BREAKING NEWS

Tuesday, 22 November 2016

Zairil Punca Masa Depan Bolasepak Pulau Pinang Terancam


1- YB @zairilkj ramai dah tau dia sekarang memegang jawatan pengurus pasukan Pulau Pinang. Zero knowledge about football tiba-tiba dilantik sebagai pengurus. Keputusan melantik si @zairilkj ini dibuat oleh kerajaan negeri dan FAP terpaksa ikut.

2- Sejak seminggu lalu heboh di media sosial berkenaan bekas jurulatih Bengaluru FC bakal dilantik sebagai ketua jurulatih Pulau Pinang dan semalam bocor di media sosial gambar Ashley Westwood (AW) datang meninjau di Stadium Negeri Pulau Pinang di Batu Kawan. Gambar itu diklasifikasikan sebagai P&C tapi keterujaan satu page tu, depa pi publish.

3- @zairilkj yang zero knowledge cuba berlagak pandai dan tau macam-macam. Pulau Pinang hingga kini masih tiada jurulatih dan pemain-pemain baru akibat dari sikap zairil yang 'terlalu berhati-hati' dan 'baik hati'.

4- Menurut sumber, @zairilkj memberikan tempoh yang panjang bagi AW membuat keputusan sama ada mahu menyertai Pulau Pinang atau tidak. Begitu juga dengan pemain-pemain sedia ada apabila @zairilkj melanjutkan tempoh tandatangan kontrak hingga 25 November 2016.

5- Difahamkan ramai pemain-pemain Pulau Pinang tidak berpuas hati dengan cara @zairilkj menguruskan kontrak mereka dan ada yang bercadang untuk berhijrah keluar dari pasukan ini kerana rasa bimbang dengan masa depan mereka yang tidak menentu di sini.

6- Masa semakin suntuk buat Pulau Pinang kerana LS2017 akan bermula kurang dari 2 bulan lagi. Semakin hari semakin ramai pemain-pemain yang dikhabarkan sebelum ini bakal menyertai Pulau Pinang telah menarik diri apabila ketidaktentuan pasukan ini dalam LS2017.

7- AW sepatutnya memberikan jawapan pada minggu ini. Selewat-lewatnya Khamis ini sama ada mahu bersama Pulau Pinang atau tidak.

8-  Tetapi si @zairilkj bagi tempoh yang panjang untuk AW fikir dulu. Jika jawapannya TIDAK, agaknya apa akan jadi? Seminggu masa telah terbuang. Sekurang kurangnya lagi seminggu dua di perlukan untuk mencari jurulatih baru. Kalau jawapannya YA iannya tetap mengundang risiko kehilangan pemain.

9- Itulah dilema yang terpaksa ditanggung oleh Presiden FAP. Kalau kata nanti silap-silap tak dapat sponsor sebab @zairilkj adalah individu yang menguruskan dana antara FAP dan Kerajaan Negeri. Kalau tak kata, macam ni la jadinya.

10- Kesimpulannya sekarang @zairilkj cuba ambil risiko dengan memperjudikan masa depan Pulau Pinang dan tiada apa yang FAP boleh lakukan ketika ini.

Disediakan oleh:

- Jabatan Gosip & Makian PNP -

Sumber : Penang Northern Panthers
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1808845635997149&id=1440979269450456
 
Copyright © 2014 PenangKini.