BREAKING NEWS

Tuesday, 27 September 2016

Disney Dilaporkan Turut Sedang Menilai Untuk Membeli Twitter


Pada minggu lepas, kita telah mendengar akan mengenai Google dan Salesforce yang sedang dalam perbincangan awal untuk mengambil-alih Twitter. Kini, laman sosial yang terkenal dengan perkongsian mikro berkenaan turut dilihat menarik minat pihak Disney untuk mendapatkannya.

Menurut Bloomberg, Disney dikatakan sedang membuat penilaian untuk membida Twiter. Seperti biasa, pihak Disney tidak mengeluarkan sebarang komen rasmi buat masa ini.

Seperti ramai sedia maklum, berkemungkinan kita akan melihat syarikat teknologi yang mengambil-alih Twitter – berbanding dengan Disney yang hanya mempunyai kebarangkalian sangat kecil.

Namun, sekiranya Disney mengambil-alih Twitter, maka ia mungkin membantu Twitter dari segi strategi penstriman video mereka. CEO Twitter, Jack Dorsey juga merupakan salah seorang ahli lembaga di Disney.

Bagi anda, siapakah yang dijangka akan mengambil-alih Twitter sekiranya benar syarikat sosial berkenaan dijual?

 
Copyright © 2014 PenangKini.