BREAKING NEWS

Monday, 7 November 2016

PECAT ! DAP MELAMPAU HINA SULTAN MELAYU !



By now, semua orang sudah tahu tentu isu puak DAP di Pulau Pinang yang kurang ajar, biadap dan sangat melampau apabila cuba mengajar Sultan Johor.

Anda baca printscreen ini :
                                

                            

Nama lelaki DAP itu ialah Satees Muniandy yang dilaporkan berjawatan dalam kerajaan DAP negeri Pulau Pinang.

Kita juga pasti sudah tahu kesudahan isu kebiadapan puak DAP ini iaitu:

1. DAP akan hanya menarik balik artikel penghinaan kepada Sultan Johor ini selepas dikritik hebat oleh rakyat bukannyadi atas kesedaran yang ikhlas kerana berlaku biadap kurang ajar.



2. Puak DAP ini akan cepat-cepat mengaku kebiadapan kurang ajar individu DAP ini adalah tindakan peribadi dan tidak melibatkan parti DAP. Padahal, puak DAP dan Lim Guan Eng yang begitu cepat menuding jari kepada parti UMNO jika ada sebarang isu panas yang kebetulannya melibatkan ahli UMNO dan walau pun isu itu tidak melibatkan parti UMNO.


3. Puak DAP ini tidak akan meminta maaf dan jika ada 'maaf' pun, kita tahu permohonan maaf itu tidak ikhlas, bersyarat, egoistik dan amat memualkan. Kita tahu maaf DAP ini tidak boleh diterima.Inilah modus operandi puak DAP apabila berlaku biadap dan kurang ajar di negara ini. Selain daripada itu, puak DAP juga akan menuding jari ke pihak UMNO/BN kononnya isu ini 'sengaja diperbesar-besarkan' dan sebagainya.

Padahal, jika isu ini melibatkan pihak UMNO/BN, puak DAP ini sudah pasti akan memanjangkan isu ini dan akan menyalahkan semua orang yang ada dalam parti UMNO/BN.

Dalam isu-isu seperti ini, Lim Guan Eng besar kemungkinan tidak akan bersuara langsung dan cuci tangan dengan membiarkan orang lain bercakap tentang isu yang memalukan parti DAP.

Inilah parti DAP, parti cauvinis, rasis dan paling korup.

Dan apabila bercakap tentang DAP dan Johor, kita jangan lupa kenyataan Lim Guan Eng yang memperkecil-kecilkan negeri Johor di negara Singapura. Lihat video di sini-> Dr MiM
 
Copyright © 2014 PenangKini.