BREAKING NEWS

Wednesday, 9 November 2016

KENAPA GUNA SYARIKAT RM2 TANDATANGAN MOU DENGAN CHINA?



4 Pelawak terkemuka Pakatun (RAFIZI RAMLI, DR HATTA RAMLI, WONG CHEN, DR ONG KIAN MING), mempertikaikan tindakan kerajaan tubuhkan syarikat urus ECRL dengan Modal berbayar RM 2.

1. Mana-mana syarikat sdn bhd yang baru ditubuhkan akan didaftarkan dengan modal berbayar (paid up capital) RM 2.00. RM 1 setiap pengarah merangkap pemegang saham.

2. Apabila kerajaan menubuhkan syarikat Sdn Bhd ia akan memberi kuasa kepada dua orang pegawai kanan kerajaan menjadi Pengarah Syarikat. Ini kerana dua orang pengarah adalah minimum keperluan dalam sebuah syarikat Sendirian Berhad ditubuhkan di negara ini.

3. Kena bezakan antara pemegang saham dan pengarah. Bagi syarikat kerajaan yang baru ditubuhkan pemilik sahamnya ialah MOF Inc. Tapi mula-mula tubuh dua orang ini kenalah jadi pengarah dan pemegang saham dulu. Mereka ini penama atau nominee MOF inc sahaja. Lain kali baca juga Memorandum of Association.

4. Selalunya syarikat sdn bhd milik orang biasa mereka akan meningkatkan modal berbayar ke RM 100 ribu atau lebih untuk menaikkan kredebiliti, keperluan tender atau pinjaman bank.

5. Bagi syarikat milik kerajaan seperti Malaysia Rail Link Sdn Bhd yang menandatangani MOU dengan syarikat dari China untuk kerjasama pembinaan landasan kereta api koridor timur, ia tidak perlu meningkatkan apa-apa modal berbayar sebelum tanda tangan perjanjian kerana tidak dikehendaki oleh pihak satu lagi.

6. Lagi pun menurut Rafizi and The Gang, syarikat ini ditubuhkan pada 26 September 2016. Jadi memanglah modal berbayar masih RM2. Untuk meningkatkan modal berbayar sahaja perlukan sekurang-kurangnya 3 bulan proses.

7. Lebih melucukan apa yang empat stooges ini bising? Syarikat luar percaya dengan syarikat RM 2 kerajaan, mengapa mereka yang kecoh? Ia tidak menjejaskan apa-apa wang rakyat melalui syarikat ini.

8. Lagi pun ini baru tandatangan MOU. Syarikat Darul Ehsan Investment Group (DIEG) bertahun dah, aset berbilon dipindahkan ke syarikat ini, modal berbayar masih RM 2. Malah Pengarahnya bukan kakitangan kanan kerajaan negeri pun.

P/S : Ada nampak 4 Pelawak ni bantah Guan Eng anugerah syarikat RM2 untuk buat terowong dasar laut? Double standard kan?
 
Copyright © 2014 PenangKini.