BREAKING NEWS

Tuesday, 23 August 2016

LAWATAN DAN BANTUAN TERHADAP MANGSA TANAH RUNTUH


GEORGETOWN - Ketua Polis Balai Tanjong Tokong INSP Mohd Azri Bin Awang telah mewakili YDH. Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalathrash Bin Wahid bagi membuat lawatan serta menyampaikan sedikit bantuan terhadap mangsa yang mengalami kerosakan rumah akibat bencana tanah runtuh di Tanjong Tokong.

Sejumlah dua buah rumah yang dihuni oleh dua keluarga di Tanjong Tokong telah mengalami kerosakan akibat ditimpa bencana tanah runtuh yang berpunca daripada hujan lebat sehingga menyebabkan air bertakung dan berlakunya tanah runtuh.

Sekumpulan anggota Polis dari Balai Polis Tanjong Tokong yang menerima maklumat daripada orang awam telah ke lolasi kejadian dan membantu mangsa memindahkan barang-barang keperluan di rumah tersebut serta membantu mangsa ke Pusat Pemindahan sementara di Dewan Desiran Tanjong, Tanjong Tokong.

Pihak polis yang tiba dilokasi kejadian melahirkan rasa simpati terhadap mangsa dimana salah satu keluarga yang menjadi mangsa tanah runtuh adalah pasangan suami isteri yang berstatus warga emas serta tinggal bersama dua orang anak yang berstatus OKU.

#IPDTimurLaut
#PolisDanMasyarakatBerpisahTiada
 
Copyright © 2014 PenangKini.