BREAKING NEWS

Sunday, 13 November 2016

Apakah Status Timbalan Ketua Menteri? Kenapa Kon Yeow, Kenapa Tidak Rashid Atau Ramasamy?

Oleh : Azman Abas

KUALA LUMPUR, 11 Nov – Tindakan Setiausaha Agung Dap, Lim Guan Eng meminta ahli parti itu menyokong Pengerusi Dap Pulau Pinang, Chow Kon Yeow sebagai penggantinya untuk mengambil alih peranan Ketua Menteri negeri berkenaan, sekiranya ‘sesuatu’ berlaku ke atas beliau memberikan seribu satu persoalan.
Bagi Presiden MyPPP, Tan Sri M. Kavyeas jawatan berkenaan bukanlah jawatan dalam parti apabila perkara terbabit diumumkan sedemikian rupa apatah lagi ianya memerlukan pengganti beliau memenangi kerusi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).
kenapa-guan-eng-tak-lantik-tkm“Ini bukan jawatan dalam parti. Jawatan dalam parti itu lain. Jawatan ini adalah jawatan Ketua Menteri. Ada dua lagi Timbalan Ketua Menteri, iaitu Datuk Haji Mohd Rashid Hasnon dan ( Timb. Ketua Menteri 1) dan Prof. Dr. Ramasamy Palanisamy ( Timb. Ketua Menteri 2). Kenapa tidak dicadangkan salah seorang daripada timbalannya?
“Seolah-olah tidak wujud timbalannya. Apakah perlantikan mereka ini ikhlas. Dan perjuangan Dap yang dikatakan untuk seluruh rakyat Malaysia pun tidak ikhlas. Terus beri gambaran bahawa mereka ini parti rasis… Apakah jawatan ini seolah-olah hanya boleh dipegang oleh satu kaum sahaja,“ katanya kepada UMNO-Online, di sini. hari ini.
Dilaporkan Setiausaha Agung Dap, Lim Guan Eng meminta ahli parti itu menyokong Pengerusi Dap Pulau Pinang, Chow Kon Yeow sebagai penggantinya untuk mengambil alih peranan Ketua Menteri negeri berkenaan, sekiranya ‘sesuatu’ berlaku ke atas beliau.
Bercakap kepada perwakilan parti sempena konvensyen ke-50 parti itu di George Town sebelum ini, dakwa Guan Eng, tuduhan rasuah yang dihadapinya adalah bermotifkan politik yang bertujuan membunuh karjaya politiknya.
“Sekiranya rancangan jahat BN berjaya menggulingkan saya, saya dengan ini menyokong pengerusi negeri Kon Yeow sebagai pengganti saya. Maka, saya minta para perwakilan, semua ahli dan pemimpin supaya menyokong usul mengangkat Kon Yeow sebagai ketua menteri sekiranya BN berjaya melaksanakan rancangan jahat mereka, apa kata kamu semua?,” katanya di hadapan lebih 300 perwakilan parti.
Kavyeas seterusnya menegaskan pengundi negeri terbabit seolah-olah dipermainkan apabila Guan Eng mencadangkan pengganti beliau sedangkan ianya perlu memenangi kerusi Ahli ADUN.
“Belum menang dapat kerusi sudah umum sebagai pengganti. Apakah pengundi akan memberi ruang kepada penganti yang dinamakan itu?. Kalau kalah dalam pilihan raya nanti macam mana?
“Bolehkan diberikan kepada Ramasamy dan Hasnol. Sikap ini menunjukkan bahawa Dap hanya melihat kepada kuasa semata-mata. Tidak ada matlamat yang jelas untuk negeri dan rakyat. Apa pun terserah kepada pengundi Pulau Pinang untuk membuat penilaian,“ ujarnya. 
 
Copyright © 2014 PenangKini.