BREAKING NEWS

Tuesday, 8 November 2016

Kerajaan Persekutuan lulus RM150j atasi banjir Pulau Pinang

GEORGETOWN: Kerajaan Persekutuan meluluskan peruntukan sebanyak RM150 juta bagi pelaksanaan Projek Mitigasi Banjir Fasa II Pulau Pinang.

Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Pulau Pinang, Datuk Seri Zainal Abidin Osman, berkata peruntukan itu diluluskan bagi kerja menaik taraf lembangan Sungai Pinang.

Katanya, peruntukan itu adalah sebahagian daripada kos keseluruhan RM350 juta yang diperlukan Pulau Pinang bagi menyiapkan projek mitigasi yang dijangka selesai sepenuhnya pada tahun 2020.

"Peruntukan RM150 juta ini sudah diluluskan Parlimen semalam. Setakat ini, Kerajaan Persekutuan sudah memperuntukkan RM20.5 bilion bagi pelaksanaan projek mitigasi banjir di Pulau Pinang sejak 2007 lagi," katanya pada sidang media di sini, hari ini.-BH
 
Copyright © 2014 PenangKini.