BREAKING NEWS

Friday, 11 November 2016

Hidang Pulut Kuning, Gadis Malaysia Juara Kejohanan Memasak Antarabangsa Di Kanada




3 November lalu, anak muda tempatan dari Sabah, Safura Tawil mengharumkan nama negara dengan menjuarai pertandingan 'Embassy Chef Challenge 2016' di Ottawa, KanadaKejayaan ini adalah yang pertama dicapai oleh rakyat Malaysia. Safura Tawil yang baru berusia 25 tahun berjaya menjuarai pertandingan 'Embassy Chef Challenge 2016', satu acara kulinari antarabangsa berprestij di Ottawa, Kanada dengan mengalahkan 10 lagi chef dari Belgium, Guatemala, Jamaica, Sepanyol, United Kingdom, Perancis, Honduras, Kazakhstan, Pakistan, dan Trinidad & Tobago.Lebih mengagumkan, beliau adalah peserta termuda di antara semua chef yang mengambil bahagian. Kebanyakan chef yang bertanding adalah chef yang mempunyai pengalaman dalam dunia kulinari selama bertahun-tahun. Ada juga daripada mereka yang telah menerbitkan buku masakan dan mempunyai saluran masakan sendiri. Lebih hebat lagi, Safura turut menewaskan juara bertahan dari Trinidad & Tobago yang menjuarainya tahun lalu.Safura yang kini bekerja sebagai chef di kediaman Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Ottawa telah menjalin hubungan cinta dengan dunia kulinari dan makanan sejak dari kecil lagiTiga hidangan utama yang dipersembahkan adalah:


1. Pulut Kuning bersama Rendang Daging dan Serunding2. Otak-otak bersama Acar dan Sambal Udang3. Sate Ayam bersama Kuah Kacang

Ketiga-tiga hidangan yang diberi sentuhan bertaraf antarabangsa ini telah berjaya menambat hati juri untuk meletakkan Malaysia sebagai juara!

 
Copyright © 2014 PenangKini.