BREAKING NEWS

Monday, 21 November 2016

Hujan lebih dua jam, Mak Mandin banjir kilat

BUTTERWORTH - Hujan lebat di sekitar Seberang Perai Utara sejak malam tadi mengakibatkan beberapa kawasan di Mak Mandin mengalami banjir kilat hari ini.

Hujan lebat bermula dari pukul 1 pagi itu mengakibatkan rumah penduduk di kawasan ini dinaiki air kira-kira jam 3 pagi.

Jurutera Daerah Jabatan Pengairan Saliran(JPS) Seberang Perai Utara, Saiful Rizan Sanusi berkata, banjir kilat yang berlaku ini berpunca daripada hujan lebat yang turun sekitar 118mm.
"Hujan lebat yang turun berterusan selama hampir dua jam, ditambah pula dengan air pasang besar mengakibatkan beberapa kawasan di Mak Mandin dinaiki air.

"Selain itu, antara punca yang dikenal pasti termasuklah pembentung yang kecil di Lorong Mak Mandin 5 dan Jalan Permatang Pauh menyebabkan air Sungai Mak Mandin tidak dapat mengalir dengan lancar," katanya.
Katanya, ini mengakibatkan kawasan sekitar yang rendah dinaiki air.

"Aliran air sungai yang banyak tersekat akibat halangan ini menyebabkan kawasan rendah dinaiki air.
"Selain itu, tinjauan yang dijalankan mendapati sistem perparitan di kawasan Perindustrian Mak Mandin perlu dinaik taraf,

"Rancangan Tebatan Banjir Mak Mandin yang telah diluluskan oleh kerajaan negeri perlu dilaksanakan bagi mengatasi masalah banjir ini " katanya.

SINAR HARIAN
 
Copyright © 2014 PenangKini.