BREAKING NEWS

Saturday, 19 November 2016

JAMAL DITAHAN DI BAWA KE IPK SHAH ALAM

[UTAMA : TERKINI]

JAMAL DITAHAN DI BAWA KE IPK SHAH ALAM

Pengerusi Gabungan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos dilaporkan telah ditahan polis dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, Shah Alam sekitar jam 1.30 pagi sebentar tadi.

Menurut sumber, Jamal dipercayai ditahan berhubung perhimpunan Bersih 5 yang dijadualkan berlangsung di ibu negara pada Sabtu.

Buat masa ini, tiada maklumat lanjut mengenai penahanan Jamal.

Selain Jamal, aktivis pelajar Adam Adli juga dilaporkan ditahan di Kuala Lumpur Sentral pada kira-kira 1.30 pagi, Sabtu.
 
Copyright © 2014 PenangKini.