BREAKING NEWS

Wednesday, 9 November 2016

Ini Pelacur Kelas Rendah (RM5 Pun Ada) Di Pulau Pinang

 Sebahagian wanita yang dipercayai penagih dadah dan pelacur ditahan polis di Jalan Perlis, George Town malam kelmarin.


GEORGE TOWN – Taktik licik seorang wanita dipercayai penagih dadah dan pelacur yang cuba meraih simpati anggota polis dengan memberikan alasan baru keluar hospital dan mahu berjumpa rakan di Jalan Perlis di sini gagal apabila dia diberkas malam kelmarin.


Suspek antara 13 wanita berusia 20 hingga 50 tahun yang ditahan sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut dalam serbuan Op Narkotik pada pukul 9 malam kerana disyaki be­kerja sebagai pelacur.
Lokasi serbuan yang terletak di belakang deretan kedai dipercayai menjadi tempat pelacur berkumpul untuk memikat pelanggan.
Rata-rata pelacur di situ hanya menawarkan khidmat seks pada harga serendah RM5. Pelanggannya pula terdiri daripada buruh asing dan tempatan. 

 
Copyright © 2014 PenangKini.