BREAKING NEWS

Tuesday, 19 July 2016

Jambatan Ketiga: Kerajaan DAP P.Pinang Terus Menipu


KERAJAAN DAP Pulau Pinang meneruskan siri penipuan mereka apabila sehingga hari ini masih belum mengemukakan dokumen hasil kajian sedia ada mengenai cadangan membina jambatan ketiga Pulau Pinang yang menghubungkan Gurney Drive dan Bagan Ajam.

Ramai yang tidak faham bagaimana isu tidak mengemukakan dokumen projek jambatan ketiga ini boleh dikategorikan sebagai satu penipuan oleh DAP.

Jika masih ingat, kerajaan DAP Pulau Pinang sebelum ini berkeras mahu membina terowong bawah laut yang akan menelan belanja yang besar sekiranya projek tersebut dilaksanakan. Malah, hasil kajian untuk membolehkan projek tersebut dilaksanakan pun telah menelan belanja yang besar.

Di hujung hasil kajian tersebut, difahamkan projek terowong bawah laut tidak dapat diteruskan kerana dipercayai laluan yang dikaji itu tidak sesuai untuk dibina.

Oleh disebabkan itu, kerajaan DAP Pulau Pinang telah mengambil keputusan untuk menggantikan terowong bawah laut tersebut dengan jambatan ketiga.

Walaupun DAP Pulau Pinang mahu menggantikan terowong tersebut dengan jambatan ketiga, namun kerajaan DAP Pulau Pinang sehingga hari ini masih belum mengemukan dokumen jambatan ketiga tersebut kepada Kementerian Kerjaya Raya.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof pada Jumaat memberi peringatan kepada kerajaan Pulau Pinang buat kali keempat untuk mengemukakan kajian sedia ada dan dokumen cadangan jambatan ketiga sebelum Jumaat depan.

"Bagaimanapun, tiga kali termasuk kenyataan hari ini, Ketua Menteri Pulau Pinang tidak mengendahkan permintaan ini dan memberi alasan kajian kebolehlaksanaan yang baharu untuk jambatan itu akan lebih mahal dan mahukan satu kelulusan secara dasar terlebih dahulu," katanya dalam kenyataan itu.

Bila DAP Pulau Pinang sehingga hari ini tidak mengemukan dokumen tersebut kepada Kementerian Kerja Raya, apa yang boleh dikatakan adalah DAP Pulau Pinang tidak serius untuk membina jambatan ini.

Besar kemungkinan mereka tetap mahu membina terowong bawah laut seperti yang diidamkan mereka sebelum ini.

Kalau betul DAP Pulau Pinang serius nak bina jambatan ketiga ini demi rakyat khususnya rakyat Pulau Pinang, sudah tentu awal-awal lagi mereka akan menyerahkan dokumen-dokumen yang diperlukan.
— KLXpress
#LGExit #Dap #DapRasis #DapCauvinis #Diktator #KerajaanDapPenang #RakyatDidahulukan #RespectMyPM #MelayuBersatu

 
Copyright © 2014 PenangKini.