BREAKING NEWS

Wednesday, 20 July 2016

Pusat Pemindahan Banjir Kedua Dibuka Di Teluk Kumbar


GEORGE TOWN: Sebuah lagi pusat pemindahan sementara dibuka pada pagi Selasa di daerah Barat Daya bagi menempatkan mangsa banjir di Teluk Kumbar dekat sini berikutan hujan yang kembali lebat di kawasan itu.

Pusat pemindahan sementara di Dewan Gerakan Masyarakat Teluk Kumbar itu menempatkan 19 orang daripada lapan keluarga.

Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) daerah Barat Daya dalam kenyataan berkata setakat pukul 6.15 pagi ini, seramai 30 mangsa banjir daripada 13 keluarga ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara.

Sebelas orang daripada lima keluarga ditempatkan di Perpustakaan Komuniti Siber Ilmu, Teluk Bahang manakala selebihnya di Teluk Kumbar.

Hujan kembali lebat di Teluk Kumbar dan Teluk Bahang awal hari ini dengan air laut pasang. Cuaca keseluruhan di Pulau Pinang pagi ini mendung dengan hujan yang sesekali lebat.

Hujan lebat sejak pagi semalam menyebabkan beberapa kawasan rendah di Pulau Pinang termasuk Bayan Lepas, Batu Maung, Relau dan Teluk Bahang serta Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dilanda banjir.
#Banjir #RakyatDidahulukan #RespectMyPM
 
Copyright © 2014 PenangKini.