BREAKING NEWS

Saturday, 17 September 2016

Pemuda PAS Pulau Pinang desak Jeff Ooi mohon maaf secara terbuka


GEORGE TOWN, Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang (DPPNPP) mendesak Ooi memohon maaf secara terbuka khususnya kepada keluarga Allahyarham Haron.

Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang, Afnan Hamimi Taib Azamuddin berkata tindakan Ooi itu telah mencemar reputasinya sebagai seorang anggota Parlimen yang sepatutnya menyelesaikan permasalahan rakyat dan bukan sibuk memaki hamun orang yang telah meninggal dunia.
   
"Lebih mengecewakan apabila tindakan bacul Jeff Ooi menyekat twitter ahli PAS Jelutong, saudara Mustaqim (Yahaya) apabila memohon penjelasan daripadanya.

"Sekiranya inilah sikap perjuangan DAP selama ini maka bersedialah untuk parti tersebut untuk tidak diterima masyarakat dan lenyap dari muka bumi ini khususnya di Malaysia," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Afnan Hamimi berkata tindakan itu juga seolah-olah hendak menimbulkan ketegangan kaum di negara ini. -Bernama
 
Copyright © 2014 PenangKini.