BREAKING NEWS

Sunday, 2 October 2016

Pas tidak sertai #Bersih5


Pas membuat ketetapan buat masa ini, untuk tidak menyertai perhimpunan Bersih 5 yang dijadualkan hujung bulan depan.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, pada prinsipya Pas menyokong matlamat asal tuntutan Bersih, namun Bersih 5 ada banyak matlamat lain yang Pas rasakan ia tidak selari dengan pendekatan Pas kini.

"Kita ada kaedah sendiri untuk menjadi pembangkang yang efektif di negara ini selaras dengan budaya politik matang dan sejahtera yang di bawa Pas sekarang," katanya kepada Sinar Online.

Takiyuddin berkata, namun ketetapan sama ada untuk membenarkan ahli Pas untuk menyertai itu secara peribadi, Pas belum putuskan lagi.

"Ahli-ahli mungkin akan pergi itu, kita belum buat arahan lagi sama ada mahu benarkan atau tidak," katanya.

 Dalam pada itu, beliau menyangkal dakwaan sesetengah pihak yang menyatakan sekiranya Pas tidak menyertai perhimpunan Bersih 5, seolah-olah Pas kini 'bersama BN'.

"Tidak semestinya begitu, kita tidak sokong satu pihak itu bermakna kita menyokong pihak lain, itu teori yang tidak boleh di pakai semua keadaan, macam Pas pada PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar kita masuk bertanding menentang BN," katanya.

Sebelum ini, Pengerusi Bersih, Maria Chin Abdullah mengumumkan bahawa pihaknya akan menganjurkan himpunan itu dengan bertemakan 'Satukan Tenaga, Malaysia Baru!'.

 
Copyright © 2014 PenangKini.