BREAKING NEWS

Monday, 21 November 2016

Lebih daripada 60 rumah di sini terjejas akibat banjir kilat awal pagi tadi.



Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Pulau Pinang, Kolonel (PA) Pang Ah Lek berkata, kejadian berlaku dari jam 11.30 malam hingga 2.30 pagi.

Menurutnya, antara lokasi terlibat termasuk di Jalan P.Ramlee, Kampung Masjid, Jalan Singgora, Kampung Makam, Kampung Rawana, Lorong Kulit, Kampung Dodol, Jalan Gemas dan Jalan Terengganu.
"Bagaimanapun tiada pemindahan penduduk dilakukan walaupun banjir berlaku selama tiga jam.
"Didapati paras air laut naik daripada 1.4 meter kepada 2.2 meter pada waktu kejadian," katanya.
Ah Lek berkata, antara punca utama banjir disebabkan kawasan kampung dan jalan-jalan berkenaan adalah rendah dan mudah dimasuki air.

"Difahamkan langkah penyelesaian jangka pendek waktu ini ialah pengorekan dasar sungai dilakukan di Sungai Pinang, Sungai Air Itam, Sungai Dondang, Sungai Jelutong, serta Kolam Takungan Banjir Dondang.
"Kerja akan bermula pada Isnin ini memandangkan kerja pengukuran kuantiti baru berakhir.
"Malah kerja pembersihan di setiap saluran atau perparitan juga dibuat bagi memastikan tiada sampah yang menghalang laluan air," katanya.

SINAR HARIAN
 
Copyright © 2014 PenangKini.