BREAKING NEWS

Monday, 28 November 2016

Apakah yang dimaksudkan UTC?

UTC adalah singkatan kepada Urban Transformation Centre atau Pusat Transformasi Bandar. Ia adalah salah satu usaha dan inisiatif Kerajaan bagi menyediakan pelbagai perkhidmatan utama Kerajaan dan sektor swasta kepada komuniti Bandar di dalam satu pusat sehenti atau di dalam satu bangunan.
Ia merupakan sebahagian daripada strategi Lautan Biru yang diperkenalkan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan melalui kerjasama strategik antara agensi Kerajaan dan sektor swasta.
Secara umunya, komuniti Bandar boleh membuat pelbagai urusan dengan jabatan Kerajaan dan swasta dalam satu bangunan dengan menjimatkan masa tanpa perlu pergi ke bangunan-bangunan Kerajaan yang lain.
UTC turut menyediakan pusat pembangunan dan aktiviti belia, ruang perniagaan produk tempatan dan pusat kegiatan NGOs.
UTC – Pengenalan
Pusat Transformasi Bandar (UTC) menyediakan pelbagai perkhidmatan utama Kerajaan dan sektor Swasta yang ditempatkan di dalam satu pusat atau bangunan. UTC juga akan berperanan sebagai pusat setempat bagi aktiviti belia, NGO serta komuniti usahawan. Kementerian Kewangan telah dilantik sebagai peneraju utama UTC di seluruh negara.
UTC dan RTC merupakan pelengkap kepada Program Transformasi Komuniti (CTP) bagi memastikan segala perkhidmatan, inisiatif dan program Kerajaan dapat memberi manfaat secara maksimum kepada Rakyat. UTC akan diperkenalkan di bandar utama di setiap negeri. Bandaraya Kuala Lumpur telah dipilih sebagai projek perintis dan lokasi kedua program UTC dan Kementerian Kewangan mengucapkan jutaan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri dan seluruh jentera Pentadbiran Bandaraya Kuala Lumpur di atas kerjasama dan komitmen yang tinggi dalam menjayakan program UTC ini.
Sebanyak 34 kementerian/agensi kerajaan dan swasta serta NGO telah membuka kaunter di UTC Kuala Lumpur berlandaskan 10 kluster berikut:
1. Perkhidmatan Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat
2. Perkhidmatan Pendidikan, Latihan dan Pekerjaan
3. Perkhidmatan Pembangunan Perniagaan dan Keusahawanan
4. Perkhidmatan Kesihatan
5. Perkhidmatan Kewangan
6. Perkhidmatan Kerajaan
7. Perkhidmatan Pembangunan Belia
8. Perkhidmatan NGO
9. Perkhidmatan Utiliti
10. Perkhidmatan Keselamatan
 
Copyright © 2014 PenangKini.