BREAKING NEWS

Monday, 21 November 2016

Kenapa Kerajaan DAP Pulau Pinang Jual Bangunan Warisan


Wakil rakyat DAP terus mempersoalkan penjualan rumah dan bangunan dalam kawasan tapak warisan dunia di negeri ini kepada warga asing yang didakwa semakin berleluasa kebelakangan ini.

LAU KENG EE
LAU KENG EE
Ahli Dewan Undangan Ne­geri (ADUN) Pengkalan Kota, Lau Keng Ee berkata, sekiranya tiada kawalan ketat tentang perkara berkenaan, rakyat negeri ini akan semakin terpinggir disebabkan tidak mampu bersaing dengan warga asing untuk membeli rumah di kawasan berkenaan kerana harganya terlalu mahal.

Mengambil contoh di kawasan yang diwakili oleh beliau sendiri, Keng Ee berkata, harga rumah dan bangunan warisan di situ hanya sekitar RM300,000 sebelum ini tetapi sekarang harganya telah melonjak secara drastik apabila ada yang mencecah lebih RM2 juta.

“Mereka (warga asing dan syarikat luar negara) tiada masalah untuk membeli rumah kerana kadar tukaran wang yang tinggi dan selepas membuat peng­ubahsuaian, hartanah di situ akan dijual semula atau disewa dengan harga yang lebih mahal dan tidak mampu dibiayai oleh penduduk tempatan.

“Kebimbangan ini berasas ke­rana ramai penduduk serta pe­ngundi di kawasan DUN ber­kenaan terpaksa berpindah ke kawasan lain kerana tidak lagi mampu,” katanya dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini baru-baru ini.

Pengkalan Kota merupakan kubu paling kuat bagi DAP di negeri ini apabila berjaya menghilangkan deposit calon Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum lalu.

Keng Ee menambah, beliau mengemukakan soalan kepada kerajaan negeri berhubung jumlah sebenar hartanah yang telah dijual terutamanya di Jalan Ma­gazine.

“Saya dimaklumkan terdapat 844 buah rumah yang dikategorikan warisan dan kerajaan ne­geri memaklumkan tidak dijual, namun maklum balas rakyat me­ngatakan majoritinya telah dibeli warga asing.

“Saya berharap agar polisi yang diamalkan oleh kerajaan negeri yang tidak menguntungkan rakyat tempatan dihentikan,” ujarnya.

Dalam masa sama, beliau menyarankan agar kerajaan negeri sediakan dana supaya penduduk tempatan tidak terpinggir dan kenakan beberapa syarat tertentu kepada warga asing.



 
Copyright © 2014 PenangKini.