BREAKING NEWS

Wednesday, 27 July 2016

PROJEK LANDASAN KERETAPI RM60 BILION SEBAGAI ‘BAILOUT’ YANG TIDAK WUJUD



Hari ini, Sarawak Report telah menuduh kerajaan menaikkan kos Projek Landasan Keretapi Pantai Timur dari RM30 bilion kepada RM60 bilion untuk menyelamatkan Jho Low dan 1MDB - lengkap dengan dokumen yang mencurigakan.

Ini adalah apa yang ditulis mereka:

Pelan licik PM adalah untuk memujuk kerajaan bersetuju untuk menaikan kos pembinaan Landasan Keretapi Pantai Timur dari RM30 bilion kepada RM60 bilion, yang akan dipinjam dari kerajaan China, untuk secara tersembunyi melangsaikan hutang 1MDB dan Jho Low!

Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL) adalah salah satu projek yang telah lama dirancang yang diletakkan di bawah RMK11 yang menghubungkan Kuala Lumpur dan 3 negeri Pantai Timur. Ianya sepanjang 620KM dan melibatkan banyak pengerudian bawah tanah. Majlis Pembangunan Ekonomi Wilayah Pantai Timur telah merangka jajaran landasan keretapi yang menghubungkan pelabuhan utama, pusat perniagaan dan bandar di Pahang, Terengganu dan Kelantan dan ianya penting untuk terus merangsang pertumbuhan di Pantai Timur.

Ia dijangka mengambil masa 15-20 tahun untuk disiapkan kerana banyak melibatkan kerja bawah tanah dan penggerudian terowong merentasi Banjaran Titiwangsa. Ini bukan projek main main. Berikut adalah cadangan laluan menurut laman web SPAD.

Terdapat pelbagai masalah di dalam ‘pendedahan’ Sarawak Report itu. Antaranya:

Projek itu sudah dijangka akan mencecah RM60 bilion (bukan RM30 bilion seperti yang disebut Sarawak Report) beberapa tahun lepas.
Berikut adalah rujukan untuk projek ini:

18 April 2013 East Coast Rail Line May Cost RM60 Billion

9 October 2013 Rail-related projects to create oasis of opportunities

16th May 2016 ECRL MAY COST RM70 BILLION

Projek ini sudah pun dibincangkan secara terperinci di dalam forum Malaysia yang popular seperti Low Yat dan Skyscraper City pada tahun 2013 dengan kos RM60 bilion sering disebutkan.

Lagi satu masalah adalah projek ini adalah Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI), yang bermakna projek ini dibiayai oleh pihak swasta. Takkan pula swasta nak menyelamatkan 1MDB, bukan?

2. RM60 bilion bukan terlebih bayar

Pada harga RM60 bilion, projek sepanjang 620M ini - landasan dan keretapi - akan merentasi Banjaran Titiwangsa dan antara kerja yang terlibat adalah penggerudian batu dan pembinaan jambatan yang menelan belanja RM96.7 juta setiap kilometer.

Ini sangat murah jika dibandingkan dengan projek terowong dasar laut Pulau Pinang di mana kerajaan Pulau Pinang telah menandatangani perjanjian RM3.5 bilion untuk membina terowong sepanjang 6.3KM - iaitu kos sebanyak RM555 juta setiap kilometer.

Membuat terowong dasar laut di kawasan landai dan bertanah lembut adalah lebih murah dari menggerudi dan membuat terowong merentasi banjaran berbatu  lalu menjadikan RM96.7 juta per kilometer satu harga yang cukup murah berbanding dengan RM555 juta per kilometer.

Malah, kerajaan pulau pinang telah menganugerahkan projek kajian kesesuaian dan rekabentuk untuk terowong dan 3 jalan utama sepanjang 20.3KM yang menelan belanja RM305 juta. Separuh daripadanya telah dibayar.

Dan lagi pelik, selain dari membayar kos penuh pembinaan terowong itu, kerajaan Pulau Pinang juga membenarkan 30 tahun konsesi tol kepada syarikat yang sama yang dibayar untuk membina terowong itu. Perjanjian konsesi paling pelik di dunia.

Jika ada projek yang perlu disiasat kerana kos yang melampau, sudah pasti mereka yang meluluskan projek terowong pulau pinang - dan bukan ECRL.

Satu lagi projek yang boleh memberikan panduan berkenaan kos adalah Terowong Gotthard Base iaitu terowong keretapi yang merentasi Alps di Switzerland. Ianya dibuka pada 1 Jun 2016 dan dijangka beroperasi sepenuhnya pada Disember 2016. Sepanjang 57.09KM, ianya menelan belanja sebanyak USD12 bilion (RM48 bilion).

Dengan menganggap hanya 10% dari keseluruhan 620Km melibatkan penggerudian banjaran titwangsa, atau 62Km, maka kos RM60 bilion adalah munasabah.

Dan ada lagi satu projek yang dibiayai oleh kerajaan China juga - landasan keretapi untuk penumpang dan kargo antara Mombasa, pelabuhan terbesar di Timur Afrika dan Nairobi, ibu negara Kenya.

Landasan sepanjang 609KM ini mula dibina pada tahun 2013 dan dijadualkan siap pada Disember 2017, menelan belanja USD13.9 bilion (RM56 bilion). Kosnya rendah kerana ianya dibina awal dan tidak terdapat banyak penggerudian terowong yang terlibat kerana kawasan landai Afrika.

Jadi, anda fikir RM60 bilion untuk projek ECRL sepanjang 620KM yang akan dibangunkan di dalam tempoh 15-20 tahun melalui banjaran gunung adalah tinggi?

Juga, selepas beberapa kajian kesesuaian dibuat - terbaru pada tahun 2005, SPAD telah mengeluarkan RFI mengikut harga pasaran pada Mac tahun ini.

Dengan RFI terbuka, sangat sukar menyaksikan harga akan melambung seperti yang didakwa Sarawak Report.

3. Dakwaan bailout oleh Sarawak Report Tidak Masuk Akal

Antara yang menjadi sasaran dakwaan bailout ini adalah Putrajaya Perdana Berhad (PPB) dan Loh Loh Corp (LLCB) seperti yang dilaporkan oleh Sarawak Report

Saya tak pasti apa bail out yang dimaksudkan sekirang orang China ini hendak mengambialih syarikat bekas senaraian awam pada harga 13.5 kali dan dan 7.5 kali Price-Earnings Ratio (PE Ratio).

Malah syarikat senaraian awam Gamuda diniagakan pada 18 kali nisbah PE dan Binapuri 28 kali nisbah PE.

Jika ini adalah bailout maka harga untuk bailout dua syarikat yang membuat untung dengan rekod yang cemerlang adalah sangat rendah dan di bawah harga pasaran.

Satu lagi perkara yang tidak masuk akal adalah apabila Sarawak Report mengatakan orang China akan membeli tanah Air Hitam di Pulau Pinang pada harga USD850 juta (RM3.4 bilion).

Satu lagi masalah adalah tanah Air Hitam tidak dianggap aset hilang jadi keuntungan jualan akan masuk ke dalam poket 1MDB dan bukan IPIC, yang asetnya dikatakan hilang.

Jadi mengapa duit yang akan masuk ke poket 1MDB akan digunakan untuk menanggung aset yang hilang di IPIC?

Mungkin Sarawak Report boleh menjelaskannya.

Kesimpulan :
Maafkan saya, tetapi dakwaan Sarawak Report ini langsung tidak masuk akal. Ia seolah-olah satu cubaan untuk menggagalkan satu projek infrastruktur yang sah oleh China di Malaysia yang pastinya akan memberikan banyak manfaat ekonomi di Pantai Timur semenanjung.

Mengapa anda ingin mensabotaj hubungan China-Malaysia dan pembangunan ekonomi negara kita?

1MDB kini sedang memfokuskan untuk menyelesaikan pertikaian dengan IPIC dan jika berjaya, ini bermakna 1MDB tidak kehilangan wang, seperti yang dijelaskan di dalam tulisan saya sebelum ini.

http://limsiansee.blogspot.my/2016/07/the-rm60-billion-rail-link-bailout-that.html?m=1
 
Copyright © 2014 PenangKini.