BREAKING NEWS

Wednesday, 9 November 2016

Kerajaan negeri DAP berhentilah berlagak angkuh !


Kerajaan Negeri Pulau Pinang pimpinan Dap patut berhenti bersikap sombong dan angkuh jika mahu masalah banjir yang semakin memburuk di negeri itu dapat ditangani dengan baik.

Menurut Ahli Parlimen Tasek Gelugor Datuk Shabudin Yahaya, bagi menangani permasalahan banjir, ia perlu dilakukan secara seiring di antara kerajaan negeri dan juga kerajaan persekutuan.

“Kelulusan yang diberikan oleh kerajaan pusat sebanyak RM150 juta untuk projek rancangan tebatan banjir lembangan Sungai Pinang akan menjadi sia-sia sekiranya kerajaan negeri terus menambah sebab-sebab yang boleh menyebabkan banjir.

“Maksud saya kerajaan negeri jangan banyak membuat pembangunan yang menggugat struktur tanah. Keadaan ini perlu dilakukan secara bersama. Bila buat tebatan banjir, kena kawal juga penyebab lain berlakunya banjir,” ujarnya

Tambah Shabudin, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng juga seharusnya berterima kasih kepada kerajaan pusat kerana separuh daripada masalah banjir di negeri itu telah ditangani oleh kerajan pusat.

Ujarnya, Guan Eng mungkin ‘terlupa’ bahawa kerajaan pusat telah berbelanja lebih daripada RM1 bilion untuk proses penyediaan tebatan banjir di kawasan Seberang Perai.

“Hasil daripada tebatan di Seberang Perai dapat dilihat jarangnya berlaku banjir besar. Jika adapun sangat kecil dan tidak menyusahkan rakyat.

“Jadi Dap perlulah berhenti menfitnah kerajaan kononnya kerajaan bankrap kerana akhirnya kepada kerajaan yang bankrap inilah mereka terpaksa tunduk memohon bantuan bagi menyelesaikan masalah mereka.

“Belajarlah untuk berterima kasih dan berikhlaslah menerima teguran,” sindir Shabudin.
 
Copyright © 2014 PenangKini.