BREAKING NEWS

Tuesday, 26 July 2016

RM10.4 JUTA 1MDB SUMBANG UNTUK PROGRAM HAJI TAHUN INI


DIKALA syarikat pelaburan strategik yang ditubuhkan oleh kerajaan dijadikan sasaran utama untuk menumbangkang Perdana Menteri Datuk Sri Mohd Najib Tun Razak, mungkin ramai tidak tahu bahawa dalam masa sama syarikat berkenaanlah antara yang sentiasa menggerakkan inisiatif untuk program khidmat masyarakat di negara ini.
Yang dimomokkan di media sosial kepada orang ramai adalah, syarikat 1Malaysia Development Berhad atau 1MDB ini merupakan sebuah syarikat yang digunakan untuk “mencuri wang rakyat” oleh Najib Tun Razak. Namun, tahukah kita bahawa orang yang dituduh iaitu Najib Tun Razak telah menjawab isu ini sejak Februari 2015 yang lalu. Seterusnya disusuli dengan pelbagai siri jawapan berfakta oleh bekas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, CEO 1MDB Arul Kanda Kandasamy dan lain-lain pihak berautoriti.
Persoalan dan pertuduhan demi pertuduhan yang telah dijawab itu akhirnya membuktikan bahawa, setiap serangan keatas 1MDB hanyalah sebuah fitnah dengan tujuan mengubah persepsi orang ramai terhadap kepimpinan negara, termasuklah tuduhan fitnah awal yang dilontarkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed.
Yang orang ramai tidak tahu pula adalah penglibatan Yayasan 1MDB dalam mengurangkan beban rakyat di negara ini melalui inisiatif CSR nya sejak dari dahulu lagi.
Program Yayasan 1MDB ini terbahagi kepada tiga kelompok besar iaitu pendidikan, kualiti hidup dan pembangunan belia.
Sebagai contoh, pemberian dana kepada PIBG di sekolah, geran akademik kepada sekolah agama, sekolah persendirian Cina, untuk pelajar Sri Murgan Centre (SMC) dan untuk para calon SPM/STPM. Juga Yayasan 1MDB turut membantu Projek Kantin Rancangan Makanan Tambahan (RMT) untuk para pelajar miskin dan fakir.
13680066_1224944754216095_2393074440460388789_o
Dalam kelompok pembangunan belia dan kualiti hidup pula seperti, Dana Belia 1Malaysia, program perumahan untuk rakyat termiskin, Klinik Bergerak 1Malaysia, projek Majudiri, Skim Kredit Mikro KOJADI, perluasan perkhidmatan Institut Jantung Negara (IJN) ke kawasan luar bandar, Nadi Kasih, pemberian bantuan bot kepada nelayan dan khidmat masyarakat untuk Orang Asli.
Satu lagi CSR yang paling terkesan kepada masyarakat Melayu beragama Islam di peringkat akar umbi adalah Program Khas Haji yang diilhamkan oleh Najib Tun Razak sendiri sejak 2011.
Melalui program ini, Perdana Menteri, Yayasan 1MDB dan Tabung Haji memperuntukkan sejumlah kuota khas untuk mereka yang terpilih iaitu dari kalangan pemimpin masyarakat dan agama di kampung-kampung untuk mengerjakan ibadah haji dengan ditanggung sepenuhnya oleh pihak Yayasan 1MDB.
Untuk tahun ke enam (2016) ini, Perdana Menteri telah bersetuju menghantar seramai 1,100 orang jemaah haji khas dengan peruntukan sebanyak RM10.4 juta.
Mungkin kerana manfaat besar yang diperoleh oleh orang ramai ini telah menyebabkan pihak pembangkang cuba menghasut fikiran rakyat Malaysia untuk membenci Perdana Menteri.
Mereka sedar, sekiranya Najib Tun Razak terus menjadi Perdana Menteri untuk penggal seterusnya, harapan pembangkang untuk menentang parti Umno dan Barisan Nasional mungkin akan mengalami jalan yang lebih sukar.
Oleh sebab itu, dalam kita meneliti segala berita yang diviralkan khususnya dalam media sosial, lebih baik kita siasat kesahihannya terlebih dahulu agar kita tidak terpengaruh dengan fitnah. –Tv14
NR1
NR2
NR3
NR4
 
Copyright © 2014 PenangKini.