BREAKING NEWS

Tuesday, 19 July 2016

300 Rumah Terjejas Banjir


Balik Pulau: Kira-kira 1,500 penduduk membabitkan 300 rumah terjejas akibat banjir kilat di Kampung Teluk Bahang dan Kampung Teluk Awak, di sini, semalam.

 Ahli Parlimen Balik Pulau Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata, setakat ini hanya lima keluarga ditempatkan di Balai Rakyat Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) Teluk Bahang buat sementara waktu.

Katanya, rumah yang terjejas itu kini masih dipantau kerana ada penghuniya enggan berpindah. "Kebanyakan penghuni enggan berpindah kerana bimbang kediaman mereka diceroboh dan barang berharga milik mereka hilang.

 "Siasatan mendapati hanya dua kampung terjejas iaitu Kampung Nelayan Teluk Bahang dan Kampung Teluk Awak dan kerja pembersihan akan dilakukan mulai esok," katanya.-SUMBER
 
Copyright © 2014 PenangKini.