BREAKING NEWS

Monday, 26 September 2016

Empat lokasi diserbu, 170 warga asing diperiksa


 Seramai 33 warga asing ditahan selepas polis menyerbu empat lokasi dalam Op Pati yang diadakan kelmarin.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, operasi yang dijalankan 43 anggota termasuk dari Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendaftaran Negara itu bermula jam 3.30 petang kelmarin dan berakhir 12.30 tengah malam.

Menurutnya, seramai 170 warga asing diperiksa di keempat-empat lokasi itu dan 33 ditahan kerana pelbagai kesalahan.

“Lokasi pertama adalah di Jalan Burmah yang memeriksa 20 warga asing iaitu tujuh lelaki dan empat wanita Indonesia, tujuh lelaki Bangladesh dan dua lelaki Myanmar orang lelaki Indonesia ditahan. Manakala lokasi kedua pula, di sekitar Jalan Argyll dengan tangkapan dua lelaki Bangladesh.


“Di situ, kita memeriksa 25 orang iaitu lima lelaki Indonesia, 10 lelaki Bangladesh, enam lelaki Myanmar dan empat lelaki India. Lokasi ketiga adalah di Lorong Abu Siti dengan pemeriksaan ke atas 30 warga asing, seorang lelaki Myanmar ditahan. Daripada 30 orang itu, mereka terdiri daripada lapan lelaki dan empat wanita Indonesia, 12 lelaki Bangladesh dan enam lelaki Myanmar,” katanya ketika dihubungi semalam.

Mior Faridalathrash berkata, lokasi terakhir serbuan adalah di Jalan CY Choy dengan 95 orang warga asing diperiksa.

“Mereka yang diperiksa adalah 20 lelaki dan lima wanita Indonesia, 58 lelaki Bangladesh dan 12 lelaki Myanmar, 29 ditahan iaitu 26 lelaki Bangladesh dan tiga lelaki Indonesia. Mereka yang ditahan berusia lingkungan 22 hingga 42 tahun.

“Jumlah keseluruhan tangkapan 33 warga asing dengan empat lelaki Indonesia, 28 lelaki Bangladesh dan seorang lelaki Myanmar," katanya.

 
Copyright © 2014 PenangKini.