BREAKING NEWS

Friday, 18 November 2016

Pengasas Malaysiakini diheret ke mahkamah siber esok

Pengasas Malaysiakini akan didakwa esok berhubung 2 video yang dimuatnaik laman video portal itu Julai lepas yang memaparkan bekas naib ketua Umno bahagian Datuk Khairuddin Abu Hassan.
Malaysiakini melaporkan Ketua Pegawai Eksekutif Premesh Chandran dan Ketua Editor Steven Gan, yang juga pengarah di syarikat KiniTV, akan didakwa di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, di Mahkamah Khas Siber yang ditubuhkan di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Gan, dalam ucapannya kepada kakitangan berkata Malaysiakini akan mencabar pendakwaan itu, dan menambah mereka “hanya menjalankan tugas sebagai wartawan.”

“Kita pernah disiasat beberapa kali sebelum ini, tetapi ini pertama kali kita didakwa,” katanya, menurut portal itu.
Seksyen 233(1) memperuntukkan kesalahan bagi penggunaan tidak wajar kemudahan atau perkhidmatan rangkaian, yang jika sabit kesalahan boleh didenda RM50,000 atau setahun penjara atau kedua-duanya.
Pada 6 November Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyerbu pejabat portal itu di Petaling Jaya dan merampas 2 buah komputer.
Video itu untuk mengandungi kenyataan Khairuddin dalam satu sidang media dimana beliau mengkritik Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali.
 
Copyright © 2014 PenangKini.