BREAKING NEWS

Monday, 21 November 2016

#BERSIH5 Pembangkang sudah kena ‘main’, kata Khairy

 Ketua sayap pemuda Barisan Nasional Khairy Jamaluddin hari ini mengucapkan tahniah kepada Tun Dr Mahathir Mohamad kerana berjaya ‘merampas’ wadah Bersih.

“Tahniah kepada Tun Mahathir, beliau berjaya jadikan Bersih wadahnya. Semua pemimpin pembangkang sudah kena ‘main’,” katanya seperti yang dilaporkan, selepas menghadiri konvensyen Pemuda BN hari ini.

Bekas perdana menteri itu menghadirkan diri di tunjuk perasaan semalam dan berucap kepada puluhan ribu penunjuk perasaan di KLCC.

Beliau berkata pemimpin pembangkang dan penunjuk perasaan terbabit tidak sedar yang mereka dipermainkan.

“Akhirnya, isu sebenar gabungan itu ‘hilang’. Tiada lagi Anwar Ibrahim. Semuanya mengenai Dr Mahathir,” kata Khairy seperti yang dilaporkan.

Kepulangan Dr Mahathir dari satu mesyuarat di Sudan dan penampilannya di himpunan semalam menerjah ke ruang hadapan media dan dipamerkan secara meluas dalam laporan antarabangsa.
Pemimpin Bersih nafi bekas perdana menteri itu sudah “merampas” wadah Bersih, dan berikrar akan mengabaikan pihak yang cuba mengganggu agenda reformasi gabungan itu.
 
Copyright © 2014 PenangKini.