BREAKING NEWS

Tuesday, 27 September 2016

Bertuahnya Siapa Ada Lesung Pipit, Ini Fakta Dan Kelebihannya


Walaupun ia merupakan kecacatan tetapi lesung pipit adalah kecacatan yang paling cantik dan comel bagi sesiapa yang memilikinya.   

Bahkan, mereka yang ada lesung pipit ini selalunya nampak muda daripada usia. Eh, betul ke?

Lagi-lagi apabila mereka senyum, pasti ada aura istimewa kerana keunikan lesung pipit tersebut. Apa yang pasti lekuk di pipi itu buatkan empunya diri bertambah manis dan sering diingati.

Selain comel, ini antara fakta dan kelebihan tentang lesung pipit yang ramai tidak tahu!

1. Hanya 20% manusia memilikinya

Mengikut statistik yang dilaporkan The Daily Health Gen, hanya 20% manusia di dunia memiliki lesung pipi yang sebenarnya merupakan satu jenis ‘kecacatan’ pada otot wajah yang dicemburui ramai.

2. Ramai yang tertarik dengannya

Kajian American Journal of Physical Anthropology mendapati, lesung pipit merupakan ‘added value’ yang menambahkan lagi daya penarik seseorang secara semula jadi.

Tak perlu risau ketika bergambar, lesung pipit anda tu buatkan anda jadi perhatian dalam ramai-ramai orang.

3. Kelihatan lebih muda

Orang yang ada lesung pipit ni nampak macam ‘baby face’ sangat! Ia juga disahkan para saintis bahawa antara kelebihan lesung pipit ialah menjadikan seseorang itu kelihatan lebih muda dari usia sebenarnya.

4. Penyebar aura keceriaan

Setiap kali pemilik lesung pipit tersenyum, orang di sekeliling juga akan terpengaruh dengan aura keceriaan yang disebarkan olehnya.

5. Ramai selebriti jadi lebih popular


Laman Time For Healthy Food melaporkan lebih 60% bintang Hollywood memiliki lesung pipit dan ia membantu mereka menjadi lebih popular. Kerana itu, ada sanggup melakukan pembedahan semata-mata untuk mendapatkan lekukan tersebut.



 
Copyright © 2014 PenangKini.