BREAKING NEWS

Saturday, 19 November 2016

Kenapa Pembangkang Mahu BERSIH 5 Di Gerakkan !



Pastinya beberapa kawasan tumpuan di sekitar Ibu Kota Kuala Lumpur akan penuh sesak dengan kelibat manusia apabila Bersih 5 mula mengambil tempat.Seperti insiden-insiden sebelumnya , pihak PDRM diberitakan sudah pun mula bertindak dengan melakukan beberapa siri tangkapan terhadap individu-individu yang dilihat sebagai peneraju utama Bersih kali ini.

Satu perkembangan yang agak baik memandangkan sebelum ini tangkapan-tangkapan sedemikian tidak berlaku awal melainkan setelah himpunan haram dilakukan.Sama-sama kita doakan supaya apa jua yang berlaku pada hari ini ianya tidaklah sampai ke tahap mengulangi sejarah rusuhan sehingga mencederakan anggota polis dan merosakkan aset milik PDRM.

Ramai sedar bahawa pembangkang kini berada dalam keadaan yang tidak selesa setelah beberapa pimpinan tertinggi mereka terpalit dengan skandal dan pertuduhan di mahkamah.Selain dari itu beberapa siri protes yang dilakukan oleh pembangkang contohnya tindakkan keluar dewan sewaktu sesi pembentangan bajet 2017 oleh kerajaan BN menjadi "back fire" dan memakan diri sendiri.

Tidak cukup dengan itu pendedahan demi pendedahan tentang kelemahan pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang dan Selangor khususnya telah menyebabkan populariti pasukan pembangkang yang kononnya lebih baik atau perlu dijadikan "role model" oleh rakyat dalam memilih kerajaan bertukar menjadi sebaliknya.

Reputasi Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang yang terjejas teruk baru-baru ini turut sama menyumbang kepada timbulnya rasa sangsi dikalangan pendokong-pendokong pembangkan sendiri selain daripada kerakusan memiliki harta yang dianggap rakyat sebagai tidak masuk akal.

Tidak cukup dengan itu kerjasama rapuh bersama PPBM dilihat banyak pihak sebagai petanda betapa kem pembangkang bakal terus bermasalah.

Hubungan atas dasar mahu menjatuhkan kepimpinan negara dan cubaan mendapatkan mandat rakyat untuk menguasai kerajaan persekutuan itu bukan sahaja menjadi elemen terpenting kemerosotan aura pembangkang tetapi juga turut menjadi kudis yang hanya menanti masa untuk merebak seterusnya mendatangkan kecelakaan kepada pihak terlibat.

Hampir pasti kem pembangkang juga merasai kesannya apabila konflik politik yang berakhir dengan pengunduran PAS untuk tidak lagi bersama-sama dengan DAP menjadikan "pemain-pemain politik" canggung ini tidak punya pilihan.

Jika sebelum ini PAS dijadikan sebagai kambing hitam dengan eksploitasi terhadap ahli-ahlinya , kini Bersih 5 bakal berdepan situasi mencemaskan.Sehingga terdapat maklumat mengatakan himpunan haram atas nama Bersih 5 kali ini tidak akan mampu untuk menghimpunkan jumlah kehadiran seperti mana sebelum-sebelumnya.

Ditambah pula kebangkitan kumpulan berbaju merah serta beberapa kumpulan lain dengan warna berbeza yang telah menyatakan komitmen mereka untuk turun bagi menyekat kemaraan himpunan haram Bersih 5 , pimpinan dan penggerak Bersih 5 dilihat tertekan dan situasi ini sekiranya tidak ditangani dengan baik bakal menimbulkan suasana huru hara.

Berdasarkan semua diatas , dapat kita simpulkan bahawa parti-parti asal dalam kem pembangkang iaitu DAP , PKR dan PAN mula berasa sangsi dengan keupayaan parti masing-masing dan kini mereka sama ada menerima bulat-bulat mahupun menerima dalam keadaan ragu-ragu kehadiran PPBM untuk bersama dalam himpunan haram tersebut.

DAP antara yang paling awal terkesan apabila terdapat dari kalangan ahli sendiri yang telah mempertikaikan hubungan parti cauvinis itu dengan PPBM.Persoalan demi persoalan dibangkitkan berkaitan relevannya hubungan tersebut dibina.

Malah ahli-ahli DAP sendiri menolak kehadiran Tun Mahathir yang dianggap mereka sebagai musuh politik !

Ahli DAP Kawasan Taman Chai Leng, Shamsher Singh Thind mempersoalkan tentang prinsip veteran DAP sama ada mereka tidak berasa malu ketika berjabat tangan dengan Dr. Mahathir yang suatu ketika dulu merupakan musuh politik mereka.

“Kenapa Dr. Mahathir berminat dengan DAP dan Bersih sekarang?

“Kerana beliau takut jika pembangkang menang dalam pilihan raya umum akan datang, kita akan mendedahkan segala-galanya (mengenai pentadbiran beliau),” katanya dalam konvensyen DAP Pulau Pinang baru-baru ini.

Mengambil kira semua perkara diatas maka jelas Bersih 5 adalah medium yang dirasakan mampu untuk sekurang-kurangnya mencetuskan isu baru dan menjadi "diversion" bagi mengalih tumpuan seluruh rakyat terhadap isu-isu panas yang kini sedang membelenggu pemimpin dan parti-parti dalam kem pembangkang.

DAP dan PKR tahu bahawa gerak kerja parti kini tidak lagi menjadi pilihan ahli dan pendokong-pendokong mereka , buktinya jumlah kehadiran perwakilan yang begitu teruk sekali ke konvensyen DAP yang diadakan di Pulau Pinang baru-baru ini jelas memperlihatkan bagaimana ahli DAP sendiri tidak lagi berminat untuk terus menghambakan diri mereka kepada pemimpin dan dasar caca marba parti cauvinis yang kini dilabel sebagai KELIRU.

Mereka semestinya mengharapkan agar himpunan haram ini mampu membuka jalan agar semua isu yang kini terarah kepada kepimpinan dan parti-parti dalam kem pembangkang tidak lagi menjadi tajuk mahupun berita utama.

Dan kerana itulah pimpinan politik pembangkang begitu mengharapkan agar himpunan haram Bersih 5 ini dijayakan !

Belajar untuk menerima hakikat betapa himpunan haram Bersih 5 bukan soal tuntutan sebenarnya tetapi soal mengembalikan rentak politik pembangkang untuk terus menghentam kerajaan BN bukannya membiarkan mereka dihentam serta diserang bertubi-tubi seperti mana yang sedang berlaku hari ini.
 
Copyright © 2014 PenangKini.