BREAKING NEWS

Monday, 7 November 2016

Mana Lim Guan Eng menyorok ?


JELUTONG, 7 Nov – Mana Lim Guan Eng menyorok…? Rakyat sedang ditimpa musibah banjir tetapi Ketua Menteri hilang entah ke mana, itulah pertanyaan yang diutarakan oleh Ketua UMNO Bahagian Jelutong Datuk Razak Abdul Rahman.

Ujarnya, rata-rata yang kelihatan menghulurkan bantuan kepada kawasan yang dilanda banjir adalah UMNO sedangkan ahli parlimen kawasan termasuklah Guan Eng tidak menunjukkan muka.

“Kawasan saya sendiri teruk dilanda banjir kilat ini. Setiap kali saya turun padang menghulur bantuan, rakyat meluahkan rasa marah dan tidak puas hati kerana kerajaan negeri tidak menghulurkan bantuan.

“Rakyat kini amat tertekan kerana tidak lagi berasa selamat. Mereka kerugian ribuan ringgit kerana kerosakan harta benda tapi sehingga kini kerajaan negeri belum lagi mengumumkan sebarang bentuk bantuan kepada mangsa banjir.

“Setelah dua penggal Dap gagal mengatasi masalah banjir yang semakin teruk, maka saya selaku Ketua Bahagian akan berusaha keras untuk memohon bantuan kepada kerajaan pusat kerana bahagian saya juga terlibat teruk dengan banjir,” ujarnya

Tambah beliau lagi kerajaan negeri pimpinan Dap seharusnya bertanggungjawab ke atas masalah banjir kilat dan tanah runtuh yang semakin memburuk kerana ini adalah lambang kerakusan kerajaan negeri yang tamak dan terlalu gila membuat pembangunan di lereng-lereng bukit.

“Banjir ini adalah yang terburuk dalam sejarah Pulau Pinang. Inilah akibat kerana Dap terlalu seronok menggondolkan bukit.

“Dap terlalu seronok berpolitik sehinggakan lupa tentang rakyat. Kini bila rakyat yang memberi undi kepada mereka memerlukan bantuan, mereka hilang.

“Saya masih ingat bagaimana dulu Guan Eng begitu angkuh mengatakan mereka mampu mengatasi masalah banjir di Pahang sekiranya Pakatan Harapan memerintah negeri itu… ketika Pahang dilanda banjir. Kini Pulau Pinang dilanda banjir teruk. Mengapa Guan Eng tidak mampu selesaikan,” bidasnya.

Ini sekaligus tegas beliau membuktikan kata-kata yang keluar daripada Guan Eng sememangnya hanyalah retorik dan tidak boleh dipercayai.

“Jika sebelum ini Dap boleh melancarkan kempen kutipan derma sempena Solidariti Bersama Guan Eng dan mampu mengumpul ratusan ribu ringgit, kini mengapa mereka tidak boleh melakukan perkara yang sama di kalangan ahli dan pemimpin Dap demi untuk rakyat yang sedang menderita dek kerana banjir”, soalnya.
 
Copyright © 2014 PenangKini.