BREAKING NEWS

Saturday, 16 July 2016

PAS tegas tak sertai Pakatan Mahathir- Hadi Awang



PAS menolak untuk menyertai Pakatan Mahathir bersama parti-parti pembangkang bagaimanapun sedia untuk bekerjasama bagi memastikan satu lawan satu antara calon parti pembangkang menentang BN dalam pilihanraya umum akan datang.

Dua perkara tersebut ditegaskan masing-masing oleh Presiden PAS Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ketua Pemudanya Nik Mohamad Abduh Nik Aziz.

Menurut Haji Hadi berkata, PAS tidak menyertai pakatan baru pembangkang itu kerana mereka mempunyai visi perjuangan sendiri.

"PAS mempunyai dasar dan misi tersendiri. Kami tidak campur apa yang bukan kami perjuangankan sementara perjuangan kami diketepikan," katanya kepada pemberita selepas selesai Solat Jumaat di Rusila Terengganu tadi.

Beliau menambah bahawa ia tidak pasti jika pakatan baru antara penyokong bekas Perdana Menteti Tun Mahathir Mohamad - dengan DAP, PKR, PAN akan terus hidup.

"Kami tidak mempunyai masalah untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak yang selari dengan kita, terutama apabila ia datang kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan Islam. (Tetapi) kita tidak mahu orang lain masuk campur dalam hal-hal yang melibatkan orang Islam.

"Dan jika gangguan itu berlaku dan kita diserang, maka kita tidak mempunyai pilihan tetapi untuk mempertahankan dan melawan, tidak kira jika ia adalah UMNO, DAP, PKR, atau PAN.

"Kami sentiasa cuba bekerjasama dengan pihak-pihak lain tetapi pada akhirnya, kita menjadi sasaran," katanya.

Sementara itu, Ketua Dewan Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz berkata parti itu masih menunggu respon daripada DAP, agar hubungan kerjasama sebagaimana yang berlaku pada 2008 dapat dijalinkan semula.

"Isunya sekarang adalah benda itu sudah jauh berlaku, DAP masih keras dan melahirkan Parti Amanah Negara (PAN). Semua ini bagi saya kita tunggu jawapan sebelah sana sama ada mereka boleh kembali kepada asal kalau tidak, itu (gencatan senjata) tidak akan berlaku," katanya kepada pemberita.

Beliau sebelum itu menghadiri majlis serahan memorandum bantahan kepada Kedutaan Myanmar anjuran Pemuda PAS hari ini.

Bagaimanapun, tegas Ahli Parlimen Pasir Mas itu, gesaan Tuan Ibrahim tidak menjurus kepada PAS menyertai PH, sebaliknya ia lebih kepada kerjasama politik bagi menghadapi Pilihanraya umum ke 14 (PRU14) akan datang.

"Pakatan Harapan bergabung dengan PAS? Tidak akan berlaku," katanya lagi.

Kerjasama sebelum 2008 adalah pembangkang bertanding satu lawan satu menghadapi BN.

Jika formula ini diterima, pihak yang paling rugi adalah PAN yang dirubuhkan DAP untuk menggantikan PAS.

Sebelum ini Pengarah pilihanraya PAS Datuk Mustapa Ali berkata kerjasama politik seperti tahun 2008 di mana PAS tidak bekerjasama dengan DAP tetapi bersama dengan PKR setelah DAP keluar daripada Barisan Alternatif pada tahun 2001.

"Waktu itu PAS tidak duduk semeja dengan DAP tetapi boleh berlaku satu lawan satu dengan BN, yang mana ketika itu Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi perantara.

"Begitu juga pada tahun 1990 dan 1995, PAS menjalin kerjasama dengan Semangat 46 dan tidak juga duduk semeja tetapi boleh lawan BN satu lawan satu. Tidak berlaku tiga penjuru. Tengku Razaliegh Hamzah sebagai perantara," kata Mustafa.
 
Copyright © 2014 PenangKini.