BREAKING NEWS

Thursday, 29 September 2016

Tiada lagi telefon BLACKBERRY

BlackBerry menumumkan akan berhenti mengeluarkan telefon pintar sebaliknya menyerahkan pengeluaran kepada rakan perniagaan di Indonesia.

Syarikat Kanada itu sebaliknya akan memberi tumpuan kepada perisian dan perkhidmatan dan peranti menggunakan nama BlackBerry akan dihasikan di bawah lesen pengeluaran oleh PT Tiphone Mobile Indonesia Tbk, katanya dalam satu kenyataan.

Ketua Pegawai Eksekutif BlackBerry, John Chen berkata, hasil perisian meningkat dua kali ganda pada tahun kewanang yang lalu.

"Kami berada pada tahap 'titik pantulan' bagi strategi syarikat. Asas kewangan kami teguh dan pertukaran kepada perisian turut dikukuhkan," katanya.

BlackBerry antara syarikat pengeluaran telephone pintar terbesar di dunia 10 tahun lalu namun bahagian pasarannya turun kepada kurang satu peratus berbanding dominasi peranti Apple dan Android.

Walaupun ia membuat beberapa cubaan mencari peluang pemasaran baru termasuk menghasilkan telefon pintar Android, jualannya tidak berkembang.

Syarikat itu turut mencatatkan kerugian AS$372 juta (RM1.54 bilion) pada suku kedua berakhir 31 Ogos dan pendapatan AS$334 juta (RM1.38 bilion).
 
Copyright © 2014 PenangKini.