BREAKING NEWS

Wednesday, 24 August 2016

Penduduk kondo kecam k’jaan DAP abai rungutan

23 OGOS : Sekumpulan penduduk kondominum Cassia Resort di Butterworth pada Selasa mengecam kerajaan DAP Pulau Pinang yang tidak mengendahkan rungutan masalah yang dihadapi di unit kediaman mereka.

PPengerusi Badan Pengurusan Bersama (JMB) Chu Weng Yew mengkritik dua ADUN DAP, Lim Hock Seng (Bagan Jermal) dan Phee Boon Poh (Sungai Puyu) kerana tidak mempedulikan rungutan penduduk disitu.

 “Tolong jangan cuba keluar dan melarikan diri daripada isu itu hari ini. Mereka semua memegang jawatan tinggi dalam kerajaan negeri, kita mahu mereka mempunyai standard tertentu kepimpinan.

 “Mereka harus mempunyai keberanian untuk memohon maaf kepada rakyat di sini. Tiada siapa yang sempurna dan membuat kesilapan adalah perkara biasa. Hanya memohon maaf dan teruskan. Ini adalah kualiti pemimpin yang rakyat mahu,” kata Weng Yew dalam satu kenyataan dalam portal Malaysiakini.

L Hock Seng memegang jawatan exco negeri untuk kerja-kerja awam, utiliti, dan pengangkutan manakala Boon Poh bertanggungjawab dalam kebajikan, masyarakat penyayang dan persekitaran.
Kedua-duanya adalah ADUN DAP di Butterworth.

Rungutan penduduk termasuk perlu membayar tambahan untuk bekalan elektrik dan air yang terletak di tingkat dua Blok A.

 Satu lagi masalah mereka adalah kawasan longkang yang telah ditukar menjadi tempat letak kereta dan lapan unit tambahan di Blok A berbanding sebelum ini iaitu sebanyak 148 unit. Mereka juga menuntut hak milik strata untuk kediaman mereka yang kini dimiliki 100 peratus oleh pemaju.

 Setiausaha MCA Bahagian Bagan Dr Tan Chuan Hong berkata terdapat 156 unit di blok A Cassia. Beliau mempersoalkan di manakah 47 unit rumah kos rendah yang telah dirancang oleh pemaju. “Kami juga mahu tahu berapa banyak premium yang diterima kerajaan CAT dengan tidak membina rumah kos rendah? Di mana wang itu sekarang dan bagaimana ia dibelanjakan?

 “Berkenaan sistem perparitan untuk dijadikan tempat letak kereta, adakah kerajaan negeri memikul tanggungjawab jika kemalangan berlaku?” soal Chuan Hong.
 
Copyright © 2014 PenangKini.