BREAKING NEWS

Tuesday, 29 November 2016

Malaysiakini mohon maaf FITNAH Rahman Dahlan

Portal Malaysiakini yang turut dimiliki peneraju revolusi berdarah di seluruh dunia, George Soros, hari ini mengemukakan 'rasa kesal' mereka kerana memanipulasi satu rakaman temuramah hingga menyebabkan seorang menteri menerima penghinaan masyarakat.

Melalui kenyataan lapan perenggan yang dikemukakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, portal itu mengakui suntingan dibuat terhadap temuramah dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan tidak disiarkan sepenuhnya.

Ia mengakibatkan menteri itu dihina dan menerima kecaman daripada masyarakat.
Pada 13 Januari 2016, Rahman yang ketika itu adalah menteri kesejahteraan bandar, perumahan dan kerajaan tempatan memfailkan saman fitnah terhadap Malaysiakini dan wartawannya, Geraldine Tongberhubung artikel dan video yang diterbitkan di laman portal itu.

Rahman yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno dan ahli Parlimen Kota Belud mendakwa artikel serta video yang diterbitkan tanpa kebenarannya itu tidak mencerminkan intipati asal sebaliknya ia disunting seolah-olah plaintif mengarahkan masyarakat di bandar pulang ke kampung.
Dalam pernyataan tuntutannya, beliau mendakwa pada 6 November 2015, defendan secara semborono dan dengan niat jahat menerbitkan atau menyebabkan kenyataan
fitnah dan palsu yang merujuk kepadanya, di laman web www.malaysiakini.com yang bertajuk “Minister’s ‘go back to kampung’ notion draws contempt”.

Beliau mendakwa kenyataan fitnah itu antara lain membawa maksud dirinya tidak mempedulikan kesusahan yang dialami masyarakat berikutan kenaikan kos sara hidup, tidak menggalakkan masyarakat untuk mencari pendapatan di bandar dan tidak sensitif terhadap isu semasa yang memberi kesan kepada masyarakat awam.

Plaintif menuntut ganti rugi am, teruk, teladan, kos, faedah serta relif yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Sementara itu, proses mediasi antara Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan dengan Malaysiakini dan wartawan Geraldine Tong ditetapkan 28 November ini.
Peguam K.Shanmuga yang mewakili kedua-dua defendan iaitu Malaysiakini dan Tong ketika dihubungi berkata mahkamah juga menetapkan 29 November ini untuk pengurusan lanjut kes itu.

https://www.malaysiakini.com/news/364459
 
Copyright © 2014 PenangKini.