BREAKING NEWS

Tuesday, 15 November 2016

DAH KENA PENJARAPUN RAFIZI MASIH MAHU BUAT VIDEO MENGHASUT RAKYAT



Rafizi didapati bersalah melanggar undang-undang OSA dan dijatuhi hukuman penjara selama 18 bulan. Ia bukan sesuatu yang menghairankan memandangkan Rafizi sendiri telah mengaku bersalah.

Beliau tidak dijatuhi hukuman kerana "mendedahkan skandal besar 1MDB" seperti yang diperkatakan Pakatan, beliau dijatuhi hukuman kerana kebodohan beliau mendedahkan satu halaman Laporan Ketua Audit Negara tentang 1MDB yang telah dibaca oleh 4 Ahli Parlimen Pakatan termasuk Tony Pua.

Beliau telah mendedahkan dokumen OSA untuk 'mendedahkan' bahawa Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) mempunyai hubungan dengan 1MDB tetapi belum dibayar sepenuhnya - sesuatu yang kita sedia maklum berkenaan LTAT telah diberikan kontrak oleh 1MDB untuk menggerakkan pengkalan udara Sungai Besi dan untuk membangunkan penggantian 6 pengkalan tentera dan 2 kem Polis merupakan maklumat awam.

Dalam mana-mana kes, LTAT tidak kehilangan wang dan akan dibayar sepenuhnya oleh konsortium IWH-China Rail yang telah mengambil pemilikan sebanyak 60% projek Bandar Malaysia.

Oleh itu, 'pendedahan' OSA Rafizi adalah sia-sia dan tidak bijak.

LTAT langsung tidak mengalami apa-apa kerugian dan sebenarnya, telah mengaut keuntungan dan akan terus  mengaut keuntungan dari kerja-kerja pembinaan pengkalan tentera dan daripada kontrak untuk menggerakkan pengkalan udara Sungai Besi.

Ini merupakan kekalahan keempat berturut-turut untuk pelbagai kes bagi Rafizi. Pernahkah sesiapa kalah dalam kes mahkamah secara berturut-turut?

Walaupun saya pasti beliau akan membuat rayuan bantahan terhadap keputusan ini tetapi ini akan membatalkan kelayakan beliau daripada bertanding semula sehingga beliau mendapat keputusan yang memuaskan dalam pendengaran rayuannya.

Beliau masih mempunyai kes mahkamah lain - sivil dan jenayah yang masih tertangguh.

Kes BAFIA beliau selama 4 tahun yang sangat jelas dan juga LTAT, Tabung Haji dan kes cincin Najib-Rosmah (saya hanya bergurau) masih perlu dihadapi.

Saya hanya boleh katakan bahawa Rafizi yang mahukan semua ini. Dan kini beliau telah dapat apa yang beliau mahukan.

Via FB: Datuk Huan Cheng Guan

Sumber : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10210083514996223&id=1587733405

Terjemahan oleh : KKMM
 
Copyright © 2014 PenangKini.