BREAKING NEWS

Tuesday, 19 July 2016

Teluk Bahang Dilanda Banjir Kilat


BALIK PULAU – Penduduk di kawasan Teluk Bahang terjejas teruk selepas kawasan terbabit dilapor dinaiki air setinggi 0.5 meter petang ini, susulan hujan lebat sejak malam dan tengah hari tadi.

Penduduk termasuk di Kampung Mukim 1, Teluk Bahang serta beberapa kawasan perumahan diarah berpindah selepas air mula memasuki rumah sekitar jam 3.00 petang dan menyebabkan jalan raya hanya boleh dilalui kenderaan berat.

Menurut jurucakap Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) daerah barat daya, sebanyak lima pasukan daripada jabatan berkenaan telah dikerahkan untuk memberi bantuan kepada penduduk yang terjejas.

“Kami akan menghantar sebanyak mana bot penyelamat untuk membantu penduduk,” ujarnya.

Bomba dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dilapor dalam perjalanan ke lokasi bagi membantu penduduk terjejas.

Sungai Batu dan Teluk Kumbar turut dilapor berada dalam keadaan berjaga-jaga susulan paras sungai yang semakin tinggi serta hujan lebat berterusan.

Difahamkan, antara sebab utama terjadinya kejadian banjir di Pulau Pinang termasuk kes pembangunan tidak terkawal, aktiviti penggondolan bukit dengan kebenaran pembangunan di sekitar lereng-lereng bukit serta tambakan laut dengan proses mitigasi sempurna di kawasan sekitar.

Antara kawasan yang terjejas dengan banjir termasuk Jalan Permatang Damar Laut ke Batu Maung atau ke Bayan Lepas, Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, Bukit Gambir, Paya Terubong, Air Itam dan beberapa jalan di bandar ini.

Di kawasan Bukit Belah (Jalan Bayan Lepas ke Teluk Kumbar) ekoran banjir lumpur berpunca daripada projek-projek pembinaan di situ, malah pihak kontraktor terlibat dalam projek pelebaran jalan itu digesa dapat buat sesuatu bagi mengatasi masalah banjir kilat

Untuk rekod, banjir di Pulau Pinang telah berlaku beberapa kali sejak tahun 2014 termasuk pada ;

➡️ 23 September 2015
➡️ 5 Ogos 2015
➡️ 3 Ogos 2015
➡️ 4 Oktober 2014
➡️ 21 September 2014
➡️ 1 April 2014

#Banjir #DapRasis #DapCauvinis #Diktator #KerajaanDapPenang #RakyatDidahulukan #RespectMyPM #MelayuBersatu

 
Copyright © 2014 PenangKini.