BREAKING NEWS

Friday, 23 September 2016

DAP salahguna kepercayaan rakyat Pulau Pinang



22 SEPT: DAP hanya menyalahgunakan kepercayaan rakyat terhadap parti itu di Pulau Pinang sekiranya mahu mengadakan pilihan raya negeri (PRN) hanya kerana tidak puas hati dengan syor persempadanan semula.

Presiden Gerakan Datuk Seri Mah Siew Keong mendakwa DAP akan mempergunakan syor itu  untuk mengadakan pilihan raya mengejut yang  tidak sepatutnya dibuat oleh sebuah parti yang dipilih oleh rakyat.

mah siew keong Gerakan 2015 2Katanya sebelum ini DAP Pulau Pinang menyatakan hasrat mengadakan pilihan raya mengejut sekitar bulan Ogos lalu dengan pelbagai alasan.

Bagaimanapun, cadangan itu ditolak rakan sekutunya PKR dan tidak mustahil DAP mahu menimbulkan semula hasrat itu kali ini dengan menjadikan cadangan persempadanan semula sebagai alasan.

“Jika DAP tetap berkeras mahu adakan pilihan raya mengejut, jentera Gerakan sentiasa bersedia untuk menghadapinya,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Pameran Teknologi Agrikultur Antarabangsa Malaysia di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka, Ayer Keroh, hari ini.

SPR sedang mempamerkan peta lengkap berkaitan cadangan persempadanan semula bahagian pilihan raya untuk proses bantahan bermula 15 Sept lalu sehingga 14 Okt depan.

Sebelum ini, DAP mencadangkan kerajaan negeri Selangor pimpinan PKR mengadakan pilihan raya negeri bagi membantah proses persempadanan semula SPR di negeri itu yang didakwa berat sebelah, namun cadangan itu ditolak Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Namun, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng tetap bercadang mengadakan PRN di negeri itu selepas mendapat maklum apabila membuat bantahan kepada SPR nanti.
 
Copyright © 2014 PenangKini.