BREAKING NEWS

Friday, 22 July 2016

Tuan Guru Salleh Musa meninggal dunia


SIK - Tokoh ulama negara, Tuan Guru Salleh Musa, 87, dilaporkan meninggal dunia kira-kira 8.15 malam tadi.

 Perkara itu disahkan sendiri oleh anaknya Muslim Salleh, 41, kepada Sinar Harian sebentar tadi. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.

Berikut adalah biodata beliau yang mengagumkan.

BIODATA TOKOH ULAMAK KEDAH (Telah Dikemaskini)

AL ALIM AL ALLAMAH TUAN GURU HJ SALLEH MUSA حفظه الله

Nama : Tuan Guru Hj Salleh bin Musa
Tarikh Lahir : 08.12.1929
Ayah : Tuan Guru Hj Musa Bin Salleh
Ibu : Khatijah Bt Md Saad Mehamad
Tempat Lahir : Pekan Sik, Kedah
Bilangan Adik Beradik : 8 orang
Anak ke : 3

Pendidikan :
1. Sek Rendah Keb Sik (Dan Ke Pondok Tn Hussin Kedah,
Kemudian Ke Pondok Tn Guru Hj Mad Nawawi Gurun Kedah, Ini
Kurang Mashur Kerana Tn Guru Sekejap Sahaja Disana)
2. Pondok Pak Chu Him Gajah Mati Pendang Kedah
3. Darul U'lum Makkah Dan Menamatkan Sijil Kepujian A'liy
4. Kemudian Mendalami Ilmu Agama Di Masjidil Haram Makkah
Bersama Ulama' Terkemuka Dunia Diantaranya Syeikh Ismail
Fathoni , Syeikh Yasin Al Fadani , Syeikh Abd Qodir Mandili ,
Syeikh Sayyid Alawi Al Maliki , Syeikh Sayyid Amin Qutubi Dan
Syeikh Muktabar Lainnya.

Berkahwin Dengan Hjh Hatiah Bt Hanafi.
Mendapat 2 Orang Cahaya Mata Semasa Belajar Di Makkah.
(Tn Guru Memiliki 11 Orang Cahaya Mata Semuanya).
Kini Isteri Beliau Sudah Meninggal Dunia Dan Tn Guru Sekali
Lagi Berkahwin Dengan Hjh Sofiah Bt Hj Awang.
Tahun 1964 Tn Guru Pulang Ke Tanah Air Dan Terus
Berkhidmat Membantu Mengajar Di Pondok Ayah Beliau Di
Pekan Sik, Kedah.

Tn Guru Menggantikan Ayah Beliau Sebagai Mudir Madrasah Ar
Rahmaniah Hingga Sekarang.Sekarang Tn Guru Dibantu Oleh Anak Beliau Syeikh Muslim Sebagai Timbalan Mudir. Tn Guru Menumpukan Dakwah Sepenuh Masa Di Pondok Hingga Sekarang Dan Beliau Menyampaikan Dakwah Di Setiap Daerah Di Sekitar Negeri Kedah Darul Aman.

KDYMM Sultan Kedah Telah Menganugerahkan Beberapa Pingat
Kebesaran , Diantaranya B.K.M , S.D.K Dan Tokoh Pendakwah
Negeri Kedah Tahun 2009,
Pada Tahun 2010, MB Kedah YAB Dato' Seri Di-Raja Ust
Azizan Abd Razak Menganugerahkan Kepada Beliau Tokoh
Pondok Negeri Kedah , 2011 Beliau Dinobat Sebagai Tokoh
Ilmuan Daerah Sik Oleh Pegawai Daerah Sik.
Sekarang Ulama' Arab Terutamanya Thailand , Yaman ,
Jordan , Mesir , Indonesia Sering Menziarahi Tn Guru Kerana
Tn Guru Merupakan Ulama' Yang Sempat Mendalami Ilmu
Agama Dengan Ulama' Muktabar Masjidil Haram Makkah Satu
Ketika Dulu...

Antara Masyaikh (Hafizohumullah) Yang Pernah Menziarahi
Beliau :-
- Syeikh Yusuf Muhyiddin Riq El-Bakhur Al-Hasani
- Syeikh Muhammad Ibrahim Al-Kattani (Mesir)
- Syeikh Ahmad Mamduh (Ahli Majlis Tertinggi Fatwa Mesir)
- Syeikh Solah Khalifah Muhammad Khalifah.
- Habib Muhsin Al-Yamani
- Tuan Guru Ismail Sepanjang
- Habib Kazim (Yaman )
- Habib Abdullah (Jeddah)
- Syeikh Habib (Jordan)
- Habib Ali Zainal Abidin (Indonesia)
- Baba Karim (Thailand)
- Syeikh Ibrahim  Ibn Masran Al-Banjari
- Syeikh Muhammad Husni Ginting Bin Muhammad Hayat
- Tuan Guru haji Ghazali Ahmad (Baba Li)
- Syeikh Rohimuddin Al-Bantani
Dan ramai lagi....

Saudara Yang Saya Kasihi ,Tn Guru Hj Salleh Merupakan Ulama
Yang Terkenal Di Kedah Sekarang Kerana Beberapa Faktor
Ketokohan Beliau , Diantaranya Beliau Merupakan Tn Guru
Pondok Yang Paling Tua Nisbah Umur Dikalangan Tn Guru
Pondok Di Sekitar Kedah.

- Ke 2 Beliau Merupakan Tokoh Ulama' Tauhid Di Alam Melayu
Sekarang , Pelajar Pondok seluruh Malaysia , Thailand Akan
Berkumpul Di Pondok Tn Guru Hj Salleh Sik Setiap Bulan
Ramadan Semata-Mata Untuk Belajar Ilmu Tauhid Dengan Tn
Guru Hj Salleh

- Ke 3 Beliau Sangat Petah Dalam Menyampaikan Ilmu Dan
Dakwah , Mudah Difahami Apa Yang Beliau Syarahkan. Kuliah
Mingguan Beliau Setiap Hari Jumaat (Tidak Kurang Dari 3000
Orang Yang Hadir) . Setiap Hari Beliau Gigih Mengajar Di
Madrasah Ar Rahmaniah Dan Beliau Keluar Menyampaikan
Dakwah Hampir Ke Seluruh Daerah Di Dalam Negeri Kedah ,
Juga Hampir 24 Tempat Beliau Jelajah Setiap Bulan , ALLAH
Beri Taufiq Pada Beliau , Walau Usia 83 Tahun (Tahun 2013)
Tetap Beliau Masih Bertenaga Menyebarkan Ilmu Agama Dan
Berjuang .

- Ke 4 Ketokohan Beliau Tidak Dapat Dinafikan Oleh Kawan
Dan Lawan , Tegas Dalam (Bab) Hukum Menyebabkan Ramai
Yang Suka Dengan Beliau. Allahyarham Tuan Guru Pak Teh
Keroh Pernah Berpesan Pada Muridnya "Kamu Semua Kena
(Perlu) Pakai(Ikut) Segala Fatwa Dari Tn Guru Hj Salleh Sik"

- Ke 5 Beliau Sangat Aktif Berjuang Untuk Memastikan Islam
Tertegak Di Dalam Negara Malaysia Yang Kita Cintai Ini.
Wadah Yang Beliau Pilih Adalah Parti Islam Se-Malaysia(PAS)
Kerana Ini Merupakan Amanat Dari Dua Orang Guru Mulia
Beliau Di Makkah Iaitu Syeikh Qodir Mandili dan Syeikh Wan
Ismail ( Pak Da Eil)

- Ke 6 Fikiran Beliau Sangat Terbuka

- Ke 7 Beliau Merupakan Tempat Rujuk Kepada Pimpinan
Tertinggi Parti Islam Se-Malaysia Peringkat Pusat & Negeri.
Seorang Ulama' Di Negeri Kedah Apabila Saya Menziarahi
Beliau, Beliau Berkata "Tn Guru Hj Salleh Merupakan Setengah
Daripada Orang Yang Memiliki Wilayah Yang Luas Dan Punya
Sahabat Dan Musuh, Semua Tunduk Padanya"...
Wallahu A'lam

Sumber: Page Madrasah Ar-Rahmaniah / Pondok Tuan Guru Haji
 
Copyright © 2014 PenangKini.