BREAKING NEWS

Thursday, 24 November 2016

Mohon maaf atau bayar ganti rugi sebanyak RM8 juta.




Demikian tuntutan pendakwah terkenal Datuk Mohammad Kazim Elias ke atas seorang ibu yang mendakwa sekolah tahfiznya di Ipoh terlibat dalam penderaan seksual pelajar.

Memetik laporan The Star Online, difahamkan tuntutan saman itu dibuat pada 18 November dan ibu pelajar tersebut baharu menerimanya pada hari ini.

Kazim juga menuntut permintaan maaf secara terbuka dalam tempoh 7 hari selain tuntutan ganti rugi atas alasan ia menjejaskan imejnya sehingga sukar mendapat tawaran untuk berceramah di mana kebiasaannya beliau sering muncul di dalam televisyen.


Ogos lalu, dakwaan mengenai beberapa pelajar baharu di maahad tahfiz berkenaan dicabul selain berlaku seks luar tabii menjadi viral menerusi WhatsApp.

Ketua Polis Perak Datuk Seri Abdul Rahim Hanafi berkata polis telah mengambil keterangan daripada 10 individu termasuk pelajar, pengadu dan pihak sekolah terbabit.
 
Copyright © 2014 PenangKini.