BREAKING NEWS

Monday, 7 November 2016

Lepas Jawatan Ketua Menteri, Tak Perlu Umum Pengganti - Datuk Huan Cheng Guan


Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sepatutunya tidak perlu menamakan penggantinya, sebaliknya beliau sendiri perlu segera meletakan jawatanya tanpa menunggu keputusan mahkamah atau pilihan raya umum akan datang.

Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM) Datuk Huan Cheng Guan menyifatkan Guan Eng mengamalkan dwi standard apa bila masih lagi memegang jawatan Ketua Menteri di sebalik kes rasuah yang dihadapinya.

menurutnya, sekiranya situasi sama dihadapi pemimpin BN kerana menghadapai tuduhan rasuah di mahkamah, pembangkang paling lantang mendesak individu berkenaan melepaskan jawatan seperti yang berlaku kepada bekas Menteri Besar Selangor, Dr. Khir Toyo.

"sebab itu Guan Eng sepatutnya tidak perlu merayu penyokong DAP memberi sokongan kepada Kon Yeow, sebaliknya beliau sendiri perlu meletakkan jawatan "katanya.

beliau mengulas kenyataan Guan Eng yang juga setiausaha Agung DAP yang belum disahkan jawatannya, dalam konvensyen DAP negeri semalam menyeru ahlo parti memberi skokongan kepada Kon Yeow sebagai peggantinya.

guan Eng ketika ini berdepan dua tuduhan rasuah di Mahkamah membabitkan pembelian banglonya
di Jalan Pinhorn selain keas pertukaran status tanah. 



 
Copyright © 2014 PenangKini.