BREAKING NEWS

Thursday, 25 August 2016

Majlis Bandaraya Pulau Pinang Roboh Gerai


RABU, 24 Ogos 2016

Pihak berkuasa MBPP bertindak sekali lagi meroboh 10 buah gerai yang terletak di sekitar sisir Pantai Jerejak hari ini, menimbulkan perasaan tidak puas hati pemilik-pemilik gerai tersebut.

Lebih malang apabila tiada tindakan daripada Adun N36, Pantai Jerejak iaitu YB Dato' Haji Mohd Rashid Bin Hasnon yang juga Timbalan Ketua Menteri.

Dimaklumkan oleh Tn Saiful Lizan (AJK Lajnah Tanah PAS Negeri Pulau Pinang) yang turut berada di tempat kejadian, ada peniaga memaklumkan bahawa mereka telah dijanjikan oleh pihak pemaju IVORY dengan pampasan diantara RM10K hingga 25K kepada setiap peniaga tetapi malangnya sehingga kini pampasan tersebut masih belum diterima.

Usahawan peniaga Melayu yang telah berusaha sejak tahun 2012 memajukan kawasan belukar ini sehingga menjadi tempat terkenal tumpuan masyarakat kini ditekan kerajaan DAP negeri yang lebih mementingkan pemaju daripada peniaga kecil-kecilan ini.
 
Copyright © 2014 PenangKini.