BREAKING NEWS

Sunday, 18 September 2016

Antara politik bodoh sesetengah pemimpin DAP – Dr Maza


Antara politik bodoh sesetengah pemimpin DAP ialah membuat kenyataan yang menimbulkan kemarahan sesuatu kaum tanpa sebarang faedah kepada politik dan negara.

Jika pun ada perbezaan dengan orang yang baru meninggal, orang yang bijak akan menangguhkan pendapatnya pada waktu yang sesuai. Pilihlah masa yang sesuai. Hanya pemimpin yang bodoh sahaja yang tidak tahu menjadi sensitiviti awam ataupun kelompok tertentu tanpa alasan yang munasabah.

Apalah faedah dari kenyataan buruk pemimpin DAP tertentu mengenai kematian Allahyarham Dato Haron Din pada waktu ini? ! Jika ini mentaliti pihak berkenaan, maka tidak layak untuk menjadi pemimpin di mana-mana peringkat bagi masyarakat majmuk di Malaysia ini.

Namun, tidak dinafikan juga di sana ada kenyataan rasmi DAP yang menunjukkan ada kematangan politik. – Dr Maza

Ia merujuk kepada tindakan Jeff Ooi yang menulis ‘Adios Harun Din. Let there be peace‘ di twitternya mengenai kematian arwah Haron Din semalam
 
Copyright © 2014 PenangKini.