BREAKING NEWS

Monday, 14 November 2016

#PedestrianIsKing eskperimen pengguna pengangkutan awam di Pulau Pinang




Seorang lelaki yang menggunakan nama ID Facebook, Andrew Han yang dipercayai tinggal di Pulau Pinang menjalankan eksperimen yang mendokumenkan pengalaman seorang pengguna pengangkutan awam di negeri itu.

Eksperimen itu merakamkan video perjalanannya menaiki bas dari Farlim ke Komtar (George Town) dan destinasi akhir, Gurney Drive.

Dia berkongsi cabaran pejalan kaki yang menggunakan pengangkutan awam, jumlah masa yang diambil dan tenaga yang diperlukan untuk berjalan serta pengalaman daripada perjalanan itu.

“Kisah pengangkutan awam saya melibatkan aktiviti berjalan dari dan ke perhentian bas. Video ini menunjukkan perjalanan dari Farlim ke Gurney Drive. Ia menyimpul pengalaman saya selaku pejalan kaki dan pengguna pengangkutan awam di Pulau Pinang. Bukanlah sesuatu yang hebat.

“Ia mengambil masa 1 jam dan 20 minit untuk sampai ke destinasi. Perjalanan ke perhentian bas penuh cabaran. Saya terpaksa melalui pelbagai rintangan untuk menjadi pejalan kaki dan pengguna pengangkutan awam. Berapa ramai yang sanggup melaluinya?

“Sudah tiba masanya untuk meningkatkan fasiliti awam kepada pejalan dan pengguna pengangkutan awam. Rangkaian pejalan kaki harus dipertingkatkan supaya sistem pengangkutan jalan digunakan oleh lebih ramai orang, serta jadikan aktiviti berjalan kaki di Pulau Pinang sesuatu yang lebih menyeronokkan dan pengalaman yang menarik.

“#PedestrianIsKing”

Demikian tulis Andrew dalam kapsyen video yang dimuatnaik di Facebooknya.

Video tersebut ditonton lebih 8,000 orang dan menerima reaksi ramai termasuk ahli politik dan badan bukan kerajaan.

Go Geen Penang misalnya berkongsi video ini dengan menulis, “Keseronokkan menjadi pejalan kaki dan pengguna pengangkutan awam di POTO ‘Pejalan kaki adalah raja’ lols Penang oleh Andrew Han. Saya ingin membuat versi pengguna basikal tetapi tiada idea bagaimana untuk set up kamera.”

Manakala Adun Pulau Tikus Yap Soo Huey turut berkongsi video itu dalam Facebooknya dan menambah, “Video yang baik tetapi ada sedikit kesilapan.

“Jika kita mahukan Pulau Pinang yang hebat, kita perlukan JKR untuk disentralisasi dan JPBD untuk menjadi lebih mahir dan berkuasa. Andrew Han mahu tahu sebab di sebalik kesimpulannya negeri ini gagal menjadi sebuah tempat yang mesra pejalan kaki? Mari kita sembang kopi.”

Sumber: FMT
 
Copyright © 2014 PenangKini.