BREAKING NEWS

Friday, 30 September 2016

Lulus baca Al-Quran syarat bertanding pilihanraya gabenor di Aceh


ACEH: Enam pasang calon gabenor dan timbalannya menduduki ujian mengaji Al-Quran pada Rabu lepas sebagai salah satu syarat tempatan utama untuk bersaing dalam pilihan raya 2017.
Enam pasangan itu menjalani ujian di Masjidil Haram Baiturrahman Aceh di Banda Aceh pada pagi Rabu.
Mereka terdiri daripada Zaini Abdullah-Nasaruddin, Abdullah Puteh-Sayed Mustafa, Irwandi Yusuf-Nova Iriansyah, Tarmizi Karim-T Muksalmina, Zakaria Saman-T Alaidinsyah dan Muzakkir Manaf-TA Khalid.
Pengerusi Pilihan Raya Suruhanjaya Bebas (KIP) Aceh, Ridwan Hadi berkata ujian itu adalah salah satu syarat yang mesti dipenuhi calon.

“Ujian ini dikenakan ke atas semua calon yang bertanding dalam pilihan raya wilayah Aceh. Selain pilihan raya gabenor, 20 ahli majlis perbandaran di Aceh juga akan menghadapi pilihan raya serantau serentak tahun depan.
“Syarat lulus mengaji Al-Quran hanya terpakai di Aceh dan calon yang tidak boleh membaca al-Quran tidak akan lulus proses pencalonan sama sekali,” katanya seperti yang dilaporkan oleh kompas.com petik Jakarta Post.
KIP bukan hanya menilai keupayaan membaca ayat-ayat al-Quran calon tetapi bagaimana bakal pemimpin tempatan mampu melaksanakan nilai-nilai kepimpinan seperti yang dinyatakan dalam al-Quran.
Dalam ujian kali ini, semua calon didapati lulus, satu peningkatan berbanding pilihan raya sebelum ini di mana masih ada calon yang gagal membaca Al-Quran.
Sebaik tamat ujian, Ridwan mengingatkan semua calon gabenor agar memberi kerjasama mengekalkan keamanan pilihan raya serantau di Aceh.

 
Copyright © 2014 PenangKini.