BREAKING NEWS

Thursday, 17 November 2016

Tambahan Bajet Pejabat KM : Guan Eng Jangan Cuba Perbodohkan Rakyat


GEORGE TOWN, 17 Nov – Mengelirukan dan penuh persoalan! Itulah yang disimpulkan oleh Ketua pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang Datuk Jahara Hamid terhadap alasan yang diberikan oleh Lim Guan Eng berkaitan isu peningkatan lima kali ganda peruntukan tambahan sebanyak RM 707.61 juta kepada Pejabat Ketua Menteri dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri berbanding hanya RM161.59 pada 2016.

 Jelasnya, alasan yang diberikan oleh Guan Eng kononnya peningkatan mendadak tersebut adalah kerana RM609 juta akan dipinjamkan kepada Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) dan RM30 juta pula akan dipinjamkan kepada Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) hanyalah satu alasan mengelirukan dan seakan ada sesuatu yang disembunyikan.

“Soalnya sekarang mengapa ia dimasukkan di bawah peruntukan pejabat ketua menteri kerana sebelum ini ia di bawah peruntukan pembangunan. “Satu lagi yang dipertikaikan, jika pinjam mesti kena bayar balik dan bagaimana cara untuk membayar itu… nanti pada penghujungnya jika ada lebihan wang dan Guan Eng akan cakap lebihan ini adalah kerana kebijaksanaan pentadbiran kerajaan negeri tapi sebenarnya dia hanya putar belitkan angka,” ujarnya.

Tambah Jahara, Guan Eng seakan mahu memperbodohkan rakyat dengan bermain angka dan ini sememangnya sudah menjadi cara Dap yang sering mengelirukan rakyat dengan ‘permainan angka’ seperti salah kira undi pemilihan CEC.

Seperkara lagi ulasnya, mampukah Guan Eng bersikap jujur dalam pengendalian bajet tersebut kerana ketelusannya sendiri sedang dipertikaikan apabila sedang berhadapan dengan dua kes rasuah di mahkamah.
 
Copyright © 2014 PenangKini.