BREAKING NEWS

Monday, 30 November 2015

Yus Jambu Meninggal : Gambar- Gambar Sekitar Hospital Selayang Awal Pagi Tadi.















Friday, 27 November 2015

Lim Guan Eng Takut Hilang Jawatan Ketua Menteri, Enggan Terima Cabaran Huan Cheng Guan?


Susulan cabaran yang dilontarkan oleh Naib Presiden Parti Cinta Malaysia, Datuk Huan Cheng Guan yang mahu Lim Guan Eng membuktikan bahawa dirinya memperolehi sokongan penuh ahli DAP Pulau Pinang dengan bertanding jawatan Pengerusi DAP negeri itu, Lim Guan Eng semalam menolak untuk menyahut cabaran itu.

Alasan yang digunakan Lim Guan Eng adalah, beliau tidak akan menerima cabaran Naib Presiden Parti Cinta Malaysia, Datuk Huan Cheng Guan kerana dia bukan ahli DAP.

Berdasarkan alasan yang diberikan Lim Guan Eng itu, ia menimbulkan pelbagai persepsi dikalangan pemerhati politik. Antaranya:

1.   Lim Guan Eng sedar bahawa dirinya tidak mempunyai sokongan penuh anggota DAP Pulau Pinang.

2.   Lim Guan Eng cuba menggunakan kuasa eksklusif yang dimilikinya untuk terus memegang jawatan Ketua Menteri tanpa perlu bergelar Pengerusi DAP negeri.

3.     Lim Guan Eng adalah pengecut dan takut kepada bakal pencabarnya.

Jika beliau mahu mengatakan bahawa Datuk Huan Cheng Guan tidak layak untuk mencabarnya hanya kerana beliau bukan ahli parti itu, Lim Guan Eng juga harus sedar bahawa beliau bukanlah Setiausaha Agung kepada salah sebuah parti komponen Barisan Nasional. Untuk itu, beliau tidak berhak sama sekali untuk mencampuri urusan pentadbiran Barisan Nasional.

Wednesday, 25 November 2015

Guan Eng Dicabar Untuk Bertanding Pada Pemilihan DAP Negeri Pulau Pinang - Datuk Huan Cheng Guan


Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dicabar bertanding dalam pemilihan DAP negeri, Ahad ini.

Naib Presiden Parti Cinta Malaysia, Datuk Huan Cheng Guan, berkata Guan Eng untuk mengukur samada beliau masih mendapat sokongan daripada ahli-ahli DAP negeri.

Beliau berkata, penyertaan Guan Eng dalam pemilihan itu, akan membuktikan bahawa lantikan beliau sebagai Ketua Menteri dibuat dengan betul dan mendapat kelulusan semua ahli DAP.

“Saya tertanya-tanya bagaimana Lim boleh menjadi Ketua Menteri ketika dia tidak mempunyai jawatan di peringkat negeri dalam DAP Pulau Pinang.

“Kerana itu, mengapa Chow Kon Yeow lebih sesuai kerana dia adalah Pengerusi DAP Negeri ketika Lim sendiri tidak mempunyai sebarang jawatan,” kata Huan dalam sidang akhbar, hari ini.

Pada pemilihan DAP negeri 2013, Guan Eng tidak bertanding sekalipun beliau adalah ahli DAP Pulau Pinang, ketika itu.


Pemilihan itu menyaksikan Kon Yeow muncul sebagai Pengerusi DAP Negeri yang bagi dengan undian tertinggi iaitu 621 daripada keseluruhan jumlah undia 661.

Cheng Guan berkata, dia menjangka Kon Yeow tidak akan menghadapi masalah untuk mendapat kembali jumlah undi hampir sana, atau pun lebih tinggi daripada populariti yang diraihnya ketika ini.

“Kita akan tengok Ahad ini,” katanya.

Cheng Guan berkata lagi, Guan Eng tidak seharusnya membiarkan peluang yang ada untuk bertanding kerana ia boleh membantu mmebaiki imej serta kredibilitinya yang sudah rosak dan tercalar.

Beliau berkata, sekalipun menjawat jawatan Ketua Menteri dan Setiausaha Agung parti, Guan Eng tidak mendapat sokongan dalaman DAP dan ia bukan rahsia.

Malah, beliau merujuk kepada contoh di mana Guan Eng hanya mampu meraih 1,575 undian pada Pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC).

“Lebih teruk, dia hanya mampu meraih 1,304 undian pada pemilihan semua CEC pada 2013 dengan kedudukan kelima tertinggi.

“Maka, soalan saya adalah bagaimana orang seperti ini yang meraih undian kelima tertinggi boleh menjadi Setiausaha Agung DAP?” personal Cheng Guan.

Tuesday, 17 November 2015

ADUN PKR Gambarkan Bajet 2016 Kerajaan DAP Anaktirikan Rakyat Di Kawasan Kampung.


GEORGE TOWN, 16 Nov (Bernama) -- Anggota Dewan Undangan Negeri daripada PKR Dr Norlela Ariffin hari ini mempersoalkan Bajet 2016 kerajaan pimpinan DAP Pulau Pinang yang tidak memberi peruntukan kepada kawasan perkampungan untuk mewujudkan produk pelancongan baharu.

Dr Norlela (PKR-Penanti) berkata dalam Bajet 2016 yang dibentang Ketua Menteri Lim Guan Eng pada 6 Nov lepas, sebanyak RM31.93 juta diperuntukkan untuk produk pelancongan di kawasan George Town dan bahagian pulau negeri ini.

Beliau turut mempersoalkan sama ada kerajaan Pakatan Harapan yang sebelum ini Pakatan Rakyat benar-benar melaksanakan janji untuk memperjuangkan nasib golongan yang tertindas dan paling memerlukan di negeri ini.

"Jika ya, Bajet 2016 perlu mencerminkan belanjawan yang memperjuangkan nasib golongan yang paling memerlukan dan bajet yang dapat bantu kawasan yang paling memerlukan," katanya ketika membahaskan Bajet 2016 Pulau Pinang pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini Isnin.

Beliau berkata kerajaan negeri mengiktiraf dan mempromosi industri inap desa sebagai produk pelancongan di negeri ini namun dalam Bajet 2016 langsung tidak memberi peruntukan untuk program inap desa khususnya di kawasan kampung.

"Bajet 2016 ini tidak nampak peruntukan yang jelas untuk pembangunan pelancongan kampung, homestay (inap desa) dan sungai tetapi hanya tertumpu kepada pelancongan di kawasan bandar," katanya.

Dr Norlela berkata kawasan kampung seperti di Penanti tidak harus diabaikan oleh kerajaan negeri kerana ia juga mempunyai potensi untuk menjana pertumbuhan ekonomi.

Beliau berkata kerajaan negeri harus memberi lebih perhatian kepada pembangunan perkampungan dengan membina lebih banyak infrastruktur seperti jalan, parit dan dewan orang ramai.

Luahan Norlela itu turut mendapat sokongan Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Datuk Jahara Hamid (BN-Teluk Ayer Tawar) yang memahami masalah dihadapi wakil rakyat PKR itu.

Jahara berkata masalah banjir di Penanti berlaku sejak sekian lama dan masih gagal diatasi kerajaan negeri sehingga kini.

-- BERNAMA

Ayuh Berdialog Tentang Isu Semasa.


Hebahan awam.

Semua adalah dijemput untuk hadir dan kembangkan minda untuk mendengar penjelasan berhubung isu- isu semasa yang melanda negara.

Saya ADUN PAS tetapi sokong DAP - Salleh Man


PULAU PINANG 16 Nov. – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir, Datuk Mohd. Salleh Man menegaskan keputusan Pas Kawasan Permatang Pauh memutuskan hubungan dengannya tidak memberi sebarang kesan terhadap beliau.

Ini kerana menurut Mohd. Salleh, hubu­ngan beliau dengan Pas negeri dan Pas Pusat masih baik dan berjalan seperti biasa.

Katanya, walaupun ‘ditolak’ Pas kawasannya sendiri, beliau akan meneruskan tugas seperti biasa selaku wakil rakyat di Permatang Pasir.

“Saya masih ADUN Pas dan ahli Pas seumur hidup, begitupun, saya menyokong DAP yang mentadbir negeri ini,” katanya ketika ditemui pemberita pada sidang Dewan Undangan Ne­geri (DUN) di sini hari ini.

Bekas Pesuruhjaya Pas negeri itu hari ini menjadi buruan media susulan kenyataan Yang Dipertua Pas Kawasan Permatang Pauh, Omar Hassan malam tadi yang memutuskan hubungan dengannya kerana secara terbuka menyokong DAP.

Ditanya tentang ke­pu­tusannya yang masih ahli Pas tetapi menyokong DAP meskipun kedua-dua parti itu tidak lagi mempunyai hubungan, Mohd. Salleh berkata, perkara berkenaan diserahkan sepenuhnya kepada Pas Pusat.

“Doakan yang terbaik untuk saya dan saya akan terus bangkitkan isu rakyat,” katanya.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/saya-adun-pas-tetapi-8232-sokong-dap-8211-mohd-salleh-1.159227#sthash.ojDxQwLa.dpuf

Saturday, 14 November 2015

Kerajaan Pulau Pinang, JKKK Negeri Gagal


Tiada keperluan menubuhkan Badan Peronda Sukarela (BPS) di Pulau Pinang memandangkan sudah banyak agensi kerajaan Pusat yang boleh memantau keselamatan penduduk negeri itu.

Sebaliknya, Kerajaan DAP Pulau Pinang patut menumpukan kepada mengemas kini pengurusan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) bagi memastikan keselamatan penduduk lebih terjamin.

Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Pulau Pinang, Datuk Seri Zainal Abidin Osman berkata sejak di bawah pentadbiran kerajaan Pulau Pinang kini, JKKK negeri gagal memainkan peranan mereka berikutan banyak pejabat JKKK tidak dapat menganjurkan aktiviti sepanjang tahun.

Beliau berkata, mengikut Perlembagaan negara, sebarang masalah berhubung keselamatan rakyat adalah di bawah tanggungjawab kerajaan Persekutuan.

Bercakap kepada media selepas merasmikan Program Kesejahteraan Rakyat tentang Kesedaran Kesihatan di Nibong Tebal, Sabtu, Zainal Abidin berkata, banyak agensi kerajaan Persekutuan seperti Polis, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) dan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) yang boleh menjaga keselamatan dan ketenteraman orang awam.

“Sekiranya penubuhan BPS adalah semata-mata untuk menggantikan Pasukan Peronda Sukarela (PPS), saya rasa ia tidak perlu kerana isu PPS masih dalam proses tindakan mahkamah,” katanya.
 
Copyright © 2014 PenangKini.