelayan, Kuala Sungai Pinang, Daerah Barat Daya berikutan seorang kanak-kanak turut digigit anjing.

Lim berkata kerajaan negeri bersama Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Jabatan Kesihatan dan pihak berkuasa tempatan turut menubuhkan ‘Jawatankuasa Pengawalan Wabak Rabies’ untuk memulakan operasi pengawalan dan pembasmian anjing.

“Operasi ini melibatkan penangkapan, pemusnahan dan pelupusan semua anjing yang terbiar di negeri ini. Semua anjing peliharaan turut diperintahkan untuk dikurung, divaksin, ditanda serta dilesenkan sehingga wabak ini berakhir,” katanya.

Beliau berkata anjing yang berumur tiga bulan dan ke atas perlu diserahkan untuk menjalani suntikan mencegah penyakit tersebut.

Lim turut mengingatkan orang ramai yang digigit atau bersentuhan dengan anjing liar agar mendapat rawatan segera dan melaporkan kepada pihak berkaitan.

Bilik Gerakan Jabatan Veterinar boleh dihubungi di talian 04-5041407. – BERNAMA

Tuesday, 1 September 2015

[Video] PAS Gugur Keahlian Bekas Timbalan Presiden Dan Tujuh Wakil Rakyat Kerana Sertai Parti Lain


PAS pusat hari ini mengesahkan, keahlian bekas timbalan presiden serta tujuh wakil rakyatnya gugur secara automatik kerana menyertai parti lain.

Mereka sebahagian daripada 22 ahli PAS yang didapati menyertai parti pekerja yang akan dijenamakan kepada parti amanah negara.

Perkara itu berdasarkan fasal 15(1C) Perlembagaan PAS Pindaan 2011.

Beliau berkata demikian dalam sidang media petang tadi di Kota Bharu.

Antara yang berada dalam senarai berkenaan, bekas Timbalan Presiden Pas, Mohd Sabu, Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa serta Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud.

Turut terbabit ADUN Changkat Jering, Datuk Seri Nizar Jamaluddin, Adun Parit Yaani, Aminolhuda Hassan dan Adun Morib, Hasnul Baharuddin.



PAS pusat hari ini mengesahkan, keahlian bekas timbalan presiden serta tujuh wakil rakyatnya gugur secara automatik kerana menyertai parti lain.Mereka sebahagian daripada 22 ahli PAS yang didapati menyertai parti pekerja yang akan dijenamakan kepada parti amanah negara.Perkara itu berdasarkan fasal 15(1C) Perlembagaan PAS Pindaan 2011.Beliau berkata demikian dalam sidang media petang tadi di Kota Bharu.Antara yang berada dalam senarai berkenaan, bekas Timbalan Presiden Pas, Mohd Sabu, Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa serta Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud. Turut terbabit ADUN Changkat Jering, Datuk Seri Nizar Jamaluddin, Adun Parit Yaani, Aminolhuda Hassan dan Adun Morib, Hasnul Baharuddin.
Posted by Buletin TV3 on Tuesday, September 1, 2015



Senarai penuh 22 pemimpin PAS diumumkan dalam sidang media petang tadi.
Posted by Buletin TV3 on Tuesday, September 1, 2015

Sumber: Buletin TV3

Bersih 4.0 Adalah Gerakan Al-Bughah? Ketahui Hukuman Terhadap Gerakan Al-Bughah Dalam Konteks Islam


Memberontak atau menggulingkan pemerintah Islam walaupun ianya fasiq diharamkan dalam Islam

Al-Bughah dari segi bahasa bererti pelampau atau melampaui batas

Dari istilah bererti satu kumpulan orang Islam yang menentang pemimpin muslimin, melakukan pemberontakan terhadap pemerintahannya dan enggan mematuhi peraturan dan undang-undang yang dikuatkuasakan oleh pemerintah sama ada orang yang berkaitan dengan hak Allah atau hak manusia.

Dalam istilah biasa mereka dikenali sebagai pemberontak. Mereka mempunyai dasar dan undang-undang mereka sendiri, mempunyai organisasi dan pentadbiran sendiri serta mempunyai kekuatan pertahanan, tentera dan senjata untuk melaksanakan pemberontakan. Contohnya ialah al-Khawarij dan al-Haruriyah yang menentang khalifah ‘Ali ra.

Unsur-unsur dalam Kesalahan Memberontak

1. Perbuatan menderhaka.

2. Penggunaan kekuatan dan kekerasan.

3. Niat memberontak.

Unsur Perbuatan Menderhaka

  • Perbuatan menderhaka bermaksud menentang pemerintah atau berusaha menggulingkannya, tidak mematuhi perintahnya atau undang-undang yang dikuatkuasakannya dan tidak melaksana­kan kewajipan-kewajipan yang tidak dianggap maksiat.
  • Pemberontakan itu ditujukan kepada pemerintah Islam yang adil yang tidak sepatutnya ditentang atau digulingkan, malahan pemberontakan terhadap pemerintah yang fasiq pun diharam­kan oleh Islam walaupun dengan tujuan untuk melaksanakan amar ma’ruf dan nahi munkar. Ini disebabkan pemberontakan itu akan memberi kesan yang lebih buruk dan tidak memung­kinkan maksud amar ma’ruf dan nahi munkar tercapai.

Unsur Penggunaan Kekuatan dan Kekerasan

Penggunaan kekuatan dan kekerasan bermaksud bahawa pemberontak mempunyai kekuatan pertahanan mereka sendiri serta mempunyai senjata dan tentera yang dapat melakukan tindakan yang boleh mengganggu ketenteraman negara dan melakukan kekacauan dan huru hara.

Unsur Niat

Niat yang dimaksudkan di sini ialah untuk melakukan pemberontakan dan penentangan terhadap pemerintah dan bertujuan untuk menggulingkan atau tidak mahu tunduk kepada perintahnya dan enggan melaksanakan kewajipan dan tanggungjawab mengikut undang-undang dan peraturan yang ditentukan olch pemerintah.
Langkah Menghadapi Pemberontak

Pemerintah yang menghadapi pemberontakan tidak boleh terus bertindak memerangi atau menentang pemberontak dengan kekerasan sebelum langkah-langkah awal dilakukan bagi mengelakkan pertumpahan darah sesama umat Islam.

Langkah paling utama ialah mengajak mereka ke meja perundingan untuk mengetahui sebab mereka memberontak dan tuntutan mereka:

  • Sekiranya sebab-sebab itu munasabah dan tuntutan mereka wajar, maka pemerintah tidak boleh menafikannya, tetapi hendaklah menerimanya dan memenuhi tuntutan mereka.
  • Sekiranya pemberontak enggan memberi sebab-sebab pemberontakan dengan jelas, maka mereka perlu diberi peringatan akan bahaya peperangan iaitu men­datangkan korban nyawa dan kerugian harta benda.
  • Sekiranya mereka masih enggan, suruhlah mereka supaya kembali bersatu di bawah naungan pemerintah dan taat kepada pemerintah atau mereka akan menghadapi tindakan yang keras dan tegas daripada ,pemerintah.
  • Sekiranya mereka tetap enggan dan terus berpegang pada dasar pemberontakan mereka, maka wajiblah mercka diperangi.
Syarat-syarat Memerangi Pemberontak

  • Pemberontak mempunyai kekuatan tentera, senjata dan pengkalan bagi pergerakan dan pertahanan mereka. Usaha untuk menjadikan mereka taat kepada pemerintah memerlukan belanja yang besar dan tenaga yang banyak.
  • Pemberontak menentang pemerintah secara terbuka dan mereka tidak berada di dalam kawalan pemerintah sebab mereka mempunyai pengkalan yang di luar daripada kekuasaan pemerintah. Ini tidak memungkin­kan pemerintah dapat mengambil tindakan terhadap mereka secara mudah seperti menangkap dan memenjarakan mereka.
  • Pemberontak mempunyai asas yang menjadi prinsip perjuangan mereka sendiri sekalipun asas itu salah seperti asas yang dipegang oleh al-Khawarij dan al-Haruriyahyang melakukan pemberontakan ter­hadap Sayidina’Ali ra.. Tidak mudah bagi pemerintah untuk berhadapan dengan golongan yang berpegang pada prinsip tentera yang menjadi dasar perjuangan pemberontak lebih-lebih lagi prinsip yang salah. Ini bererti bertambah sukar untuk menyeru mereka supaya berdamai dan kembali kepada prinsip yang menjadi dasar pemerintah dan menghentikan penentangan terhadap pemerintah.
  • Pemberontak mempunyai pemimpin yang berpenga­ruh dan ditaati, pemimpin yang dapat mengatur dan mentadbir, merancang dan menyusun strategi bagi melaksanakan penentangan dan pemberontakan. Andainya mereka tidak mempunyai pemimpin, mereka mudah disedarkan dan dipujuk supaya menghentikan perjuangan yang sia-sia itu.
  • Walaupun pemerintah diharuskan memerangi pemberontak, mereka tidak boleh dianggap sebagai golongan fasiq dan kafir kerana mereka dapat dianggap sebagai golongan bermasalah berdasarkan asas atau prinsip yang mempengaruhi tindakan mereka.
Tindakan

  • Tindakan hendaklah didahului dengan memberi pe­nerangan dan nasihat serta berunding dengan mereka supaya mereka kembali kepangkuan jema’ah Islam.
  • Sesudah berlaku peperangan tentera pemerintah tidak boleh mengejar musuh yang meninggalkan medan peperangan, tidak boleh mereka menghukum yang telah lemah disebabkan luka. Hanya yang dibolehkan ialah menentang pemberontak seimbang dengan serangan yang mereka lakukan. Jelasnya mengangkat senjata hanya untuk mempertahankan diri dan jema’ah serta memadamkan pemberontakan.
  • Tidak boleh membunuh pemberontak yang ditawan.
  • Tidak boleh merampas harta mereka sebagai harta rampasan perang.

Hukuman yang Berbangkit Selepas Pemberontak Dipadamkan

  • Pemberontak yang terkorban dalam pertempuran mati­nya mati percuma kerana tidak boleh diambil tindakan qisas atau that terhadap pihak yang membunuhnya.
  • Setelah tamat peperangan atau pertempuran antara tentera pemerintah dengan tentera pemberontak, kemudian ada pula tentera pemerintah yang membunuh tentera pemberontak, pada hal pemberontak telah meletakkan senjata dan kembali taat kepada pemerintah, maka tentera yang membunuh itu dikenakan qisas, melainkan ia bersumpah bahawa ia berpendapat bahawa suatu kegiatan menentang atau cubaan rampasan kuasa terhadap pemerintah yang sah di sisi svara’, sama ada dengan mengguna­ senjata atau merancang serta melancarkan peperangan dengan cara zalim
Hukuman Jenayah Memberontak

  • Dijatuhkan hukuman mati
  • atau diperangi

Pemerintah juga mestilah meneliti dan mengkaji sebab pemberontakan tersebut dan sekiranya tuntutan itu benar maka pemerintah hendaklah menerima dan melaksanakannya. Sekiranya permintaan mereka tidak benar, dan mereka masih berdegil tidak mahu mentaati pemerintah, di saat itu mereka bolehlah diperangi.

 
Copyright © 2014 PenangKini.