BREAKING NEWS

Monday, 29 August 2016

Bumiputera Harus Terus Kekal di Pulau Pinang


GEORGETOWN: Golongan Bumiputera Pulau Pinang dinasihat kekal di negeri itu walaupun mendapat tekanan hebat daripada kerajaan negeri pimpinan DAP. Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil, berkata golongan itu tidak perlu takut atau gentar dengan agenda pakatan pembangkang yang cuba mengusir anak jati Pulau Pinang dari kawasan bandar. Katanya,

kerajaan Pusat juga maklum mengenai dasar pilih kasih dan penindasan diketengahkan Kerajaan DAP Pulau Pinang terhadap rakyat di negeri ini, selain berusaha menyelesaikan masalah berkenaan.

"Kita harap Bumiputera Pulau Pinang tak lari dari kampung halaman mereka walaupun kita tahu kerajaan negeri sekarang membawa masuk orang luar untuk beli dan mendiami kebanyakan kawasan di negeri ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Tanjong lepas. -BH
 
Copyright © 2014 PenangKini.