BREAKING NEWS

Thursday, 24 November 2016

Hentikan Himpunan Nyalaan Lilin Atau Berhadapan Tindakan – KPN

Sejak Isnin lalu, pengikut tegar penganjur BERSIH 5, Maria Chin Abdullah berhimpun di Dataran Merdeka untuk mengadakan marathon Perhimpunan Bebaskan Maria Chin. Himpunan ini diadakan sebagai tanda solidariti para pengikut tegar BERSIH 5 dan akan diadakan selama mana Maria Chin ditahan di bawah akta SOSMA.

Melihat kepada keadaan yang semakin hari semakin menjadi-jadi, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar telah memberi amaran kepada penganjur perhimpunan ini untuk mematuhi peraturan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 atau berhadapan tindakan pihaknya.

Ujar beliau, perhimpunan ini tidak boleh berterusan dan beliau menegaskan pihak polis akan mula mengambil tindakan tegas terhadap para peserta perhimpunan ini. Tan Sri Khalid juga berkata, semua perhimpunan yang ingin dilakukan, perlu mendapat permit dari pihak berkuasa walaupun ianya hanyalah perhimpunan membakar lilin.

Sebagai rujukan, pihak penganjur himpunan bakar lilin ini berikrar untuk terus mengadakan perhimpunan di Dataran Merdeka, setiap malam sehingga Maria Chin dibebaskan.

Sebelum ini, kehadiran Tun Dr Mahathir, Datuk S. Ambiga, pihak sekreteriat BERSIH, Tian Chua dan ahli keluarga Maria dilihat hadir di Dataran Merdeka untuk menyampaikan ucapan-ucapan penuh kebencian terhadap kerajaan dan mempertikaikan penahanan Maria di bawah Akta SOSMA.

Tegas mereka, penahanan Maria ini telah menunjukkan bahawa terdapat tindakan penyalahgunaan kuasa dalam Akta SOSMA untuk menahan penganjur BERSIH 5 berkenaan. Ujar kesemua mereka yang menyampaikan ucapan berkenaan, tindakan seumpama ini adalah lambang kepada penyekatan hak kebebasan bersuara yang sepatutnya diamalkan di negara ini.

Tinjauan yang dilakukan kelmarin mendapati, pelbagai kain rentang di letakkan sepanjang perhimpunan yang berlangsung selama dua jam ini dengan majoritinya dilihat seolah-olah mempersoalkan kesahihan penahanan Maria. Mereka dilihat seolah-olah mempertikaikan undang-undang negara sedangkan SOSMA diwujudkan hasil daripada desakan mereka untuk memansuhkan ISA sebelum ini.
 
Copyright © 2014 PenangKini.